BILA DI DATANGI PENGEMIS MINTA DUIT DENGAN ALASAN NAK MAKAN
Berbalik pada topik. Hangpa pernah tak, tengah tengah prepare nak makan tak kira kat restoran, gerai, fastfood tetiba someone dengan gaya pengemis datang minta sedekah. Normally minta duit la. Lepas tu alasan lapar nak beli makanan. Apa tindakkan hangpa kalau orang tu minta duit nak makan?
Tapi ada juga yang datang minta sedekah alasan lapar tapi bila suruh order makan dia tak nak. Nak duit. Yang spesis tu.. sila mereput la! Nampak sangat membohongnya. Kau cakap lapar.. Orang nak belanja makan tak nak. Kau lapar menatang apa sebenarnya? Banyak tau spesis ni guna taktik & alasan lapar nak dapatkan duit untuk beli something macam arak/dadah atau apa2 benda yang depa sedang ketagih. Nampak gaya macam pengemis tapi mengemis untuk sesuatu yang salah. So, kalau kita bagi duit memang macam menyokong pulak depa untuk terus ambil barang barang terlarang.
Kat sabah pun ramai budak budak kecik yang datang minta sedekah alasan nak makan.. Tapi bila orang bagi makan dia tak nak pulak. Ni pengalaman sendiri masa bercuti kat sabah dulu. Lupa dah tahun bila.. Yang berseluar tak berbaju, yang berbogel.. Nampak macam bajau laut tapi menurut orang sana budak budak bukan orang sabah. Tapi warga asing. Ni pun akan buat kita jadi serba salah. Kita nak makan dia tercongok kat depan kita. Ajak makan tak nak.. Nak duit. Di bagi sorang datang lagi ber orang orang.
Zaman sekarang kalau nampak macam ada tak kena, kena juga bersangka buruk. Memang sedekah kita bagi antara kita dengan Allah tapi mungkin niat kita buat kerana Allah cuma takut benda tu menyumbang kepada perkara yang tak elok. Jadi tak salah pun kita bersangka buruk pada sesuatu yang kita rasa macam ada tak kena dengan niat kita tak nak pertolongan kita di salah guna untuk sesuatu tujuaan yang tak baik, memudaratkan & mengundang jenayah.
Moral of the story.. Sedekah tu satu perbuatan yang baik tapi tu la zaman dah berubah. Ramai yang ambil kesempatan. Jadi pandai pandai la menilai. Jangan tersedekah dengan scammer sudah.
ya.. saya pun tengok jugak macam mana orang yang datang mintak sedekah tu..kalau cukup sifat suhat tubuh badan macam tak perlulah kot..
ReplyDeletePernah juga jadi macam ni, tapi sbb tak nak pengemis tu lama lama duk ngan saya, saya hulur je terus... Tak byk la.. Tapi kalau hulur makan tapi tak nak tu, diamkan je..
ReplyDeleteBiasa yang lalu waktu kami nak makan, yang jenis jual tisu siap berteman tu. Part ni adakala kami bagi adakala kami tak bagi. Tapi tak suka dengan yang meneman tu, seolah-olah mengambil kesempatan pada yang mengemis tu (ni berlaku pada mereka yang buta)
ReplyDelete