IKAN SELAR SEEKOR RM2 KAT GIANT BATU CAVES
Dah alang2 pergi cari la sikit2 barang2.. Boleh la hari ni masak apa yang patut. Sebenarnya aku ni kurang arif bab2 harga barang2 basah ni. Entah kenapa aku kurang ambil tahu pulak pasal tu tapi aku bukan tak pernah membeli belah barang basah langsung & aku boleh bezakan kat mana murah & kat mana mahal cuma harga jualan dia aku kurang pasti la kalau suruh aku bagi amount berapa rega sekilo bagai, kan??
Aku tengok seafood kat Giant semalam pun tak berapa meriah maybe aku datang malam & sekarang ni kan dah mood Chinese new year maybe sebab tu barang2 basah mula surut kot bila dah malam. Ok la.. bukan aku nak makan 100 orang pun setakat 2 mulut je. Aku pilih udang sikit.. udang putih size sederhana besar je dalam belas2 ekor je.. pi timbang mak aihh.. RM11++.. amik ikan selar 2 ekor pi timbang RM4.00.. jatuh sekor RM2 la. Sayur sawi seikat RM1++ tu untuk sekali makan 2 orang jer... kat situ aku dah rasa agak mahal. Cancel udang tu.. melampau sangat rasanya.. sebab ada tempat lagi murah boleh dapat. Ikan tu pun mahal bagi aku tapi amik jugak buat2 goreng. Tak tau la mahal sebab sempena CNY ni ke hapa tapi memang mahal la nak2 lagi barang2 kat Giant memang sejak dulu lagi aku rasa mahal, apatah lagi sekarang terasa bertambah2 la mahal.
Dan aku sangat2 tak paham orang yang tak berapa kaya tapi tetap menyokong kenaikkan harga.. Memang spesis suka di bebani demi pemimpin tercinta mereka. Biar mereka makan nasi berlauk kicap masin sekalipun kesetian tak tergugat katanya. Katanya.. harga barang memang semakin naik tak mungkin semakin turun.. ye betul... tapi takkan la dalam setahun bermacam barangan naik tak selaras dengan pendapatan rakyat. At least.. naik selaras dengan pendapatan tu even tak mampu nak kaya raya pun takde la rasa semakin susah, ye dak?? AKu bukanlah pembangkang.. tapi aku manusia normal yang kalau boleh elak dari di bebani, aku nak elak. kannnnnnnnnnnnnnnnn
P/S : Maybe harga Kat Giant tu memang melampau sejak dulu lagi kot so, kalau nak jimat Giant bukan pilihan la.. Memang betul2 Giant nak makan besar je kejanya. Sebab dari calculation aku sendiri mahal singgit la rega ikan aku beli tu kat Giant. Tu pun aku ikut harga ikan basah bukan frozen
betul tuu. mcm manalah yg family besar. mcm kawan. adik beradik 11 org. memang sgt2 over kenaikan hagra barang skg. makin hari makin naik. esok2 nanti xtawwwwlaaaa cm neee
ReplyDeletetu lah masalah yang kita rakyat terpaksa hadapi
ReplyDeletesepatutnya pemimpin ni cubalah fikir
cara macamana nak meringankan beban rakyat
bukan sibuk nak jadi PM aje =)
salam mummy lala..
ReplyDeletemmg mahal..sbb tu cma suka lagi pegi mydin..murah :)