Sekarang ni banyak majlis atau party yang bercampur gaul muslim dengan non muslim dengan anjuran yang bukan muslim. Bila ada majlis atau party macam tu.. arak di sediakan untuk sesiapa yang nak minum. Mungkin ada yang dah tahu tapi buat2 tak tahu.. tapi tak mustahil ada yang tak tahu. Ni bukan info yang korang kena ambil sebagai ilmu tanpa merujuk kepada guru2 agama yer.. sekadar point untuk korang cari ilmu jer... selebihnya rujuklah guru agama masing masing.
Sumber google
Baru2 ni tengok ada Paris Hilton datang ke satu party yang di anjurkan oleh sebuah pusat hiburan bagi meraikan pembukaan pusat hiburan tu. Tengok ramai yang pergi meraikan.. Termasuk la blogger2 yang berhijab. Sebab ia sejenis pusat hiburan hati ni tertanya tanya jugak.. Takde arak ke di hidangkan. Aku tanya la sorang blogger yang join party tu.. dia kata ada.. Mungkin dorang pun tak tahu kot, so dorang pun join la kan. Tapi bukan dorang minum arak just pergi meraikan saja.
Ni pun nak buka aib atau nak tunjuk salah sesapa.. just berkongsi sahaja yer. Hope takde pulak nak tacing tak tentu pasal. Aku pun bukan baik sangat.. serba serbi tak sempurna sebagai muslimah tapi tak salah kot aku nak kongsi perkara yang baik. Kang dok tulis entri melantang isu2 semasa orang kata asyik dok cakap pasal orang jer kan.. so, seimbangkan la. Aku pun bercita cita nak jadi insan yang baik jugak tapi tak mampu la berubah secara drastik.. ye dak.
Apa yang aku baca.. Umat Islam di larang menyertai majlis yang menyediakan hidangan arak walau kita tak meminumnya. Seolah olah kita menyokong perbuatan tersebut.
Ini adalah sebahagian dari artikel yang aku printscreen selebihnya korang baca kat SINI
Bukan kata party yang baru2 ni diadakan yang melibatkan blogger jer.. Malah sebenarnya banyak majlis anjuran bukan islam yang tetamu terdiri dari pelbagai agama termasuk Islam yang menyediakan arak. Contoh.. majlis makan malam yang setiap tahun di adakan oleh company2. Kebanyakkan memang ada arak. Selagi kita boleh elak.. elakkan lah yer.. Bukan je parti/majlis malah restoran2 yang ada hidangan arak pun tak payah la singgah. Kat Malaysia ni macam tempat2 makan yang tak jual arak boleh kita pergi ye dak.
Apapun sekadar perkongsian dari insan yang jahil. Untuk ilmu yang lebih mendalam tanya lah pada orang yang sepatutnya. Macam aku cakap awal2 tadi.. apa yang aku kongsi bukan la satu info yang lengkap cuma point untuk korang cari ilmu sahaja.
setuju... sellu nk buat event akhir nk pilih hotel je.. tpi pasti hotel tu ada arak kn.. mmg sy elakkn slgi boleh..
ReplyDeleteAkak ni kerja dengan Jepun so bila ada function memang jarang join sekali. Akak tak tahulah nak komen lebih-lebih sebab bukan arif sangat tentang ni tapi bila hati rasa tak sedap, tak tenteram nak join dan syak wasangka, memang akak tarik diri siap-siap! Satu je bagusnya dept akak ni, kalau nak beri makanan, mereka check segala ingredients pada label. Kalau ada, mereka minta maaf sebab tak dapat nak bagi kita rasa. Kalau pergi makan bersama pun mereka akan pastikan tempat tu sesuai untuk Muslim macam akak ni. Kalau tidak, akak dengan rela hati keluarkan diri dari senarai. Yalah, akak seorang je tapi mereka ramai!
ReplyDeletepayah jugak nak elakkan join majlis2 yang tak libatkan arak especially bila bukan kat Malaysia. kadang2 kenalan2 sendiri / cikgu ingatkan kita ni anti-sosial sbb tak pernah nampak dalam any majlis yg diorang buat. ye lah, majoriti beralkohol, walaupun still ada makanan yg elok utk kita yg mereka sediakan.
ReplyDeleteend up, sy try la join2 benda yg lain, macam jalan2 hiking ke, masuk hutan ke. tapi bila naik tmpt tinggi, ada jugak antara non-Muslim ni minum alcohol sikit (utk panaskan badan). not sure what to do,. :(
Setuju...kdg2 tak tahu majlis tu dihidangkan dgn minuman keras....
ReplyDelete1time join dinner company..terasa bersalah giler..
ReplyDelete1time join dinner company..terasa bersalah giler..
ReplyDelete