Terbaca satu artikel pasal pasangan suami isteri retis ni yang katanya serik dah nak bawak anak pergi bercuti ke luar negara kalau takde pembantu. Sebab dia rasa susah nak handle. Almaklum la orang kaya kan... Benda macam tu pun dah rasa tak boleh nak handle. Anak sorang je kot.. Tu ok lagi.. Yang tak boleh blah.. statement dari admin blog cerita retis yang popular tu. Lagi urut dada aku baca.
Statement retis tu aku ok lagi.. sebab katanya cuma serik tak bawa pembantu jer.. tapi statement admin blog tu yang tak tahan...
Sampai macam tu sekali dia rasa bebannya anak anak yang di bawa pergi bercuti. Aku ni dah dekat 4 tahun panggung wayang pun tak masuk dah... Sebab aku tau anak aku tak boleh duduk diam. Ada orang suggest sekali sekala bagi la family jaga.. Maaf la. setakat nak berseronok sampai nak kena tinggal anak tu bukan cara aku. Biarlah aku buat aktiviti yang anak aku pun boleh join sekali.. asalkan mana aku pergi anak aku ada dengan aku. Kalau nak tengok wayang pun aku tak sanggup nak tinggalkan anak aku apatah lagi kalau nak holiday kat oversea.. Insya Allah nak cakap besar kang sombong sangat sebab manusia ni milik Allah.. Tapi setakat ni tak terbuka hati aku nak buat macam tu kat anak aku.
Siap suggest kat orang jangan bawak anak pergi bercuti lagi. Takut bawak anak tak enjoy holiday. Kesian anak anak ko
Memang bukan senang jaga anak yang masih banyak benda tak faham.. tak boleh control diri lagi.. Rasa dia nak menangis, mengamuk atau nak melasak.. dia buat jer tak kira la kat mana pun. Tapi aku tak rasa la benda tu satu beban yang sampai aku perlu korbankan anak aku untuk berseronok.
Teringat masa kecik kecik.. mak ayah aku selalu bawa kami 6 beradik pergi berjalan even tak jauh kat penang je naik bas Uolls... Bayangkan jarak antara kami adik beradik memang tak jauh.. setahun.. dua tahun jer jarak dia. Kecik2 semua. Tak pernah aku dengar mak ayah aku merungut cakap serik nak bawak kami jalan jalan lagi. Dulu tiap2 bulan mak kalau dapat gaji mesti usung kami adik beradik pi tengok wayang.. Tak pernah aku dengar mak cakap serik nak bawak kami setiap bulan keluar even ayah tak join pun. Transport kami bas je masa tu.. sebab ayah time tu cuma mampu pakai motor. Mana nak angkut 6 beradik naik motor. Ni naik flight.. naik private car.. dah rasa anak jadi beban nak bawak pergi holiday.
Syukur la kita di lahirkan sebagai anak orang susah.. Sebab mak bapak kita tak rasa susah pun untuk bawak anak anak pergi berseronok walau guna pengangkutan awam sekalipun berbanding lahir sebagai anak orang kaya macam depa tu.. Anak meragam pun dah rasa macam beban besar nak kena tanggung.
Ingat.. Satu hari kita akan tua & jangan masa tu anak anak kita pulak rasa kita satu bebanan nak di bawa pergi holiday. Almaklum la orang tua.. bila dah tua.. kudrat, perangai dia dah kembali macam budak budak balik.
Moral of the story... Apapun terpulang pada cara orang membesarkan anak. kalau rasa anak tu macam beban.. elok la ko jangan beranak ramai ramai. Kesian pulak kat anak anak ko.
ada terbaca juga pasal ni
ReplyDeletesaya ni pun tak penah tinggal langsung anak-anak hatta nak ke kedai depan rumah
saya tetap akan angkut walau camne sekali perangai diorang
tak akan pergi sebarang acara kalau anak-anak tak boleh ikut sama
tak sikit pun rasa terbeban sebab selalu dok bayangkan itu adalah yang terakhir bersama diorang
mak abah saya pun sama macam suria...angkut semua sekali naik bas
diorang pun tak penah kata susah
awat kita yang lengkap berkereta kata terbeban plak bawa anak yang seketul dua tu
satu hari nanti percayalah, kita akan rindu moment bersama diorang
Terpulang pada individu itu sendiri.
ReplyDeleteTepuk dada tanya selera
kesian nye jadi anak dorg ni..org lain nak anak, dorg ad anak rsa beban sb xboleh nk enjoy2.. nt tuhan tarik nikmat tu, baru lah thu..ni namanya org x reti bersyukur...
ReplyDeleteSaya pn pegi memana mesti bawak anak...neneknya suh tinggal kt kg pn saya tak sanggup...kita rasa happy ke kalau tinggal diorg...
ReplyDeleteTak sangup nak tinggal anak semata2 nak cari keseronokkan diri...lain la kalau time pi mekah amik haji....nasib anak2 diorng kecik2 lagi jadi tak paham tulisan makpaknye kalau tak mesti diorng berjauh hati
ReplyDelete