AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN CONTEST & GA DI BLOG
Keji tak? Yang still aku ingat blog tehOais ke hapa nama dia.. Memang menggunakan trick macam tu. Sampai sekarang contest dia tak umum pemenang. Hadiah wang tunai yang agak lumayan. Lepas jugak shopping baju raya kalau dapat.
Bukan hanya 1 blog penipu macam tu malah banyak & tak mustahil ada penipu sedang menggunakan trick yang sama untuk menarik traffic ke blog dia. Yelah.. iklan2 dia pacak pun memerlukan visitor jugak. Kalau tak sesia iklan2 yang bersepah tu ye dak.
Aku ni jenis makin lama makin pemalas nak join semua benda tu.. Aku lebih selesa menulis. Cuma yang memang rajin join apa2 GA @ Contest tu berhati hati la.. kenali siapa yang menganjurkan contest tu. Check betul2 sponsor hadiah contest/GA tu.. Jangan semborono je join alih2 habuk pun tak dapat. Tak menang tak sakit hati sangat tapi kalau di tipu memang meluap jugak la hati, kan?
Yang nak sponsor untuk contest/GA blogger lain pun kena make sure jugak. Tengok blog dia macam mana. Bila korang sponsor apa benefit yang korang dapat. Kena betul2 check admin blog yang menganjurkan contest/GA tu. Tengok jugak berapa usia blog dia, berapa banyak follower dia & paling penting kena tahu siapa penganjur tu. adakah identiti dia samar2 & mencurigakan atau tidak.. sebab ada kes blogger di minta sponsor untuk contest/GA yang dia buat lepas tu diam.. contest kemana, GA kemana.. yang sponsor tu hangus camtu jer. Tak kira la apa yang korang sponsor tu kecil atau besar tapi tetap kena alert. Jangan bagi peluang mudah penipu meraih keuntungan haram depa. Biar kita cerewet sikit tak pe jangan terlalu lurus bendul percaya je tanpa selidik dulu.
sekarang ni nak menipu orang semudah satu clik jer.. Jadi kita yang berisiko kena tipu ni kena bijak seperti google jugak. Kena sentiasa alert dengan semua perkara & kena sentiasa beringat sebelum buat sesuatu keputusan. Penipu akan terus menipu dengan apa cara sekalipun selagi dia berpeluang menipu. Tak semua penipu berjaya di hadap ke muka pengadil.. ada penipu yang masih lepas bebas macam lavender mummy. Dia boleh jadi sesiapa saja untuk menipu kita dengan apa cara sekalipun. Jadi tak salah kalau kita minta butir peribadi penganjur contest yang kira rasa mencurigakan. Kalau blogger yang sedia di kenali tu ok la.. yang dah biasa anjurkan contest/GA tu tak perlu la buat macam tu. Sebab ramai sangat blogger yang kadang2 tak tau datang dari mana tup2 PM minta sponsor. Aku sendiri pun banyak jugak dapat PM dari blogger yang aku tak pernah kenal tapi aku tolak secara baik la.
Moral of the story... nak join contest sekarang ni tengah berlangsung Group Mama Bloggers Malaysia. Jemput la meraikan contest yang mereka anjurkan. Hadiah2 agak menarik & lumayan. Nak tau senarai hadiah meh la tengok kat SENARAI HADIAH SEGMEN GMBM 1st GIVEAWAY 2015
Betul sis.. Baik admin mahupun penaja haruslah bertanggungjwb. Itu janji mereka pada orang kan? Jangan je nak harapkan orang folo,like dsb,tapi kita tak tunai tugas kita. Alhamdulillah,tqsm sis sebab sudi promote GA GMBM ye,esok langsungnya. InshaAllah.
ReplyDeletehai kak suria...
ReplyDeletememang kena alert, tapi kita tak mengharap sangat. kalau menang tanpa hadiah takpe lah. yg penting kita support segmen dorang..
Macam-macam kan. Menipu cara gini pun ada. Sedih pulak bila membacanya. Tapi Mek ila pun pernah kena walaupun bukan dengan blog. Masuk peraduan tapi pemenang tak diumum dan senyap begitu sahaja.
ReplyDeleteTu pasal kalau contect ni, saya join yg mmg saya kenal..yg rasa-rasa boleh betol2..alhamdulillah, iphone 5s dh dalam tangan heheheheh
ReplyDeleteSuria, nak minta sponsor BioEssence untuk GA akak boleh? Nanti akak hantar copy IC yerk :)
ReplyDeleteAkak memang jaranglah join contest ni kecuali kalau betul-betul ada masa, peluang dan kenal dengan penganjurnya. Kalau tidak, memang tidaklah jawabnya.