FAKTA KARUT DARI ORANG BERLAGAK PAKAR

7/20/2011 04:59:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Nak ambil peduli setiap kata - kata dari orang harus di tapis dulu baik & buruknya. Kata - kata berunsur nasihat, semangat & yang membawa kearah kecermelangan hidup tu takpe la kita nak ambil pusing pun tapi kalau kata - kata yang membawa kepada tekanan, putus asa & kutukan & kejian yang melampau juga tak berasas pedulikan saja.

Teringat sang lekit dari zaman remaja sampai la bertukar status menjadi bini & bakal mak orang ni. Kata - kata yang sang lekit tak boleh lupa adalah berkenaan dengan fizikal yang sang lekit yang kecik kementot. Macam - macam pertikaian & ramalan berunsurkan mitos dari orang lain. Dulu sebelum kawen.. Masa tu sekolah lagi. Seorang pakcik yang sang lekit tak kenal pernah cakap.. Orang kecik ni susah dapat jodoh. Macam la jodoh tu dah tertakluk pada orang yang berfizikal sempurna jer, kan?? Lepas tu ada juga sedara mara yang cakap.. Kau ni kecik sangat macam la nak kawen nanti. Macam mana orang lain kawen, macam tu la jugak sang lekit kawen. Apa bezanya.. walau fizikal ku tak selampai orang lain kan?? Lepas tu ada lagi yang kata.. kalau kawen ni susah nak dapat anak sebab kau kecik sangat. Sekarang dah 8 bulan.. Takde apa yang mustahil. Dari mana dia dapat fakta orang kecik susah nak dapat anak pun tak tahu la. Ada juga yang lancang mempertikaikan.. macam mana nak layan suami sebab kecik sangat. Harap faham la layanan yang di maksudkan sipolan tu.

Mangsa keadaan. Gambar sebenar bukan sekadar hiasan. kekekeke

Kenapa mesti ada pendapat, pandangan & pertikaian macam ni pada golongan bertubuh kecik macam sang lekit?? Sang lekit pun kadang - kadang tak faham. Apakah fizikal kecik ni di pertikaiankan dari segi kemampuan?? Setiap manusia yang lahir ada kekurangan & kelebihannya sendiri. Selagi Tuhan tidak berkata itu mustahil.. Maka takde apa yang mustahil. Orang yang di sahkan mandul pun kalau Allah nak bagi dia rezeki, dia juga tak mustahil boleh dapat zuriat sendiri. Siapa kita untuk pertikaikan kuasa Tuhan.

Dulu yer.. pernah sang lekit rasa macam orang cacat pula bila di sembur dengan kata - kata macam ni tapi kedewasaan tu buat sang lekit berfikir kearah yang lebih positif. Mak pun kecik.. Boleh jer lahirkan 7 orang anak walau akak sulung sang lekit meninggal dunia masa di lahirkan. Apa yang membuktikan cakap2 orang macam tu adalah benar?? Takde bukti pun.

Jadi tak perlu kita rasa rendah diri (walau kurang tinggi) dengan kata - kata yang berunsur penghinaan tak berasas macam tu. Terima diri kita seadanya, Insyaallah kita akan di terima. Pada orang - orang yang berlagak pakar meramal kemampuan orang lain tu renung2kanlah diri sendiri. Apakah kamu sesempurna manusia yang ada di bumi Tuhan ni?? Jangan melemahkan orang lain dengan fakta karut korang tu.

P/S : Alhamdulillah dapat pasangan yang tak kementot.. Tu memang impian sang lekit. Cukup la diri kementot,harap tak dapat hubby yang kementot juga. Sudah jodoh ku bersama si mata kucing berbulu mata lentik itu. Kekekekekeke

 Pakai kasut 5 inci pun belum tentu berdiri sama tinggi ni.

17 comments:

  1. kita genglah cik lekit..boleh masuk team ketot jugak ni..
    memang rendah diri tau..dahla sedia ada rendah.
    tapi kita ada kelebihan yang mampu menutup kelemahan kita.
    saya bersyukur asalkan cukup anggota badan.

    p/s:pernah berangan nak buat bedah tambah tulang kaki..huhuu

    ReplyDelete
  2. siyes!
    TK jeles ngn lekit ni..
    hehe..

    ala, cm orang kata la kan.
    "oh, ia anak cikgu, mesti anak yg baik.."

    walhal berapa ramai penjenayah tu lahir d kalangan mereka2 yg bijak pandai..

    ReplyDelete
  3. Biarkan jer apa orang nak kata..

    ReplyDelete
  4. tu tahyol tu,mmg khurafat tu kalau sape percaya

    ReplyDelete
  5. hik3..br sis tau cik lekit ni cumil rupanya.

    adikku sayang,jgn risau.kwn baik sis,blogger juga.dia pun saiz cam cik lekit.anak dah 2 pun.bersalin normal.anak 2-2 lelaki.cuma anak dia mmg tak besar la sbb suami dia pun tak la tinggi sgt,anak 2 kilo je lahir.


    mmg tak blh layan org yg ckp mengarut2 ni kan?apalah org2 tu..huhu

    ReplyDelete
  6. mulut org memang susah nak tutup.....
    apa Allah ciptakan tue adalah yang terindah dan terbaik... :)

    ReplyDelete
  7. sape lah yg buat ramalan mcm tu kan.org tua2 mmg suke ckp mcm tu.ada yg kata punggung kecik susah beranak lah.tp akk kat opis sy tu,anak dh 3,oke je sy tgk.hmm Allah dh tulis semua,suke sgt jd peramal yg tak bertauliah.haih~

    p/s : mmg tinggi lah suamy akk =)
    org kecik ni comels taw,senang nk cr baju,tak mcm sy yg gajah ni.

    ReplyDelete
  8. nk kata tggi sgt hubby akak tu takde la..normal je ketinggian dia. takde la di kategori golongan kementot.. yg menampakkan dia mcm tggi lampai sbb bini dia kementot je rara... kekekeke

    ReplyDelete
  9. comel ape org kecik2 nih..cute miut je nmpak..haha, x perli lo

    ReplyDelete
  10. ko comel weh..lantak la mulot orang tu..aku suka tgk org kecik comel ni..rase macam nak picit2..ahaha..

    ReplyDelete
  11. eh a'ah laa.. kementot gile upenye akak.. haha^^ comel! ni 1st time sy denga ade org kate org yg kecik ni itulah, inilah. rasenye org kecik la yg salunye normal. xde masalah berat badan so on. bezanya, fizikal yg kecik ^_^

    ReplyDelete
  12. org kecik salu nmpk muda. bertuah apa..:)

    ReplyDelete
  13. Hurm.....mulut tempayan boleh dtutup...mulut org pyh sket..hehehe.Bersabo jer la,kalo x tahan cuba bagi sedas dua tembakan agar mereka boleh berfikir...tarbiyah sket.

    ReplyDelete
  14. nonsense kannn!! huhuhu.. leh lak gituh tanggapan org.. iskk.. be more realitic lar.. semua kan di tangan Tuhan.. :)

    ReplyDelete
  15. mulut orang yg mengata tu dia akan lupa keesokan harinya..tapi kita jgn simpan kata2 org tu..kalau simpan kita yg sakit =)

    apa pun respek dengan ketabahan akak..=)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com