MEMBAZIR BAGI PADA GELANDANGAN BAIK SEDEKAH PADA PELAJAR TAK CUKUP MAKAN
Tapi tu la bila banyak sangat pihak buat aktiviti amal membantu golongan ni kadang kadang ada yang selesa terus bergelandangan sebab depa tau.. Nanti mesti ada orang tolong bagi makan, bagi pakaian, bagi bantuan perubatan bla.. bla.. bagai. Tak di nafikan walau bukan semua tapi ada yang macam tu. Ada juga bergelandangan sebab nak bersosial. Maksudnya.. maybe dia kesunyian & dengan cara bergelandangan dia ada kawan kawan gelandangan untuk berbual.
Tak semua gelandangan tu golongan susah & tak berkemampuan. Banyak kisah di sebalik kenapa mereka bergelandangan. Dan sebab tu kadang kadang bantuan yang di beri jadi pembaziran bila mereka sebenarnya tak memerlukan pun.
Pagi pagi terbaca posting dari aktivis sosial Syed Azmi di facebook beliau realiti sebenar yang berlakiu bila bantuan makanan di beri kepada golongan gelandangan ni. Apa yang di tulis pada caption gambar tu.. Menunjukkan mereka sebenarnya tak berlapar bila makanan yang di berikan tidak di habiskan & di buang merata rata. Bukan je membazir malah kawasan sekitar jadi kotor.
Kita kat rumah nak makan struggle cari duit, lepas tu berketung ketang masak. Depa.. tak payah fikir. Jenuh dengan makanan hasil sumbangan orang yang prihatin. Bukan je makanan bantuan macam pakaian pun kadang kadang tak guna pun. Ada yang buang atau jual.
Sebenarnya yang banyak berlapar golongan pelajar yang belajar kat universiti. ada yang terpaksa catu makanan sebab tak cukup duit. Rasanya.. elok la di lebihkan bantuan makanan pada golongan pelajar yang tak berkemampuan dari bagi pada golongan yang nampak macam susah tapi sebenarnya tak susah pun. At least makanan yang di sumbangnkan memang di makan & dapat membantu mereka jimat perbelanjaan juga.
Bukan kata tak perlu bantu langsung golongan gelandangan ni tapi kalau bantuan yang di beri secara berlebihan oleh banyak pihak.. memang akan jadi pembaziran macam tu sedangkan benda tu boleh di salurkan pada mereka yang sebenarnya lebih memerlukan.
Jadi perkara rasanya perlu survey juga sebelum bantuan berupa makanan & pakaian di beri pada golongan gelandangan. Untuk memastikan sumbangan tu di manafaatkan kepada mereka yang betul betul memerlukan. Tak la jadi pembaziran & sia sia.
Sedihnya nengok...tapi betul juga, gelendagan tu kadang tak harapkan apa pun, cuma mereka tidak ada tempat nak tidur dan mungkin musafir. Bagi je duit untuk mereka makan. Kadang pun mereka ada duit sebab mereka meminta sedekah.
ReplyDeleteElok bagi pelajar U di kolej dan Universiti memana, budak-budak tu lagi perlukan makanan. Kesian kadang ada yang belajar sampai menahan lapar, tu kata anak Sis lah yang ada kawan macamtu, kadang ajak sekali kawannya makan, bila di tanya, katanya duit ada, tapi kena jimat...so mereka makan sekali sehari, malam terpaksa tidur awal sebab nak tahan lapar, sedih dengar anak tido dalam kelaparan...kesiannkan ..