KULIT JADI JERAWAT LEPAS PAKAI SET BIO ESSENCE BIO GOLD

5/16/2015 10:35:00 AM suria lekatlekit 11 Comments

Tetiba jer kau ni lekatlekit.. dulu kemain kau canang canang produk bio essence ni bagus2 belaka. Dari muka kau yang seram dah jadi macam puteri gunung gondol cantiknya. Hari2 tak habis kau selfie katanya sebab rasa bangga tengok muka makin cantik. Tup.. tup sekarang kau kata produk ni menyebabkan jerawat pulak. Kau dah kenapa? Kau dah tak mampu nak beli produk bio essence mula kau fitnah2 dia yer...

Sumber Google

Sabar na.. Kalau muka aku ni.. tempek produk Bio essence takde la tumbuh sekebun jerawat nan berbunga katanya tapi ni ha.. seorang Anonymous katanya terpengaruh dengan promoter jual produk bio essence. Beli la satu set bio essence bio gold. Sebelum pakai set bio gold ni dia kata memang kulit dia dah sedia subur dengan jerawat lepas pakai katanya bagai di baja pulak jerawat. Menjadi jadi jerawatnya. Dia tanya pendapat aku nak teruskan atau tak sebab promoter yang jual tu suruh teruskan katanya tu tindakbalas dia nak merawat jerawat. Kalau aku la.. aku stop.. Yer betul bukan murah beli. Nak2 lagi beli set macam tu. Tapi fikir kalau jerawat semakin di ternak & membiak kau tahan ke? Kalau aku tak berapa nak tahan sangat la.


Pada pendapat aku la kan.. Masa aku mula2 bercinta dengan bio essence memang kulit aku ada masalah jerawat. Jadi memula aku pakai Tanaka whitening night cream & snail cleanser dulu, lepas tu aku beli snail cream untuk merawat jerawat. Dah jerawat mula malu nak keluar tinggal kesan cinta terhalang antara aku dan jerawat jer (parut jerawat).. baru aku start pakai bio gold water. Pun macam tu aku tak pernah beli secara set produk bio essence. Aku beli yang aku nak pakai jer. Campur2 mengikut keperluan muka aku. Sebab Bio gold water ni.. dia lebih kepada merawat kulit kusam, pori2, anti penuaan & memberi kesan flawless pada kulit muka kita bukan fungsi dia merawat jerawat sangat la. Kalau jerawat ni better pakai siri snail.

Ni yang aku pakai masa kulit aku di selubungi jerawat

Pentingnya rawat jerawat dulu. Masa nak merawat jerawat selain snail cream & cleanser.. aku beli serum anti jerawat Garden Of Eden jugak. Takde la aku pakai 1 set.. memang campur la aku pakai. Janji aku beli yang aku perlu. Dah settle masalah jerawat baru la aku pakai produk yang boleh memudarkan & menghilang parut jerawat pulak di samping memberi kesan cantik & flawless pada kulit. Takde aku nak terus pakai bio gold masa jerawat tengah membiak dengan jayanya. Dan sekarang bagi merawat aku pakai bio gold water (pagi & malam), Bird nest nutri collagen cream untuk siang & malam aku pakai Nour Ain night cream. Cleanser sebab aku tahu kulit mudah berjerawat aku pakai Bio Essence Miracle bio water yang anti acne & free soap tu. Alhamdulillah.. tak memudaratkan kulit aku tapi merawat secara berperingkat & Insya Allah aku puas hati.

 Ni yang aku pakai sekarang. Cuma cream malam jer Nour Ain yang lain produk dari bio essence. Kalau tak sebab anak aku sabotaj aritu rasanya nour ain takde dalam senarai tapi terpaksa habiskan jugak. Takpe Nour ain antara produk yang sesuai dengan kulit aku. hahaha

Kesimpulannya.. aku tak rasa set bio gold tu penyebab jerawat cuma masa tak sesuai lagi dia guna set bio gold. Aku rasa better dia rawat jerawat dengan set snail bio essence kalau dia rasa nak guna produk bio essence la. Kalau rasa mahal sangat boleh survey produk lain untuk atasi masalah jerawat tu. Set bio gold tu nanti lepas jerawat dah takde boleh pakai.

Moral of the story.. Kalau kau sakit takkan terus pergi gym nak sihat kan? kau kena rawat sakit, makan ubat yang boleh sembuhkan sakit lepas dah tak sakit baru kau boleh pergi gym untuk kekalkan gaya hidup sihat supaya tak jatuh sakit lagi. Macam tu jugak produk skincare ni. Kau kena rawat masalahh kulit dengan skincare yang khusus untuk masalah kulit kau dulu sebelum kau guna produk yang nak mencantikkan lagi kulit wajah kau.

P/S : Biasa produk skincare bukan sesuai dengan semua orang

11 comments:

  1. Mcm ni dia stop dl la pki produk bio essence buat sementara,cr produk rawat jerawat dl,then pakai la balik bio essence tu kalau jerawat dah takda. Jgn di buang pulak,sayang tu,mahal beli. Hehehehehhe.

    ReplyDelete
  2. Kalau tak nak pakai, lanting ajelah kat kita nih... apa ada susahnya.... Akak pun takdalah masalah dengan produk Bio Essence ni. Tapi nak suruh kulit cantik bersinar berseri ala-ala zaman 20-an memang tak dapat den nak tolonglah. Asal jerawat tak tumbuh melata, itu pun sudah cukup baik. Kalau lagi cun 0.1% daripada owner Quputeh, itu dah kira bonus *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak, sy ad beli bio essence snail cream tu, muka naik jerawat mcm cendawan selepas hujan...skrang dh stop, baru pakai 2 colek seal punx buang lagi :'( beli rm99.90 nk letgo rm70 je masuk postage. .. if berminat whtapps sy 0148013037

      Delete
  3. rasanye promoter tu slh promote kt die.. gold water tu fungsinye lain. die perlu gn cleanser or cream yg mmg khas utk jerawat.

    ReplyDelete
  4. saya sekarang pon pkai bio essence,,hehehe...
    not bad rasanya, baru 2 bulan pakai,,hehe

    ReplyDelete
  5. Nk letgo bio essence snail cream, x sesuai dgn kulit muka... nk let go rm70 shaja...

    ReplyDelete
  6. Please help...nk let go bioessence snail cream, x sesuai dgn muka sy, nk let go rm 70 sahaja, boleh whtapps 0148013037

    ReplyDelete
  7. Kenapa ye sy pakai bio essence muka jadi gatal2? Tp terasa laa masa pakai rasa lmbut dan licin je. Baru 3 hari pakai

    ReplyDelete
  8. Cream nor ain ada merkuri. Sy pernah try.

    ReplyDelete
  9. Sy xleh consume dgn krim nor ain...timbul blackheads...huhu

    ReplyDelete
  10. Sy xleh consume dgn produk nor ain....terutama cream dia....mmg byk blackheads kt muka...terus stop je

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com