SERAM! KRAMPUS YANG MENGHANTUI KRISMAS

12/02/2015 08:04:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

SERAM! KRAMPUS YANG MENGHANTUI KRISMAS. Tak lama lagi dah penganut agama kristian bakal menyambut hari krismas. Walau penganut kristian yang meraihkan krismas tapi kalau kat Malaysia.. semua kaum dapat benefit nya. Biasa la.. Raya apa pun kat Malaysia ni yang paling meriah shopping mall je dengan sale. So, semua orang dapat merasa kemeriahannya, kan? Tu la hangpa dok kutuk2 Malaysia try pi america, mana ada sambutan secara besar besaran kat Mall menjelang hari raya. Tapi Kat Malaysia raya cina, depavali, hari raya & krismas sentiasa di raikan bersama.

Krampus Menghantui Krismas

Tu yang bestnya Malaysia walau banyak perkara tak best sedang berlaku. Paling terbaru tambang ERL dah naik & katanya tambang2 pengangkutan awam lain pun bakal naik. Nasib baik hujan je kekal turun.. Kalau hujan pun naik confirm kat Malaysia dah tak ada benda yang turun. Tapi rasanya ada yang bakal turun jugak untuk PRU akan datang. Kita nantikan je. Hahahaha.. Walau harga barang naik tapi rakyat Malaysia paling cool.. Raya tetap di raikan dengan gilang gemilang cemerlang & terbilang. Takde terkurang pun orang buat persediaan nak raya termasuk la krismas. yang tak menyambutnya pun tak kurang bz mengambil kesempatan untuk sale besar besaran. termasuk la aku. ops...

Dalam orang dok seronok seronok nak sambut krismas ada pulak terselit cerita seram. Spoil sungguh orang nak raya kan?  Kisah seram ni akan berlaku pada december. Orang kristian percaya pada santa yang akan datang setiap krismas tapi sebenarnya yang datang sebaliknya sesuatu yang menakutkan. memang seram. Mungkin ia bakal membuatkan kanak kanak yang menyambut krismas akan takut menjelang krismas kalau tahu cerita ni. Nak tau betapa seramnya korang boleh tengok kat sini >> Krampus, Sesuatu Yang Paling menakutkan Menjelang Krismas << Tapi tak di galakkan mereka2 yang ada penyakit lemah semangat atau ketakutan yang melampau sehingga boleh menyebabkan histeria untuk tengok la. Risau jugak tetiba collapse ke hapa.. Menyusahkan orang lain pulak. Yang rasa kuat semangat berjiwa kental boleh tengok.

Maaf pada yang nak menyambut krismas kalau rasa spoil dengan cerita seram ni sehingga menghantui krismas anda. Sekadar berkongsi. Kan orang kata sharing is carring. hehehe

2 comments:

  1. erm... esk kan sis filem ni masuk panggung....

    ReplyDelete
  2. Salam Suria ^_^

    Baru hari ni berjaya singgah menapak di sini nak tinggalkan squad pengebom berani hidup lama! Tak rindu kat akak ke? Katanya beri bilik 001 dalam hati, tak akanlah lupa. Eh, tapi akak nak minta tukar bilik boleh tak? Bagilah bilik nombor 007, barulah sesuai taraf vogue dengan akak ni ^_^

    Erk! Kita nak komen pasal apa ek? Oh, kisah seram di hari Krismas rupanya...

    Akak ni 'sambut' Krismas juga. Sedihlah susah payah shopping mall buat deko cantik menawan kalau akak tak mencemar duli. Akak suka Krismas ni, harga minyak wangi rasa tak berkelip mata memandangnya. Bab -bab seram tu lepas Krismas nantilah akak baca. Orang sibuk nak raya, dia sibuk suruh baca kisah seram, siapa nak ~_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com