SERUM LOVEURS MACAM AIR DA.. Bila dah meningkat usia ni.. Rata rata mula nak sental muka yang mula timbul jeragat, garis garis halus, kesan penuaan bagai. Almaklum dulu masa moda rumaja.. kulit licin tegang dia rasa malas nak jaga padahala penjagaan kulit ni harus di buat dari seawal usia. Tapi nak buat macam mana bagi yang dah terlajak perahu tu. Tak bermakna dah terlajak perahu tak boleh nak perbetulkan segalanya. Masih boleh cuma perlu ambil masa panjang sikit la nak rawat balik bila kulit dah jadi masalah.
Saya pernah baca 1 info kecantikan yang mengatakan bila usia dah meningkat.. Pemakaian serum tu lebih baik & effective berbanding krim pelembab sebab katanya memiliki konsentrasi bahan aktif asid amino, antioksidan, vitamin, pencerah kulit, peptida,hidrasi atau eksfoliasi. Contoh antioksidan ni fungsinya menyerap lebih jauh ke dalam kulit lebih cepat berbanding krim pelembab biasa. Kuasa serapan tu lah memberi kesan 10 kali ganda berbanding krim biasa. Almaklum kulit dah 'matang' ni kan.. pepaham la kan kalau nak pulihkan apa yang mula nampak dah di makan usia tu.
Den ni bukanlah tua.. tapi dah besar je ahahaha. Jadi memang perlu jugak la pakai serum. takde la tetengah malam laki terbangun terkejut ingat nenek kebayan pulak kan? Asal nak cantik je mesti guna nama 'laki' kan? tipikal iklan produk zaman sekarang sangat kau! Takde la.. tak semestinya kita nak cantik & nak jaga kesihatan kulit ni untuk orang lain. Macam saya kalau kecantikan ni saya lebih kepada kepuasan sendiri dalam usia usia dah 'besar' macam ni. hahaha.. Bila kita tengok muka sendiri dalam cermin tak la rasa nak bunuh diri sangat kan? Tu pun terapi bahagia jugak.
Baru baru ni saya cuba satu jenama serum. Local product yer bukan international product tapi Insya Allah bukan 'Timbang Kilo' punya. Kalau la hangpa ternampak atau pernah dengar LOVEURS Luxe Skin Serum maybe tahu tapi produk ni baru sangat so tak pelik kalau ada yang masih tak tahu akan kewujudanya dalam dunia kecantikan. Takpe.. Meh sini Ahkak nak perkenalkan kat hangpa. Dont worry be happy wokey!
LOVEURS Luxe Skin Serum diformulasikan khas oleh Penyelidik Ubatan Semula Jadi dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) oleh Dr.Razip Asaruddin. Serum ni di hasilkan dari kombinasi Emulsi Kelapa Dara (EKD) & Madu Kelulut. Antara bahan semulajadi yang di gunakan dalam produk serum ni adalah seperti kelapa dara, madu kelulut, ekstrak lemon, aloe vera, vitamin C dan kolagen. Minyak kelapa dara yang di gunakan juga telah di patternkan di US & Japan. Hangpa boleh rujuk pada link ni (
https://patents.google.com/patent/US20170304452A1/en)
Produk ni memang bernotifikasi KKM (
NOT KKM : NOT 190107288K) so takde masalah untuk di jual kat malaysia secara sah juga telah melalui analisa di lab untuk memastikan ia bebas bahan kimia beracun & terlarang. Result labtest boleh tengok pada gambar di bawah yer
Serum ni dapat membantu untuk masalah kulit seperti ;
1)Jerawat & jeragat
2)Liang pori besar
3)Tona muka tidak sekata
4)Kulit berminyak / kering
5)Mengurangkan kesan penuaan
Luxe Skin Serum sesuai untuk semua jenis kulit muka termasuk yang mempunyai kulit sensitif. Cuma mungkin penerimaan sesuatu produk pada kulit manusia ni berbeza walau produk tu dia tak spesifik untuk jenis kulit macam mana & di kategori sesuai untuk semua jenis kulit maybe sesetengah orang tak sesuai jugak. Yang kata sesuai untuk semua jenis kulit ni bermakna kalau kulit tu kering ke, berminyak atau kombinasi boleh je pakai bergantung pada penerima kulit masing masing juga la.
