JIMAT ELEKTRIK DENGAN TAMPAL PANTY LINER

2/13/2016 05:54:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

JIMAT ELEKTRIK DENGAN TAMPAL PANTY LINER. Tak tau nak percaya ke nak gelak ke nak menangis. Confuse sungguh. Selama ni yang aku tahu fungsi panty liner ni untuk kaum perempuan je nak mengelak dari spender kotor. Yelah.. kadang2 ada orang ada masalah keputihan so penggunaan panty liner memang di perlukan. Kalau kaum lelaki yang tak tahu.. panty liner ni macam pad @ tuala wanita jugak tapi lebih kecil & nipis. Tak di gunakan semasa haid tapi guna hari2 biasa.


Tu fungsi yang biasa orang guna panty liner tapi tak sangka katanya ada satu brand panty liner ni boleh jimatkan elektrik. wah.. punya tinggi teknologi panty liner ni kan? Dia menyerap tenaga elektrik berlebihan ke macam mana tak tau la sampai boleh jimat elektrik hanya dengan menampal panty liner pada kotak suis utama kat rumah tu.

Gamaknya apa bahan dia guna dalam panty liner tu yer?? Canggih sungguh.. Jimat bil elektrik boleh la guna beli panty liner banyak banyak. yelah.. dia dah ada 2 fungsi. Selain tampal kat spender dia jugak boleh tampal kat kotak suis tu. Mungkin tenaga elektrik ni tiap2 bulan ada seminggu dia macam perempuan juga kot. Period.. masa dia period tu aliran elektrik keluar secara berlebihan. hahahaha...  Tak tau la aku. Susah nak cakap pasal elektrik kena rujuk TNB la gamaknya.


Apapun aku kagum dengan testimoni orang ni share. Confident tu. Macam macam la orang nak melariskan jualan sekarang ni. Tapi sapa la pencetus idea yang tampal panty liner kat kotak suis tu yer?? Macam mana dia boleh terfikir nak buat macam tu? hahahhaa Semua nak multifuction kan produk yang depa jual. Kot2 la kata panty liner boleh di gunakan untuk balut luka berdarah.. menghentikan pendarahan ka.. Ada jugak kena mengena. Ni.. Jimat elektrik lepas tampal kat kotak suis tu. Watdalawakoftheday la. hahahaha

Moral of the story.. apapun bagus ada niat nak berjimat cuma yang tak bagus jangan la bagi testimoni jimat yang tak masuk akal sangat. Pelik beno tampal pad kat kotak suis tu

15 comments:

  1. Kehkehkeh.. guna lak yang ada bau herba tu.. ;)

    ReplyDelete
  2. First time tgk tadi... Adu mak ai... Malunye... Hal dalam pun nk tyang kt org..

    ReplyDelete
  3. watdehekkkkk...hahaha...keketuman apa kah ini....hahaha..lawak2

    ReplyDelete
  4. Memang berkesan la..da sebulan try

    ReplyDelete
  5. memang ade la dan memnag berkesan.. cube try gugel dulu n wat research... jangan terus kata tak walopon nampak tak masuk akal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xyah google @ wat research. Mmg penipu.

      Delete
  6. hihi..xsalah kot klau mmg berguna..yela kadang kite xtau n xperasan guna elektrik ni..lg2 rmai org kt umah tuh....dgn kt malysia yg mkin lama cekik darah kan, bagi sy xsalah la, no problem at all la u..dari 200 turun 100 wuiiikkk berbaloiiii.. xpernah cube, bru tau produk mcm ni...lepas ni den nok try...hihihi.. thanks sbb kasi tau :D

    ReplyDelete
  7. saya pun dah try. pantyliner bio seleza memang jimatkan eletrik. sebelum post camni baik cuba sndiri dulu. :)

    ReplyDelete
  8. PENIPU la ko ni. Kah kah kah.... Geng2 jual benda tu la ni....

    ReplyDelete
  9. Memang benar, panty liner ni mampu menjimatkan elektrik. Terbaik!!!!!

    ReplyDelete
  10. saya pun mula2 mcm susah nak percaya.. tapi dengar kawan office cerita.. mmg bil diorang turun.. kawan tu tampal 2 keping turun dari rm200++ turun rm130++ je.. dia siap tujuk dia punya bil lagi.. dia sampai order satu kotak teruk..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah sangat menjadi guna...jangan terlalu negatif dengan sesuatu perkara yang unik..unik tu yang akan bertahan lama..sebelum rasa malu segan apa kata cuba sendiri baru komen... Insha Allah saya jamin akan dapat hasil yang sama seperti saya. Mak saya mula kecoh cite sana sini kat kengkawan dia..bil dari Rm80 lebih bulan2 sekarang jadi rm20 lebih je..jimat banyak dh tu..cukup la untuk orang kampung macam saya...baki duit boleh beli barang dapur☺

    ReplyDelete
  12. Tak pyh tampal sebijik mcm pantyliner kat kedai, ambil ja yg kaler hijua tu..try tgok, mesti result sama, tampal 5 keping,insyaallah jimat 100rgt, x prcya..tu u all punya mslh sbb x up to date info psl electricity power stabilizer

    ReplyDelete
  13. Cuba dulu baru tau. X rugi pun cuba..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com