RAHSIA DISEBALIK BIO ESSENCE 24K BIO GOLD WATER
Dah nak masuk botol ke dua aku beli bio essence 24 bio gold water ni. Yang botol pertama 150ml.. dah hujung2 nyawa. Ada la sikit boleh tahan maybe dalam seminggu lagi kot. Yang botol pertama aku beli dalam bulan 4 lepas.. sekarang dah masuk november.. So, secara kasar dia tahan lebih kurang 6 bulan untuk 1 botol Bio essence 24k bio gold water yang harga RM77++. Bagi aku tak mahal la sebab setengah tahun jugak tahan. Yang botol kedua aku beli kecik sikit sebab terpedaya dengan value pack yang dapat percuma Bio essence 24k bio gold skin radiance cleanser. Boleh la try ok ke tidak cleaser dia kan. Harga Value pack tu cuma rm 52++.
Hasil membeli sendiri bukan di sponsor bio essence hokay |
Kenapa aku suka pakai bio essence 24k bio gold water ni? Inilah rahsianya aku jatuh cinta dengan Bio essence 24k bio gold water. Pertama senang nak apply. Cuci muka.. keringkan. Tuang bio gold water ni atas tapak tangan.. kemudian tempek2 je kat muka macam tempek bedak sejuk. tak payah pakai banyak2. Dua tiga titik dah cukup. Cara pemakaian dia bukan macam sapu cream tau.. dia kena tepuk2 ke seluruh muka. Boleh pakai pagi & malam. Kesan dia bukan drastik. Seminggu pakai terus muka jadi baby face. Mustahil sangat. Dengan pemakaian yang consistent & berterusan mampu menegangkan kulit,mengurangkan garis2 halus, kesan2 penuaan, muka jadi glowing, mengecilkan pori. Setakat 6 bulan aku consistent dengan bio gold water ni Insya Allah tak menyebabkan apa2 kesan buruk pada muka aku yang sedia buruk ni. Hahaha.. pada pandangan mata aku yang silau ni.. glow tu ada la jugak. Kulit muka pun rasa tegang. Elok la kita2 yang dah masuk zon makcik2 ni guna bio gold water. Nak feelling adik adik katanya. hahaha. Boleh la selfie tanpa was was. Almaklum la blogger & gambar tak dapat di pisahkan tapi muka cantik pun kalau tak reti ambil gambar pun nampak buruk. kena jugak pandai ambil gambar dengan teknik yang betul macam ni >> 11 Tips Mengambil Gambar Yang Perlu Beauty Blogger Tahu <<
Sesuai sangat untuk ibu2 yang terlalu sibuk tak kisah la sebab sibuk dengan anak2 atau urusan kerja guna produk ni. Macam aku cakap senang nak pakai. tempek2 je kat muka lepas tu dia akan kering & meresap dalam kulit dengan sendirinya. Takde kesan melekit atau berminyak. Rasa natural jer kulit kita lepas pakai. Pakai sebelum makeup pun boleh.. tak tau la orang kata nak bagi nampak effect glowing tu. Aku jarang pakai sebelum makeup bio gold water ni. Aku selalu sebelum makeup tenyeh Bio essence hydra tri-action aqua moisturizing gel & Bio essence sunscreen moisturizing cream SPF 56.
Setakat ni memang membantu la kulit aku nampak segar & tak kusam walau tak gebu gebas macam emma maembong. Almaklum la kulit melayu kan.. Emma maembong lain la pan asia. Mak dia minah saleh. Aku mak bapak pure melayu tetiba muka pan asian kang orang cakap albino pulak. Ye dak?? At least.. tak sia2 la aku consistent dengan bio essence 24k bio gold water ni. Nak pakai barang kemas berkepok2 tak mampu pakai air emas bio essence ni je la.
Moral of the story.. Semoga entri menghasut ni membantu korang yang teringin nak guna produk bio essence tapi tak berapa terdedah dengan kelebihan produk ni. Selamat mencuba.. moga muka kita semua bersinar bak emas 24k katanya. hehehe
Wow, lepas ni menyerlah keemasan la kan
ReplyDeleteProduk Bio ni memang bagus.. Sebab tu harga pun aumm aummm.
ReplyDeletehehe...perenggan last tu kelakau
ReplyDeletetapi saya bab benda ni memang kurang
pasal tu tak cantik gamaknya...hehe
aduh menyesal tak beli..last week dilema nak beli bio gold ke olay serum cellucent..last2 terambil cellucent..takpe..tunggu abis kita try bio gold plak..hehe
ReplyDeletebaru nk try....hehe tq... mmg berjaya menghasut i...
ReplyDeleteAkk pun pakai bio 24k ni..mmg brkesan seawal 1 minggu dh nmpk..jeragat pun hilang beransur2..kulit muka pun lembut..even harga dia mahal tapi mmg berbaloi2..rugi tak pakai..
ReplyDeleteBio ESS ni sesuai ke until remaja lelaki yg berumur 16 thun? Yg aqua foamy cleanser sya ade beli pencuci muka yg ITU
ReplyDeleteBio ESS pencuci muka aqua foamy sesuai ke until remaja lelaki?
ReplyDeleteNak cube jugaklah kalau bagus, hehe..
ReplyDeleteBest sangat-sangat... .
ReplyDelete-pori dah semakin mengecil.
-kulit terasa lembut,anjal & glow.
-senang,cepat & mudah untuk serap ke wajah.
-jimat sangat-sangat...sy guna dah 4bulan ,tak habis-habis lagi...ada lg setengah botol.
Bagi sy tak mahal... .sebab 1botol boleh guna setengah tahun.
Beli lah time offer...memang jimat sangat-sangat.