Last week telah berlangsung lagi acara merembat barang lepas bayar di guardian.. tak habis2 dengan dengan guardian kan aku. Gamaknya kalau muka lawa ni boleh apply jadi duta guardian. Nasib baik muka aku menyeramkan... layak jadi hantu kat rumah hantu di funfair jer katanya...
Aku hanya layak jadi model hantu funfair jer.. sumber google sekadar hiasan
Dalam acara merembat lepas bayar minggu lepas ada 2 barang aku beli tapi satu barang je aku nak share dengan korang. Yang silky make up remover gel tu.. Ok ja. Fungsi nak nyah kan make up2 kat muka. Tapi yang aku nak cerita ni produk Palmers. Aku beli yang trial pack skin therapy oil. Dalam trial pack tu ada cocoa butter formula with vitamin E.. untuk merawat parut, stretch marks, kulit kering,kulit rosak, tona kulit tak sekata, penuaan kulit. Dan percuma satu scar serum yang fungsi dia jugak untuk menghilangkan parut. Bestnya produk ni boleh guna seluruh badan.. tapi aku guna untuk muka & tangan jer..
Set Trial pack
Selepas seminggu.. Yup hasilnya sangat memuaskan.. banyak parut2 hitam bekas jerawat kat muka pudar & ada yang dah hilang. Dalam masa seminggu bagi aku memang best rasa nak jadi pom pom girl bersorak riang riang di aidilfitri jugak la. Scar serum ni dia ada bau ikan sikit sebab salah satu formula dia guna minyak hati ikan jerung. Tapi takde la kuat sangat.. Tapi lepas blend dengan cocoa butter formula oil.. bau dia totaly hilang. Yelah.. ikan kena goreng dalam minyak kelapa kan.. hilang terus bau ikan katanya.
scar serum ni memang dalam trial pack dia separuh botol je tapi ni aku dah guna. Dah kurang sikit
Cara pemakaian dia senang.. cara aku pakai. Memula sapu scar serum kat parut2 lepas tu baru sapu cocoa butter oil tu. Kalau kat muka aku sapu jer seluruh muka. Kalau kat tangan pun aku sapu seluruh tangan. Selepas tu kalau hangpa ada pakai cream apa2 baru sapu. Di rekemen pakai masa kat rumah jer.. Bagi yang bekerja pakai waktu malam. Bagi Queen macam aku dok kat rumah.. di rekemen pakai 3 kali sehari. Kalau pakai daycream & night cream macam aku.. pakai dulu scar serum & oil tu baru pakai cream. Memang nampak berminyak la sebab pakai minyak kan. Tapi waktu malam aku pakai.. esok pagi bangun memang minyak tu kering.. tak berminyak muka rasa fresh jer.
cocoa oil ni banyak, Seminggu guna pun tak luak. guna untuk muka & tangan. Almaklum la Oil kan.. tak boleh sapu banyak2 kang jadi orang minyak katanya.. hahaha
Harga trial pack ni cuma RM26++.. Berbanding dengan produk scar sebelum ni aku beli Garden of eden. Bukan tak bagus tapi tak sampai sebulan dah abis serum dia. Yelah botol kecik jer. Tapi memang bagus. Jerawat cepat kecut. Harga Garden of eden untuk acne & scar tu masa aku beli tengah offer dalam RM30.. sekarang harga dia dah normal dalam RM35. Elok jugak buat stock kat rumah.. sebab kekadang jerawat gatal ni sekali sekali dia muncul jugak.
Sekarang aku pilih produk yang jual kat farmasi jer.. atau produk2 yang senang aku nak beli kat luar macam kat guardian. Sapa kata tak bagus. Ok jer... Lagipun terjamin keselematan & kehalalannya. So yang ada masalah parut tak kira parut jerawat atau parut kena rotan dengan mak sebab degil mahupun parut kudis sebab suka main dalam hutan.. boleh try produk ni. Ini bukan review berbayar yer.. tapi ini review produk aku rembat lepas bayar. Beli sendiri ok!
P/S : aku masih setia dengan cream bio essence ok (tanaka white double whitening night cream & snail smooth & repair cream yang aku guna siang) cuma produk scar ni nak mempercepatkan proses menyahkan scar2.. almaklum la samseng banyak parut katanya. hehehehe. Yang jerawat tumbuh bagai di baja sebenarnya aku tukar planning pill effect sementara dia nak serasi kot. Bulan pertama jer.. sekarang dah ok.
Hehehhehe..nak cari jugak ni..
ReplyDeleteOk3 nk try gak la
ReplyDeleteAlaaa.... janganlah buat review tak berbayar, nanti kita yang kopak *_* Dahlah Guardian tu kat mana-mana ada. Akak ni kalau surf online shop je dah tertelan-telan air liur, tak tahu nak pilih apa, nak beli apa. Bila orang cakap sikit jerk pasal kebaikan sesuatu produk, terus terhasut tau! Susahlah hidup macam ni.....
ReplyDeleteEh, takpa! Bulan ni increment kan ada ~_^
Trial pack ni beli kat mane ek?
ReplyDeleteSy pegi watson n farmasi ada skin therapy oil jee.
perenggan pertama entri pun dah tulis beli kat guardian hehehe
Deletegood sharing. tq.
ReplyDeleteKak skang bio essence pun ada scar oil utk parut gak....kalu akak dah guna sharela
ReplyDeletei pon pkai serum tu. sgt puas hati. 4 hari pkai parut2 jrwt makin pudar.
ReplyDeleteSy nk letgo Palmer's scar serum.Baru beli xpnh guna lg.Nk letgo rm40 je.Beli dulu rm50++. WhatsApp 0175884034(yana)
ReplyDeleteajar cara pakai pls.
ReplyDeletebaru guna dlm 5 ari selesa je pkai xoily sgt ..kena tgk dlm sbln hilang x parut jerwat ni..da lama menapak since pkai mask xbhti jerwat n bekas jeeawat pon byk..huhu
ReplyDelete