KEAJAIBAN MENGANDUNG

7/04/2011 11:43:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Pengalaman pertama adalah satu proses pembelajaran & pengalaman yang sangat berguna & bermakna dalam hidup siapa2 pun. Macam tu jugak dengan sang lekit. Pengalaman pertama mengandung bagi sang lekit bukan setakat pengalaman yang sangat istimewa malah satu keajaiban.


Keajaiban yang pertama bagi sang lekit bila merasakan satu nyawa dalam perut yang sedang membesar bergerak - gerak. Tu masa kandungan sang lekit cecah 4 bulan. Sang lekit agak risau masa tu.. sebab baby dalam perut aktif bergerak. Yang lucunya sang lekit risau dia bergerak sebab tak selesa. Mungkin perut sang lekit kecil & tak cukup ruang untuk baby. Tapi atas rujukan mereka2 yang lebih berpengalaman, Risau tu hilang.

Keajaiban kedua.. Sang lekit yang dulunya sangat takut pada jarum suntikan. Rela tahan sakit dari pergi hospital atau klinik kecuali memang dah takde pilihan lain. Kalau dulu zaman sekolah, asal time kena suntik jer.. Mesti lari menyorok. Dari sekolah rendah sampai la menengah. Sampai nak periksa gigi pun sang lekit sanggup menyorok belakang bengkel Kemahiran hidup kat sekolah. Tapi kantoi jugak. Tu baru nak check gigi.. belum cabut gigi. Tapi bila di sahkan mengandung.. Pada awalnya memang Sang Lekit takut sangat. Masa kandungan 1 bulan.. kali pertama check up tu sampai turn nak ambil darah sang lekit ajak hubby balik. Sehingga la kandungan cecah 4 bulan baru sang lekit pergi klinik & check up. Kumpul juga kekuatan bila fikir baby dalam perut. Beranikan diri demi anak bukan sebab diri sendiri lagi.

Bila cecah 5 - 6 bulan selera makan makin kurang. Kadang - kadang tak terasa pun nak makan tapi makan juga bila fikirkan baby dalam perut. Kalau dulu sang lekit tak jaga sangat time makan. Kalau lapar makan.. tak lapar biar la. Tapi sekarang walau tak lapar sang lekit sedaya upaya makan juga takut anak dalam perut lapar. Sekarang ni dah cecah 7 bulan lebih. Esok ada check up kat klinik.. Fobia sang lekit pada jarum suntikan masih ada. Nak - nak lagi bulan lepas kena suntikkan kancing gigi tu. Esok mungkin ada lagi suntikan. Apa yang sang lekit tahu, 3 suntikkan harus di ambil masa mengandung. Bermakna 2 lagi jarum terpaksa sang lekit hadap. Tapi sang lekit akan tetap lawan ketakutan tu.. Semuanya demi anak.

Bila bershopping sekarang ni. Tentu sekali barangan baby jadi keutamaan. Risau takut bila anak dah lahir tak cukup keperluan dia. Semalam pun sang lekit ada bershopping barang baby. Memang 98% barang yang beli semalam adalah barang baby. Tengok seminggu dua lagi pun nak keluar cari barang baby lagi. Dalam otak sang lekit sekarang semuanya untuk anak.

Kalau dulu.. Kita tak pernah terbayang macam mana perasaan jadi ibu walau kita cuba merasainya tapi tak sama macam kita melaluinya. Apa saja yang nak kita buat perkara pertama kita akan fikir adalah anak. Sekarang sang lekit faham & tahu.. Bagaiman perasaan seorang ibu. Sungguh mulia. Itulah perasaan yang di rasakan oleh ibu kita. Anak adalah kekuatan pada seorang ibu & ibu adalah pelindung pada seorang anak. Terima kasih Mak..

6 comments:

  1. besar pengorbanan ibu...

    teringat ibu dirumah...nice post...

    sangat2 terharu...

    http://mat-jungle.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. makin hari aku nampak makin bertambah sifat keibuan kau nyah...

    mesti ada kene mengena dengan maternity hormon sama dengan perkembangn baby dalam perut...

    wahh... mesti ko berangan nak buat nursery colorful tuk anak ko nanti kan nyah....

    ReplyDelete
  3. dah jadi ibu da...

    bahagia nye..hihi

    ReplyDelete
  4. best kan mengandung ni...mcm2 kita dpt rasa..

    enjoy ur preggy..
    semoga mummy dan baby sihat2 selalu...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com