NAK MILIKI MUKA BOLEH GADAI KAT KEDAI PAJAK BACA NI
Tajuk tak hengat kan? Padahal nak cerita pasal hasil rembatan terbaru aku kat guardian jer. seperti yang aku pernah canang canangkan aku nak rembat lepas bayar benda alah ni tapi hari minggu 2 minggu lepas tak singgah ke guardian. So last weekend singgah maka tanpa bertapi tapi lagi.. Tapi berkira kira jugak dua tiga kali nak beli ke tidak.. Almaklum rega dia kan kategori kena korek tabung jugak. Almaklum la surirumah.. tapi selepas buat calculation macam entri ni>>TIPS UNTUK NAMPAK MURAH BILA BELI PRODUK BIO ESSENCE<< maka tanpa was was aku terus ragut bawak gi cashier katanya.
Maka dapat la aku sebotol Bio essence 24k bio-gold bio water katanya. Boleh tahan besar botol dia. Kandungan 150ml.. tapi tak perlu banyak sangat bila nak pakai so aku rasa boleh tahan 4 - 5 bulan jugak la kalau pakai 2 kali sehari pagi & malam. Dengan harga selepas gst RM77++ ok la berbaloi la jugak.
5 hari meneyeh bio-gold water ni.. Ok aku puas hati. Even takde la se glowing muka testimoni2 produk kecantikkan yang jual kat online sampai berkilat2 basah. Kalau tengah panas pecah telur sebiji rasanya masak. Takde la sampai macam tu hasilnya selepas 5 hari pakai tapi tetap nampak best jugak. Nampak la jugak sinar kebahagian di wajah lopak bulan aku ni. Kulit rasa semakin halus, muda tu aku tak sure la sebab aku kadang2 kalau tengok dari belakang orang ingat budak sebab aku awet muda tang ketinggian. Tapi aku puas hati la pakai.. takde effect buruk & dia membantu memperbaiki masalah kulit aku ni. Ada la nampak seri2 pengantin basi tu katanya hahahahaha. Fungsi dia untuk hilangkan kedutan, menghaluskan pori2, memberi glowing pada kulit & ada yang pakai katanya boleh memudarkan parut jerawat kat muka. Tapi bukan kau pakai seminggu kau budget muka kau terus segebu neelofa.
Yang best produk ni senang pakai... kau tuang kat tapak tangan lepas tu tepuk2 je kat muka sekejab jer dia meresap dalam kulit takde kesan berminyak atau melekit. Lepas sapu tu boleh rasa lembut & fresh kulit muka korang. Even nama dia bio-gold water tapi dia bukan air tapi gel yer..
Sesapa yang nak kulit menghalang kesan penuaan & kedutan,menaikkan seri wajah,menghaluskan pori & glowing bersinar bak emas 24k boleh la try bio gold 24k bio water ni. Manalah tau time sesak2 muka boleh gadai kat kedai pajak katanya. Almaklum la dah bersinar bagaikan emas katanya. hahahaha
Moral of the story.. nak beli sila beli kat guardian yer.. jangan beli kat tesco @ farmasi sebab harga dia lebih mahal.
Ehem, ehem! Datang-datang jerk dah kena sogok *_* Ini yang tak boleh datang hari-hari :) Eh, Suria, akak selalu beli kat Watsons produk Bio Essence ni. Kadang bila datang kerja gila, akak boleh pecut marathon dari Watsons kat atas ke Guardian kat tingkat bawah dalam KLCC tu tau semata nak compare harga!
ReplyDeleteHai... mengeluh panjang macam ni. Nak juga wajah boleh dipajakgadaikan... Esok pi KLCC lah, melawat kawasan larangan!
Wah... Memudarkan parut. I like it!!.
ReplyDeleteSaya pernah cuba product Bio Essence yg ada emas tapi rasanya bukan produk ni. Syok lah setiap hari sapu emas kat muka xD
ReplyDeletehttp://www.theisabellee.com