BUDAK SEKOLAH BERDEMO PROTES HARGA TAMBANG BAS NAIK

1/09/2014 12:57:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Kalau sebelum ni golongan dewasa yang berdemo malam ambang tahun baru untuk memprotes harga kenaikkan barang, kali budak sekolah pulak ber demo jalanan memprotes harga tambang bas sekolah naik. Lepas ni sapa lagi nak berdemo dengan bebanan kenaikkan harga barang tu ni? kita tunggu je mesti ada lagi yang nak ber demo.

Sumber Sinar Harian

Nak salahkan pendemo? Apa pilihan yang boleh buat untuk memprotes selain berdemo? tulis surat? ada orang ambik serius ke setakat surat. Bising2 kat wall FB masing2? ada orang kesah ke kau nak melalak 24 jam kat FB? bagi kesan ke pada mereka2 yang menaikkan harga barang? Bila di gabungkan semua tu & berdemo.. maybe bagi kesan sikit pada kerajaan pemerintah sebab ia menjejaskan imej & ekonomi negara bila berdemo ni, kan? Kerajaan Malaysia kan sayangkan DUIT... so apa je yang merugikan depa Insya Allah maybe depa alert sikit.

Aku bukan sokong demo jalanan ni.. Tapi bila tengok keadaan sekarang yang melampau sangat kenaikkan harga barang tu ni rasanya ada juga relevannya demo jalanan ni di buat untuk bagi peringatan pada kerajaan pemerintah. Rakyat Malaysia bukan hanya tau angguk2 jer.. (segelintir je yang masih tak reti geleng). 1 barang naik bagi kesan pada harga barang2 yang lain contoh minyak... Inikan pula kalau macam2 barang harga naik makin bertambah terbeban la bagi golongan yang berpendapatan sederhana & rendah.

Tambang bas sekolah naik.. Nak salahkan pengusaha bas sekolah pun tak boleh kalau kos depa pun turut naik takkan depa nak tanggung kerugian pulak. Bukan kata harga barang tu tak boleh naik.. Tapi jangan melampau. Silih berganti dalam masa terdekat barang tu ni naik.. Mau tak meraung rakyat jelata.

Ni kang ada pulak yang dok menyindir bagai aku tulis entri ni.. Aku memang tak pandai nak cerita bab politik apa aku tulis adalah dari apa yang aku rasa, tengok & dengar je mengikut gaya bahasa santai aku hari2 je. So, pada yang hebat berhujah pasal politik pasal ekonomi ikut buku teks tu jangan la nak merendah2kan golongan macam aku yang nak jugak bagi pendapat yer...

P/S : Yang penyokong tegar kang kata dari dok merungut baik fikir macam mana nak cari duit lebih.. betul la tu tapi takkan setiap kali harga barang naik rakyat je kena fikir nak cari pendapatan lebih sedangkan kerajaan hanya tau mengikis.. so, ada otak pakai.

P/S : Hope takde statement tak suka tambang bas sekolah naik jangan naik bas. kekekekeke

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

6 comments:

  1. mungkin dengan cara ni ajelah
    baru pendapat mereka didengari
    saya menyokong!

    ReplyDelete
  2. Salah satu cara nak meluahkan ketidakpuashatian. Budak skolah pon dah pandai ber demo.

    Semuanya nak naik. Rumah sekangkang kera ngan skolah jer pon dah kena RM100++.

    ReplyDelete
  3. kesian. sampaikan budak2 pun terpaksa buat demo. tak paham konsep nak kena naik harga ini, nape negara tak untung lagi ke? nak pindah pergi petik kurma kat mesir la cmni. hihi

    ReplyDelete
  4. sekarang ni semua benda naik..kalu rakyat mengamuk dikata rakyat nak guling kerjaan..cmner tuh...

    ReplyDelete
  5. salam MUmmy lala..
    hhmm..semua pun naik..ape je yg tak naik2..?

    ReplyDelete
  6. nanti mesti ada yang komen.. "kesian budak sekolah..dipergunakan untuk agenda politik"

    ye lah.. in the end, bukan duit diorang yg buat bayar tambang..duit mak bapak jugak.. kenapa diorang yg berdemo..bukan mak bapak yg berdemo.. hmm..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com