GEMUK

7/24/2011 02:29:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Tengok jari dah kembang - kembang. Tengok muka pun sama. Tengok perut.. Memang tak boleh nafikan lagi. Pinggang, kaki tangan hidung bontot & semua sekali  nampaknya menunjukkan perkembangan yang mekar.

Carian google

Mulut en hubby pun tak berhenti mengusik.. "Dah gemuk!" Takde makna sang lekit nak makan hati dengan usikkan & kutukan dia. Kalau dah biasa bergurau ala - ala brutal memang la takkan rasa apa - apa. Masuk 8 bulan memang berat badan naik dengan jayanya berbanding sebelum2 ni. Lagipun gemuk orang mengandung adalah perkara biasa kan?? Kang kurus keding pun susah jugak.

Tapi memang agak terbeban bila kandungan dah masuk 8 bulan. Segala - galanya rasa berat. Pinggang makin sakit. Kaki yang menampung badan pun rasa macam terbeban. Kadang - kadang rasa sakit bawah perut. Tapi tak kerap. Nak bangun, nak duduk, nak baring, nak berjalan segala - galanya rasa agak susah. Perbezaan yang amat ketara.

Kudrat dah rasa makin kurang. Walau nak ampai baju pun kadang - kadang rasa macam kerja berat sangat. Erkkk... tu kategori malas kot. Malas sebab apa je yang di buat akan rasa cepat penat. Tidur pun takde macam dulu. Tak senyenyak sebelum mengandung. Yelah.. tak boleh nak tido gaya bebas dah. Melentang lama2 pun tak boleh.. Mengiring lama2 pun tak selesa. Aduhai.. Inilah yang pernah di lalui oleh mak dulu. Bayangkan Mak melalui keadaan ni sebanyak 7 kali dalam hidupnya. Sang lekit cuma baru sekali. Sungguh hebat mak - mak kita kan??

Bila dah segalanya makin berat.. Otak pun turut berat. Makin kurang & kurang idea ber update blog. Ni pun rasa sakit bawah perut.. Tapi takde la sakit sangat. Rasa macam sengal2 ubi jugak la. Rasanya sebab salah teknik bangun tadi kot..

14 comments:

  1. wahh, pengorbanan seorang ibu.. semoga anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak yang berguna untuk ibu bapanya di masa depan..

    post gambar baby lekit ya nnti. ehehe

    ReplyDelete
  2. tahniah ye, lekit da ngandung...hehe smoga lahirkan baby yg sihat dan comel...hehe

    ReplyDelete
  3. bez x pregnant..my future husband slalu mmpi i pregnnt..takot la pulak ase

    ReplyDelete
  4. hehe..dah pernah melaluinya..semua tak kena. tido pon tak nyenyak.then tido x nyenyak tu akan bersambung lagi bila baby dah kuar.hehe

    ReplyDelete
  5. ape ape pon jaga diri ye kak..jaga kesihatan :)

    -alexa yussida-

    ReplyDelete
  6. sembab, biasala, nanti lepas salin, kembang la sikit sebab tulang beralih....

    ReplyDelete
  7. mesti gembo-gembo gitu kan?comel..

    ReplyDelete
  8. dah nak dekat due date la ni eh? jaga kesihatan tau..semoga semuanye selamat..tak sabo nak tunggu baby abby keluar..mesti comel!

    ReplyDelete
  9. kak...bila baby nk kuar?? hehe

    ReplyDelete
  10. e eh dik lekit..8 bulan dah..teringat member akak..kami sama-sama 'terkena' mengandung..tapi rezeki dia..dia dapat kembar...tapi dia bersalin dulu pasal dia melahirkan masa kandungan dia baru 7 bulan..

    ReplyDelete
  11. huih..kehebatan seorang perempuan bergelar ibu..
    sakit yang berhasil=)

    ReplyDelete
  12. kalau nak kurus minum de bella,mcm penyanyi aisyah tu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com