DUA MALAM TANPA GANGGUAN MISTIK

5/11/2014 02:30:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Alhamdulillah.. 2 malam dah shahila tidur tanpa sebarang gangguan tengah malam. Takde lagi demam tengah malam atau meracau & menangis tiba2 tengah malam. Tenang sikit hati mak ni nak.. Pun camtu takde la 100% tenang setenang tenangnya... Masih memantau.

Carian google

Tapi sejak sejak dia terkena gangguan mistik ni perangai dia semakin berubah even dah nampak macam sembuh. Suka meragam & merengek. Kalau tak dapat apa dia nak mula protes. Dulu tak macam ni sangat tapi sekarang memang nampak berubah la perangai dia. Tak tau la maybe dia belum recover sepenuhnya lagi. Tunggu check up dengan Alhidayah hujung bulan ni. Sebelum tu kami lakukan la apa yang sepatutnya untuk halang gangguan tu.

Cuma dia takde selasak dulu even aktif bermain. Dalam mall takde la macam lipas kudung sangat. Extra energy tu macam dah kurang. Sekarang ni kalau dia rasa nak susu pun dia meragam. Dulu takde la sangat macam ni. Yang pasti dia nak banyak attention dari mak bapak dia lebih2 mami la. Dia nak buat apapun nak mami temankan even sekadar tengok dia bermain.

Sebenarnya aku confuse jugak la samada ni perubahan yang positif ke negatif. Bab lasak tak hengat tu aku rasa lega sikit la sebab bila kat luar takde la berdesup sangat dia lari sebaik je pijak lantai Mall tapi bab meragam tu macam penat skit. Tak boleh silap skit je protes. Dah tu sekarang ni makin sensitif. Sikit2 nak nangis.. Nangis tu pulak sampai berlinangan airmata. Dulu memang tak macam tu. Susah sangat nak nangis. Kalau dia nangis tu sakit atau terlalu lalu sakit hati sangat. Benda2 simple ni susah dia nak touching. Nasib baik dia tak tahap tantrum yang melampau. masih senang pujuk & handle lagi. Takde dia nak buat benda2 bahayakan orang atau diri dia sendiri bila dia rasa tak puas hati. Cuma menangis atau merengek atau memberontak sikit je.

Aku cuma harap anak aku kembali sembuh seperti sediakala. Aku cuma positifkan diri perangai dia yang berubah tu mungkin faktor dia semakin membesar. Hope apa yang aku fikir tu yang berlaku bukan sebaliknya. Aku kesian sangat tengok anak aku hidup tak tenang macam tu. Luluh hati seorang ibu tengok anak tak sihat. Yang pasti aku akan terus berusaha apa yang terbaik untuk anak aku.

P/S : tengah malam semalam dalam pukul 1++ tetiba dengar bunyi macam penyapu lidi @ rotan kecik yang orang pukul kelantai luar rumah. Aku sampai tak tau nak fikir positif ke negatif even bunyi tu tak buat aku rasa takut pun. Nak positif sangat pun dah tengah malam kot sapa dok buat ritual kat corridor rumah , Nak fikir negatif perasaan aku biasa je tak meremang ke hapa cuma pelik.

P/S : aku macam fobia nak tidur selagi tak pukul dua even mengantuk. Takut anak aku meracau atau tetiba demam dengan suhu tinggi. So, aku decide sebelum pukul 2 aku tak nak tido sebab sebelum ni perkara2 camtu akan jadi tengah malam dalam jam2 macam tu.

3 comments:

  1. Salam Mami Lala..
    mungkin jgk tantrum lala sbb perubahan umur (melangkah bulan) bak kata org2 tua..
    huhuhu...insyaallah..jadi ibu ni mmg kena perlukan tahap kesabaran yg tinggi bila anak2 mula inginkan lebih perhatian..
    semoga cepat sihat dari demam yer lala :)

    ReplyDelete
  2. apa kata pasang surah ruqyah sebelum tido or sepanjang malam. . i pena kena gak then time i nak tido i selalu pasang surah nie. Alhamdulillah okay :)

    ReplyDelete
  3. SA pun berpendapat sama...tp x salah kalau dapatkan khidmat orang2 yang cerdik pandai ni...harap2 xde apa yang membimbangkan...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com