HASIL PEMERIKSAAN HARI NI

7/19/2011 02:16:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Tak jadi ke Yu Nam Hair Care. Tetiba berubah fikiran & tak minat lak. Mungkin sebab terlampau lama kat klinik, mata pun ala - ala manja je nak buka walau sampai rumah dia kembali segar bugar. Seperti yang sang lekit cakap entri semalam.. Dah hadap 2 ekor drakula (jarum suntikan) jadi untuk 2 minggu akan datang tak perlu lagi drakula itu.

Dalam masa 2 minggu berat dah naik sebanyak 2 kilo. Takde lagi pen merah tercatat dalam buku rawatan tu sebabnya masalah kurang darah dah berjaya di atasi setelah 2 bulan lepas asyik kurang darah jer cuma cik misi cakap darah masih cair & harus terus ambil iron tablet tu. Tapi tekanan darah pula naik. Baby sihat jer.. Cuma kena bebel sikit la sebab catatan pergerakkan bayi tu kadang - kadang sampai malam baru cukup 10 gerakkan. Sepatutnya kata cik misi kalau pergerakkan baby kurang dari 10 gerakkan selepas pukul 9.00 pm kena pergi hospital. Bukan taknak baby banyak gerak waktu malam & kadang - kadang sang lekit yang lupa nak tanda lepas tu lupa. Tu yang jadi lambat nak cukupkan kuota 10 sebelum pukul 9 malam tu.

Apa yang sang lekit perasan untuk check up kali ni tulisan cik misi Intan Syafina cantik & senang di baca. Bulat - bulat je tulisan tangan dia. Sebijik2 dia tulis berbanding yang sebelum2 ni. Bersambung sambung ala2 cakar ayam gitu. Memang setiap kali check up balik rumah sang lekit akan check balik & bandingkan dengan catatan pemeriksaan yang lepas. Tapi tetap tak puas hati masa kena suntikan.. punya la kasar cik misi tu suntik. Kalau sebelum ni, makcik misi mulakan dengan bismilillah & menyuntik dengan penuh kasih sayang tapi untuk suntikan kedua ni takde bismilillah bagai dah. sapu ubat suntik terus press ubat & siap. Menyeramkan jugak tengok cara dia menyuntik macam tu. Agaknya dia tak tahan nak berak kot.. kekekeke.

Apapun baby sangat baik sampai ke hari ni. Tak banyak ragam atau masalah. Semoga baby terus baik sehingga lahir & membesar bagai juara.

16 comments:

  1. akak, sy pun dpt yun nam tu, tp mcm mls nk pegi..

    ok, komen entry akak lak..
    harap2 akak n baby selamat... =)
    hurmm, sshnya peknen ni, berat trn kn mrh, naik byk sgt kn mrh, darah cair kn bising, ada lak yg kena minum air gula.. erkk... tp bila dh nmpk baby tu, ilang semuanya kn..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. take care ye kamu

    ReplyDelete
  3. yeay semoga baby sihat dh sihat selalu,amin.hmm kak knp misi selalu bebel2 eh.rara sllu dgr org merungut.

    ReplyDelete
  4. insyaallah baby baik2 and chomel2 punya ^^

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah~~~
    mummy sihat
    baby sihat
    seorg lagi KHALIFAH dlm perjalanan ke dunia dr rahim ibu yg tabah & kuat~

    ReplyDelete
  6. seronok la lepas nie dah takde drakula nak hisap darah lagi...hehehhe

    ReplyDelete
  7. yun nam tu free la diana..hehehe

    biasalah tulisan doktor kan..

    ReplyDelete
  8. hehe..adik cma bru pas pegi lndn wght mngmt tu..
    mmg free tp tu la..kene tahan telinga die membebel..pujuk beli produk..hihi..adik cma ni mmg tebal skit..susah nk mkn pujuk ni..selamat la dwet dia..

    tggu turn cma plak ahad ni nk pegi..
    hahaha...^_^

    btw...
    alhamdulillah..bby n abby selamat..rajin2 mkn ubat utk tambah darah tu oke...peluk cium utk bby lam pewot tu k..

    ReplyDelete
  9. iskkk..jgn malas2 tanda ekkk!!!

    meh nak tandakan dlm buku.. ehhehe

    ReplyDelete
  10. hahahahahha, aku bygkan meesee tu cucuk sambil kemut2 tahan nak berak.. hahahahah lawak...

    ReplyDelete
  11. lu banyakkan baca surah mariam dan surah an-nisa..semoga baby lu dengar bacaan lu.

    ReplyDelete
  12. waa.. congratz sis
    smoga ank yg bakal lahir comel2 n baek2 :)

    ReplyDelete
  13. la,ganasnya misi yg nombor 2 tu,hi3

    ReplyDelete
  14. Cik lekit,amalkan minum susu kambing dan ayam kampung untuk elak baby kena demam kuning

    ReplyDelete
  15. ibu sy penah cite, dgn nurse xyah jujur sgt. haha =D s long s baby kite mmg gerak, so kite tipu sunat sket je report kad tu in case lupe tande. ehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com