COURTS BAGI TIPS BERJIMAT KE TIPS BERHUTANG NI?
Almaklum kita ni dah tak ada pilihan kadang2 ada perkara terpaksa jugak kita beli walau kemampuan tu terbatas. Jadi kita cari la yang jual & promosi harga paling jimat. Kadang2 ada jenis manusia malas survey.. apa dia nampak dulu itu dia serbu. Senang terpedaya dengan janji manisnya. Senang tertipu dengan ayat ayat power. Nak2 ayat promosi. Sale besar besaran dengan jualan gudang padahal.. Kadang harga tu bukan harga gudang sangat pun. Tapi rakyat Malaysia ko cakap sales jer serbu macam ayam di tabur dedak. Sale la katakan.. dia punya mindset.. sale je mesti murah. Walhal kadang2 sale pada banner bukan pada harga. Harga kat tag je dia letak sebelum & selepas.. padahal harga sebelum tu dia dah markup & harga selepas tu harga jualan biasa je.
Bila terbaca artikel tips berjimat dari courts ni.. Ok la. Ada tips yang boleh pakai tapi masalahnya ada tips tu aku nampak bukan nak ajar orang berjimat macam nak ajar orang tambah beban hutang je. memula dia bagi tips macam mana nak saving dengan gaji yang sikit kemudian lepas dah saving dia bagi tips macam mana nak berhutang beli perabot pulak. hahahaha...Almaklum la courts kan.. Dia lebih prefer orang beli barang dengan dia secara hutang. Korang boleh baca sendiri kat sini tips penjimatan dari courts >> Ikuti 6 Tips Menyimpan Setiap Bulan & Masih Boleh Beli Perabot Baru Dengan Gaji RM3K <<
Kita tak boleh salahkan depa.. Masing2 ada hak untuk promosikan barang depa. Kita sebagai pengguna kena bijak. Tak semua tips tu membantu kadang2 ada tips yang membuntukan balik di akhir cerita.
* Nak Menang Wang Tunai & Banyak lagi hadiah menarik Jom Join GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY *
Kan. Setuju
ReplyDeletekalau bukan keperluan mendesak......buat nak beli
ReplyDeletesebab sekarang masa untuk berjimat..
Jangan cepat terpedaya dan harus bijak menilai..peringatan untuk diri sendiri ni sebenarnya.
ReplyDeletebila difikirkan menambah hutang pula kan
ReplyDelete