Pengalaman seminggu dok men 'tenyeh' LOVEURS Skin Serum ni kat muka saya.. Apa saya boleh cerita testur serum ni memang sangat cair macam air. Tak macam sesetengah serum yang pekat kadang kadang agak susah kita nak blend & sekatakan kat kulit. Tapi LOVEURS serum ni sebab dia macam air.. memang senang sangat la nak blend kat muka & sekatakan di kulit. Kat situ dah jimat sebab tak payah titis banyak banyak nak blend satu muka.
Dalam gambar Animated ni boleh nampak testur serum ni memang cair ok
Bila kita apply kat kulit memang tak ada sebarang warna & bau dia agak sedap di hidu tapi sangat mild. Tak ada bau kuat macam perfume. Sangat cepat meresap kat kulit. Bermakna kita sapu je dalam 10 - 20 saat terus dia kering kat muka & rasa macam kita tak letak apa apa pun kat muka. Memang sangat sangat ringan serum ni & sangat selesa bila kita pakai. tak ada kesan melekit ke, berminyak ke. Tak ada effect muka jadi glow atau shinning bagai. Lepas apply memang nampak macam tak ada apa apa berlaku kat muka kita.
Selepas seminggu tu tak ada la dari muka hauk (buruk) terus jadi jelita. Tapi dapat rasa juga perbezaan tu. Bila kita sentuh kulit rasa licin, lembut & halus. Kulit pun nampak fresh. Bila selfie nampak la perbezaannya. Tak la putih tapi sedikit cerah la.
Macam biasa apapun produk kena guna secara berterusan untuk mendapatkan hasil yang positif. Kalau setakat seminggu dua harap dari muka penuh jerawat/jeragat terus licin macam telur rebus yang tu hangpa pi la tadah muka kat krim krim merkuri tinggi. Maybe boleh la dapat hasil secepat tu. Lepas tu menangis la tepi cermin bila muka breakouts tahap nirrojim. Setan tengok pun tak mengaku followers dia. hahahaha
Bagi saya keistimewaan LOVEURS Luxe Skin Serum ni adalah testur & bau dia. Dia cair macam air, cepat meresap & bau dia sangat mild. Kalau kita nak apply sebelum bermakeup pun kita tak rasa tebal sangat kat muka. Memang tak rasa apa apa pun bila apply serum ni. Bau dia certain orang tak suka bau natural so bau dia tak la natural & tak la terlalu perfume. Bau dia fresh & sedap. tak menganggu hidung sangat.
Cara penggunaan serum ni.
1. Cuci muka & lap kering
2. Titiskan LOVEURS serum ke atas kulit (better titik terus sapu/sekatakan sebab dia sangat cair takut meleleh jatuh ke bawah)
3. Selepas tu kalau korang nak apply skincare lain atau makeup boleh la. Tapi kalau korang pakai toner, kena apply toner dulu kemudian baru LOVEURS serum ni. Selepas tu baru yang lain lain.
Normally jenis jenis serum ni kalau nak dapat kesan positif lebih cepat gunalah 2 kali sehari. Pagi & malam. Kalau malas sangat sekali sehari pun ok. Jangan seminggu sekali baik kau tak payah pakai je. Tu dah tahap malas sangat dah tu.
Kalau berminat nak cuba boleh hubungi :
FB & IG : LOVEURS.MY
Whatsapp : +6011 1177 0098
Akhir kata dari makcik lawa (kekeke) Tak kisah la korang nak guna local product atau product luar tapi make sure produk yang hangpa nak guna tu cukup kriteria keselamatan yang di perlukan. Selain perlu ada NOT KKM, R&D/labtest, check juga pada packaging produk ada tak semua label label seperti nama produk, kandungan produk, bahan bahan yang di gunakan dalam produk, cara penggunaan, tarikh pengeluaran/tarikh luput, Alamat pengilangan & sebagainya macam produk LOVEURS Luxe Skin Serum ni. Jangan hanya ada nama produk, kandungan (ml) produk lepas tu nama profile media social produk je. Tak cukup kriteria ok!
Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak, Anda mampu mengubahnya.
Serum ni ada kolagen ye?
ReplyDeleteTeringat dulu pernah jual rumpai laut dok canang ada kolagen. Rupa-rupanya rumpai laut takde kolagen tapi berfungsi sebagai "colagen booster" iaitu menambahbaik/meningkatkan kolagen dalam badan kita. Kelakar bila teringat balik.