SAMPAI HATI DATO SERI NAJIB RAZAK BUAT SAYA MACAM NI..

7/02/2015 01:11:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Tu dia.. tajuk entri mention terus Dato Seri Najib Tun Razak. Yelah.. biar orang google Najib Tun Razak tersenarai jugak entri ni di carian google. Manalah tau DS Najib Terrrrrrrrrrrr baca katanya. Dia dapat hidayah untuk tidak terus membebani rakyat semekin macam aku ni. Bukan aku sorang kot rakyat semekin malah ramai lagi. Takkan nak tunggu 50% rakyat malaysia jadi gelendangan baru rasa kos sara hidup kat Malaysia ni tinggi sampai jangankan nak beli rumah.. nak bayar sewa rumah pun dah tak mampu.


Akibat kenaikkan harga minyak & GST di laksanakan.. tetiba pagi ni dapat whatsapp dari owner rumah yang nak naikkan sewa bermula bulan depan. Naik bukan sikit.. sehingga RM150 tu. Kang ada salah faham pulak.. ingat sewa umah aku RM150 pulak.. kalau RM150 aku boleh sambil menari2 jer bayar. tapi ni kena bayar extra RM150 dari sewa rumah sebelum ni. Aduhai.. Nak raya.. nak balik kampung.. harga minyak naik confirm la harga barang pun akan turut naik. Di tambah dengan GST lagi.. Rasa nak berkhemah jer kat tanah haram mana mana. Sesak duduk kat bandar ni tau. hahahaha

DS Najib.. ni kira masih ada rasa hormat lagi la masih sebut title DS tu. Kenapalah kau di lahirkan sebagai perdana menteri Malaysia.. Adalah lebih baik kau di lahirkan sebagai anak orang miskin yang bergelendangan baru kau rasa betapa susahnya hidup. Korang para menteri naik la apapun takkan rasa terbeban.

Sebab rasa condition rumah pun tak berapa layak untuk di naikkan harga, terpaksa survey la rumah lain kalau owner berkeras nak naikkan harga jugak. Ke DS Najib nak bagi saya sebijik rumah?? Nak mohon rumah mampu milik pun nampak macam tak mampu jer apatah lagi nak beli rumah jutaan ringgit. hahahaha... Inilah nasib orang semekin. Kumpul duit balik buat rumah kat kampung jer.. Tu pun nasib baik ada tanah pusaka. Hahahaha

Moral of the story.. di bulan mulia ni hope Para menteri Malaysia bila kurang makan, kurang boroi otak & akal boleh berfungsi seperti seorang manusia yang berperikemanusiaan. Sama2 la kita doakan.. Amin.

5 comments:

  1. sokong ko dik (sambil hentak2 meja) akak sebagai rakyat malaysia pon rase amat tertindas dengan situasi sekarang ni....menteri2 ni sume cakap je senang diorng tak rasa keperitan rakyat marhaen cam kite ni...lepas bebas le korang kat sini nanti menjawab di hari pengadalilan....

    ReplyDelete
  2. Rm150 banyak tu...kalau stakat Rm50 tu boleh dipertimbangkan. Akak ada satu rumah sewa purata sewa di situ Rm1200 tapi akak tak naik2 kan pon sewa sebab kesian. Kalau akak rasa tertekan dengan trend perbelanjaan sekarang tentu penyewa pun macam tu so less Rm400 dari sewa purata area situ.

    ReplyDelete
  3. alahai.. semoga cepat dapat cari rumah sewa baru..

    ReplyDelete
  4. siannyer la.. sampai up rm150 lagi? Uish..melampau...

    ReplyDelete
  5. betul sangat..nk bayar sewa skrg ni pun dah terseksa..nak beli lagi lah tak mampu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com