KALAU TAK ADA KAITAN DENGAN 17 PERKARA NI JANGAN MENGAKU SUKA MAKANAN JEPUN
Kalau kau mampu makan sushi ni Memang kau peminat makanan jepun sejati |
Apapun makanan.. Bagi aku satu je. Kalau di ambil secara berlebihan memang tak elok. Makanan berkhasiat pun kena ambil dengan diet yang betul kalau tak betul cara pengambilan dia.. jadi tak berkhasiat jugak kan. So, apapun yang anda suka makan & nak makan.. Makanan la secara sederhana. Insya Allah.. Makanan tu dapat memberi manafaat kepada tubuh anda.
Bagi yang suka makanan Jepun ni.. Memang kita boleh nampak dari reaksi dia secara semulajadi. Yang acah acah konon suka ni memang takkan mampu jadi macam penggemar tulen makanan jepun. Almaklum la orang sekarang konon nak nampak dia macam selera international katanya.. Tak main la tempoyak.. sambal belacan bagai. Tak western food.. Korean Food atau Japanese Food jer. Apa barang makan nasi goreng petai katanya.. Takde kelas.. Makan sushi salmon mentah lagi sedap ok! Hanya orang ada - ada je pandai makan salmon mentah hahahaha.
Tu dia.. betul ka hang memang jenis selera jepun ka acah acah ja. Padahal balik rumah hang bantai nasi lauk gulai tempoyak jugak. Kalau hang ada kaitan dengan 17 perkara ni baru boleh mengaku hang memang penggemar makanan jepun >> 17 Perkara Yang Membuktikan Anda Penggemar Makanan Jepun << Kalau tak ada 17 perkara mengaku je la.. Hang sebenarnya selera kampung ja macam kami. hahahahaha
Moral of the story.. tak salah anda nak suka makanan apapun selagi ia halal & dalam kemampuan poket nak membayar. Tak payah la selera macam anak Tan Sri tapi kemampuan setakat macam anak orang biasa biasa jer. Sebab tu ada pepatah mengatakan.. Ukur baju di badan sendiri.. Kalau ukur baju kat badan orang kalau tak sempit dia semput la. Tak payah nak menyusahkan diri hanya nak memenuhi permintaan nafsu serakah.
assalamualaikum dan salam sabtu :)..
ReplyDeletesis suria, ME tak pernah pun try mknan kat sushi king
tak pernah rasa nak try hihi.. ME org kg je jd selera pun memang kg habis lah hewhew..
ooo kalu suka makan makanan mentah2 mcm tu elok juga amalkan detoks.. nyahkan parasit2 dalam tubuh kita ye tak