SETAHUN WINDOWS SHOPPING UNTUK BELI 1 BEG
Yang aku nak cerita ni pasal aku bukan pasal orang lain. Katanya sejak tahun lepas selalu la mengusya beg2 kat satu website ni. Ada yang berkenan tapi tak pernah beli. Aku ni bukan jenis pembeli online tegar... Aku nak decide beli satu2 barang kat online makan masa aku fikir. hahahaha... memang tak confident sangat. Aku takut barang tu tak sama macam gambar. Kualiti dia tak bagus sebab tak boleh pegang dulu Tapi akibat selalu sangat mengusya sejak setahun lalu.. aku tekadkan jugak nak try beli satu beg ni.
Akhirnya setelah setahun windows shopping kat avenue86.com terjebak jugak aku dengan pembeli online. Mana tahan asyik tengok jer... tergugat jugak iman. Ok la iman tergugat makan masa setahun jugak. Kalau tergugat tiap2 bulan, aku boleh buka supermarket kat rumah gamaknya. Hahahahah. Beg aku beli two way function tali dia. Dia boleh galas tepi & galas belakang. Amat sesuai la aku yang ada anak ni nak sumbat macam2 bila keluar & bila rasa nak main kejar2 anak dalam mall aku boleh galas macam bagpack jer.. rasa nak nampak aggun skit aku galas tepi.. rasa nak selamat aku galas silang. Dan sebab utama aku beli beg ni adalah tali dia yg boleh di galas dengan semua cara. Sonang kojo den. hahahaha
Design dia simple sangat bagi aku tapi aku memang suka simple2. lagipun nama beg ni Classic braid. Memang design dia nampak classic pun. size pun besar jugak. Tapi takde la besar sangat. sekadar cukup la nak sumbat perkara2 penting bila keluar. Bukan apa takut nampak beg je tuan punya beg tak nampak pulak. Material dia pun nampak kalis air. Kira kalau berlari dalam hujan pun Insya Allah isi dalam selamat dari berkuyup. hehehe.. Setakat ni kualiti aku rasa sangat ok, sebab harga dia pun murah RM40 je. Siap dapat voucher 10% diskaun lagi untuk pembelian seterusnya.
Service dia sangat tiptop. Petang semalam aku buat pembayaran.. Hari ni barang dah sampai. Memang puas hati. Tapi jangan korang nak beli buat bayaran hari Jumaat.. harap barang sampai sabtu ahad memang tak la kalau posmen cuti & pihak Avenue pun tak proses hantar barang sabtu ahad. Buat bayaran hari bekerja Insya Allah akan akan dapat esok hari kalau pembayaran korang takde masalah apa apa.
P/S : tip aku kalau nak beli online untuk kali pertama kat sesatu tempat tu beli yang murah2 dulu. Test service & produk. Kalau puas hati next time baru confident sikit nak beli yang mahal mahal.
review bermanfaat ni. tak pernah dengar nama avenue86 sebelum ni *agak ketinggalan ketapi* hehehee
ReplyDeletesama bukan pengumpul beg. hehe
ReplyDeletesaya baru tau pasal page tu..takpelah window shopping setahun pon..
ReplyDeleteorang banyak duit je shopping hari2..hehe
Agak seram jugak la blog ni..haha
ReplyDeleteMmg cantik....berkenan pulak beg yg silang2 nie...tapi tunjuk ler pic yg real....baru best....
ReplyDeletetak jauh beza pun beg tu dengan gambar.. tadi malas nak transfer gambar masuk pc tapi kat Instagram ada upload. Nak tengok boleh @lalalekatlekit
DeleteHehehe... makan setahun window shopping, haruslah suami sayang bangat nih!
ReplyDeleteAkak kalau nak beli barang yang mahal memang akan window shopping 18kali sampai jemu but then by the time nak beli, dah hilang mood keterujaan tu. Jimat juga tau kalau window shopping banyak kali ni asalkan jangan sampai makan tahun ler. Hahaha....
Ada juga bendanya akak tak dan nak tinggalkan shopping mall tanpa membeli lepas tu balik nyesal-nyesal hantuk kepala kat dinding (propa je lebih) sebab benda tu takdalah akak berkenan benor sebenarnya. Gatal tangan kiri, haruslah keluar duit dan-dan tu juga *_*