INILAH AKIBAT BILA ADA FOLLOWER KAKI BODEK
Yelah.. kang ada mencebik. Kononnya dah jenis suka berprasangka buruk dengan orang memang macam tu. Semua nak fikir buruk.. habis kalau yang tertulis seperti mengambarkan benda yang buat orang salah faham.. Kalau dah ramai salah faham kena kaji balik silap tu dari mana. Dari orang yang salah faham atau salah sendiri yang up status yang mengundang salah faham.
Kadang kadang lawak dengan manusia macam ni.. selalu berlaku pada mereka yang bergelar publick figure atau orang popular la. Nak cover balik salah sendiri atau malu sendiri.. jalan mudah salahkan orang kemudian angkat diri sendiri. Yang kaki kipas pun semua jadi upin ipin.. betul.. betul.. betul.. jer.. Salah ke betul semua angguk2. Jilat sampai licin katanya.
Kesian kalau orang yang ada ramai pengikut kaki bodek.. Sebabnya kalau dia buat salah pun dia akan terus buat salah sebab tak ada orang nak tegur. Selamanya dia rasa betul dengan cara yang salah tu. Dia akan terus buat & buat sebab setiap kali dia buat ramai yang menyokong. Yelah.. selagi kau suap, selagi depa kenyang selagi tu kau akan jadi sempurna tiada salah silapnya. berani kau kritik.. terus kena tendang keluar. Kau nak jadi pengikut sila jadi macai. hahahaha
Moral of the story... yang mengkritik tak semestinya dengki yang puji tak semestinya jujur. Pepandai la menilai pengikut anda kebanyakkan dari golongan kaki bodek atau yang telus menyatakan pendapat.
betul betul betul.. eh dah macam upih ipin hihii..
ReplyDeletekalau kita sayangkan orang tu.. kita kene tegur. samada salah atau tidak.
follower membodek seolah tak ikhlas..
Yuhuuuu...akak datang!
ReplyDeleteEh, salam Suria.... *ala2gegirlmuslimahterakhir*
Phew, penatlah hari ni berabih pergi Guardian beli BioEssence. Saja nak bagi tau dapat voucher RM25 *_* Memang pun takda kena mengena dengan entri. Janganlah cepat nak menghempuk ya di bulan puasa ni ~_^
Back to the entry... (baru skrol ke atas balik nak baca....)
Orang macam ni memang takda pendirian baik si attention seeker mahupun si pembodek. Apa orang kata ya aje memanjang, nak membangkang takut kena hentam pulak. Senang cerita kalau tak nak orang salah faham, janganlah buat something yang boleh memesongkan pemahaman orang. Lagi pun bila dah tak larat kena hentam, dia tetap tak salah. Orang lain pulak yang dipersalahkan kerana membesar-besarkan cerita!
setuju sangat dgn pendapat u nie!
DeleteHhehehe..kesian,kesian,kesian.. Ehh...
ReplyDeletedia label kita haters??! erk?! sapa kau pada aku??
ReplyDeletehellowww bajet retis yea? uuuwwweeeekkkkksss....!
blog dia pon bukan laa pekdah sangat pon...