KOLEKSI HARAM BLOGGER
Ni la nak story semalam sempat singgah kat pasar malam area PJ.. tak sure lokasi dia sebab lupa nak tanya laki aku apa nama pasar malam tu hahaha... Tu dia abang hat juai segala mak nenek dvd.. bukan main besaq booth dia.. siap ada player. Ni kalau kena ambush memang sempat bawak lari diri ja.. koleksi dvd cetak rompak dia memang tak sempat nak bungkus dah. Tapi tengok dia steady je meniaga.. Maybe dia ada backup la kot kalau tak takkan seberani tu dia bukak gerai besar kat pasar malam tu. Aku tengok kat pasar malam paya jaras aritu tak sempat panas bontot buka meja dah kena angkut.
Tapi malangnya balik nak test qualiti filem astro first ni.. kat player dalam kereta test ok jer boleh play.. balik rumah pasang kat player tak boleh pulak. Ada yang boleh play pun Ya Allah kualiti rakaman Astro Fisrt tu cantik la jugak tapi kalau dah rakam kat panggung mesti la ada suara2 sumbang misteri. Aku decide.. Next week je aku pi cari Classic World Entertaiment. Dvd2 haram tu.. Asben aku cakap nak pi tukar dengan dvd2 lagu je simpan dalam kereta. Tak pun tukar dengan dvd kartun anak aku sudah.
Moral of the story.. Sebagai peminat filem seram memang dvd cetak rompak tak mampu memuaskan nafsu serakah aku. Yelah.. bila kita suka something tu kita akan jadi cerewet dengan segala benda. Biarpun menteri yang baru di lantik sebagai pengerusi FINAS tu pemikiran dia tahap haram @ cetak rompak jugak tapi sebab aku terlalu mencintai filem seram tetap aku kena kumpul koleksi halal @ original jugak.
ikut tenpat gak kadang2..mcm Fida husband selalu gak beli vcd haram ni..tapi okey lagi setalat ni semua gambar dia...
ReplyDeleteaku suka beli dvd pirate ...ahhahahah
ReplyDeleteRamai yang suka beli dvd movie cetak rompak... harga murah dan tengok pula sekali saja. Itulah yang selalu dorang cakap. Ambo lama tak tengok movie.
ReplyDeletebetul.. saya pun kebanyakkan filem2 saya beli even original tengok sekali je tapi dah hobi kumpul koleksi dvd seram ni saya rasa puas koleksi saya dari koleksi yang original. sebab kadang2 yang cetak rompak.. lama2 dia rosak. tp yang original ni tahan sikit. Tapi lebih kepada kepuasan sebenarnya... hehehehe
DeleteAku kalau tengok dvd berkali2 sampai hafal dialog... tapi lama gak tak beli dvd sebab sini dvd player takde.... kalau balik rumah mak. adik aku download masuk hardisk je...
ReplyDeletehehe..dah lama tak beli dvd ni..dulu sllu beli kat pj..mmg rmai kaki jual ni..tgh makn kat kedai pun ada je org cina yg dtg jual
ReplyDeletesetakat ni masih setia dengan dvd cetak rompak...tak pernah pulak kena yang rosak
ReplyDelete:-))
Kat sini susah dah nak dpt dvd ori.. :(
ReplyDeletelama dah tak beli benda alah ni time sekolah menengah selalu beli. :D
ReplyDelete