26 HARI LAGI

8/14/2011 02:03:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Menghitung hari, detik demi detik.. Wah diam tak diam dah 14 hari kita puasa tapi bukan 26 hari lagi nak raya, ok. 26 hari itu adalah 26 hari menuju ke 9.9.2011.. Apakah tarikh keramat itu wahai sang lekit??

Tarikh itu adalah tarikh dimana doktor menjangkakan sang lekit akan bersalin, Insyaallah. Memang dah sarat sangat sekarang ni. Terasa betul.. Sakit sana sini.. Dah tu sekarang sang lekit selalu sakit pada jari tangan yang nampak sedikit bengkak & akan mengeras setiap kali bangun tidur & perlu ambil masa nak gerakkan jari jemari. Sang lekit selalunya bangun pagi akan rendam tangan dalam air panas.. Takde la air panas sangat. Agak2 suam2 la mengurangkan kadar kekerasan & kekebasan pada jari jemari tu. Kalau tak memang dah boleh gerak. Sahur pun dah tak mampu nak masak lagi sebab masalah ni. Call mak.. Mak cakap masa dia pregnant dulu pun dia hadapi masalah yang sama. Mungkin normal la kot bagi sesetengah orang yang melalui trimester terakhir mengandung ni.

Persiapan untuk sambut baby.. rasanya dah cukup kot. Keperluan asas dia rasanya dah ada. Sang lekit pun dah packing barang2 baby yang nak bawa kat hospital nanti. Cuma barang mummy je tak pack apa2 lagi. Persiapan raya.. takde apa pun di siapkan sebab sang lekit rasa tak perlu sangat. Tengok la nanti.. kalau sempat melaram di pagi raya, beli la sepasang baju je. Dengan keadaan boyot ni.. Susah jugak nak melaram. Sang lekit pula bukan jenis pandai melaram dengan baju2 mengandung. Sang lekit kalau raya dari dulu.. Fesyen baju tetap la baju kurung jer. Bila mengandung pun sang lekit tak pandai nak pakai blaus2 ibu mengandung. Tetap la selesa dengan seluar.. baju cuma pilih yang besar sikit & ada ruang untuk perut je.

Maafla kalau sang lekit 2 3 hari ni jarang singgah ke blog korang sebab memang kadang - kadang rasa mood tu takde sangat sebab dah sarat. Sakit sini sana..Lebih2 lagi bahagian pinggang & bawah perut. haritu nurse kata sakit tu bukan sakit nak bersalin cuma sakit tipu2. Ada jugak istilah sakit tipu2 yer.. kekekekekeke walau rasa sakit tu sikit pun tak menipu. Mungkin la itu tanda2 kecil sahaja.. bukan tanda2 besar masa bersalin dah hampir tiba.

Tentang nama.. Dah ada la 2 3 nama jadi pilihan sang lekit. Yang pasti hujungnya tetap ada syawal.. Nampaknya baby suka kot nama syawal tu sebab semalam baby kurang bergerak. Mula2 ingat nak ke hospital malam semalam.. tapi bila en hubby panggil2 dengan nama syawal sambil di iringi suara sumbang mambangnya menyanyikan lagu dondang sayang yang tak berapa betul liriknya.. terus ada gerakkan. Jenuh jugak nak pujuk baby bergerak semalam.. dengarkan dia beberapa surah pun dia gerak kejab lepas tu diam dengan lamanya. Hari ni alhamdulillah sejak bagi tadi dia kembali aktif macam biasa.

21 comments:

  1. seronoknya...anugerah yg tk ternilai kan? ape2 pn, hani harap semoga semuanya selamat. ;)

    ReplyDelete
  2. Smoga dipermudahkan segalanya..kene jage2 dh tu,entah2 keluar cpat..mcm kakak cik ila...due date 17/7...tp bersalinnya 20/6...ckup2 je week 36..hahaha

    ReplyDelete
  3. Take care dear..dah sarat tu..

    ReplyDelete
  4. wah:)) dah tak lama baby nak keluar kan..akak xleh nak beraya sangat lah..hik3 =D baju raya kena pakai baju mengandung ke kak? hehe;))

    semoga baby sihat jer dalam perot tu haaaa...suka la tu nama syawal tu yang dia gerak gerak:))

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan segalanya.baby sihat mak baby pun sihat.

    ReplyDelete
  6. saya pon tak sabar tunggu akak giving birth~

    take care kak!

    ReplyDelete
  7. Lekit, akak doakan segalanya dipermudahkan & selamat.. Mana tau lekit BERSALIN AWAL!!!! hehehe amin!!! jgn lupa bgtau akak tau.. janji!!! apapun insya'allah raya haji nanti meriah raya mummy lekit & daddy lekit dgn kelahiran BABY LEKIT.. memang teruja, bila sambut pertama kali dgn anak pengikat kasih kita suami isteri.. akak ni dah nak msk thn keempat pun rasa keterujaan dia yang.. {ni baru blk beli songkok baru.. kepala anak teman tu cpt besor.. songkok x muat.. ini dah masuk songkok ketiga tau.. ;p} hehehehhe take care ye dik.. ;)

    ReplyDelete
  8. tak sampai sebulan lagi tu. selamat melahirkan baby yg sihat dan cergas :)

    ReplyDelete
  9. kak lekit, semoga dipermudahkan proses bersalin dan selamat berpantang.. hee =)

    ReplyDelete
  10. eh? dah tak lama dah tu..semoga dipermudahkan segalanya..dah sarat2 ni jaga diri tau..

    ReplyDelete
  11. take care ye... mesti tak sabar kan

    ReplyDelete
  12. Wah... gembiranya tnggu hari nak dpt baby. mesti berdebar gilakan? Jaga diri elok2 tau. Hana doakan Akak selamat bersalin semoga lancar smuanya.

    psst: hana lak tak sabar nak tggu wedding day. Kahkah bunyi mcm gatal je. semnggu awal dr tarikh akak nk bersalin..

    ReplyDelete
  13. mengandung adalah anugerah yg paling indah bagi semua perempuan yg bergelar isteri..lebih2 lagi kalau dapat bersalin secara normal...mmg hebat rasanya. Semoga selamat menjalani ibadah puasa dan selamat melahirkan bayi yang sihat dan sempurna..

    ReplyDelete
  14. mcm2 kerenahkan abby..time nk tido la paling x selesa..

    oo..namanye syawal ye...

    hehe..petua nk tau dah tiba masa nk bersalin..

    diri tegak2 cam nk nyayi lagu negaraku tu..pastu,tunduk kepala..intai..ibu jari kaki...nampak ke x?klu x nmpk tandanya masa semakin time..coz bby da turun bwh..:)

    ReplyDelete
  15. semoga kak lekit dapat baby yg comey.. sy lahir bulan 9 gak... nanti kalau dh lahir.. suh husband cpt2 uplod pic kt blog ni ek... hohoho.. tetiba excited lak tgok baby org.. hahahahaha

    ReplyDelete
  16. dah sarat sangat tu..baby tak gerak sangat bila ruang kt dalam perut dah padat..

    ReplyDelete
  17. weh.. tau2 nak beranak dahh? gile lamaa tak jengok blog ko ni kan. hehe nway hope sumenye selamat. dan selamatttt menempuh fasa baru dalam labour room. kejap je sakit nye nanti. hehehehhe..selamat berjuang!

    ReplyDelete
  18. moga lekit dan baby selamat.. insyaAllah..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com