RANCANGAN REALITI PEMBUNUHAN MISTERI PELAJAR UNIVERSITI
Dalam perjalanan menaiki bas yang di sewa khas untuk aktiviti depa tu.. depa terpaksa melalui satu jambatan kayu yang panjang, nak di jadikan cerita di pertengahan jambatan tu.. jambatan putus & bas jatuh dalam sungai.. Pemandu bas mati tertikan kayu kat muka dia.. Ada ada seorang pelajar mati tertikam kayu. Yang selamat terpaksa berenang menyelamatkan diri ke tebing sungai seterusnya terpaksa meredah hutan untuk cari jalan keluar.
Itulah kisah pembunuhan misteri dalam filem scared yang aku beli hari minggu haritu. Filem ni sesuai untuk pesakit jantung sebab effect bunyi dia tak gempak sangat even banyak babak2 suspend.. sebab yelah.. filem pembunuhan macam ni bila kita kusyuk tengok kita jadi berdebar2 jugak. Yelah.. dok fikir apa yang pembunuh tu nak buat & macam mana cara dia muncul lagi & lagi. Tapi aku tak berapa tahan babak2 pembunuhan ngeri dia.. ngeri jugak la. Ending dia macam tak best.. macam last tu filem ni seolah2 apa yang berlaku adalah dari satu rancangan realiti yang setiap nasib pelajar tu di undi oleh penonton samada mereka hidup atau mati.
Yang paling aku perasan filem ni banyak persamaan dengan filem mat saleh Friday The 13th. Macam filem copypaste jer.. cuma edit sikit2 jer...
Apapun aku enjoy jugak tengok filem ni.. Even bukan filem hantu hahahaha. Kalau nak tengok kat youtube ada kot tapi tak jamin ada subtitle atau cari je dvd macam aku ni boleh buat koleksi.
Assalamualaikum kak, alaaa cerita copy paste ni yang malas nak tengok. ekekeee last week tengok Villa Nabila. boleh tahan berdebar dalam panggung wayang tu. hahahhahaa
ReplyDeleteAkak rasa selepas tengok cerita NangNak dulu, terus minat gila tengok cerita hantu Siam. Ini pun dah pernah tengok. Sampai lupa tajuk. Bila baca review ni, barulah teringat especially gambar bas atas jambatan kayu tu. Dua bulan sudah, masa akak asyik tengok cerita seram, ada terjumpa filem ni dalam youtube. Adalah subtitle tapi dalam English tak silap.
ReplyDeleteFilem ni saya rasa tiru filem mat saleh yanf macam akak cakap tu.
ReplyDeleteLaaa ingat kisah benar... cerita rupanya... macam best je sinopsis cerita.... Suka sangat tengok kes pembunuhan kejam, lepas tu aku trauma... rasa diri sendiri yang jadi mangsa... sobs
ReplyDelete