BAJU SEKOLAH FESYEN KEBAYA

1/20/2015 11:26:00 AM suria lekatlekit 11 Comments

Aduhai.. budak2 sekolah sekarang ni. Almaklumla dah masuk alam remaja badan yang berbentuk.. berbonjol seksi sana sini sampai pakai baju sekolah pun dia nak seksi jugak. Katanya mana tahan tengok cikgu jer berkebaya pergi sekolah.. apa salahnya dia pakai kebaya jugak. Cikgu pakai ok jer.. tak nampak sosial pun kenapa dia tak boleh...

Baju sekolah sepatutnya macam ni yer adik adik bukan macam kat bawah tu..

Ayat di atas adalah rekaan semata mata yer.. Tapi isu yang aku nak kupas kupis ni isu budak sekolah yang jadi viral kononnya kena halau dari sekolah sebab pakai baju kurung tapi bila aku tengok baju kurung sekolah dia dah tak nampak ciri2 kekurungan sangat dah. Dah macam baju kebaya jer.. ketat & ikut bentuk badan. Secara logiknya gila hapa pengetua nak halau pakai baju kurung ke sekolah padahal sejak zaman berzaman baju fesyen kurung dah menjadi pakaian rasmi ke sekolah. Tapi bila di selidik.. Kalau gini rupanya baju sekolah minah ni.. bukan je pengetua, tukang kebun pun rasa nak halau balik jugak.

Tu dia.. dua ketoi bun terlebih baking powder. Ni la baju sekolah fesyen kebaya. hahaha. Kita nak positif fikir dia orang susah, baju ni dia pakai dari sejak sekolah rendah. Tu yang ketat sikit katanya..

Tapi kan.. kalau kita tengok fesyen2 di pakai cikgu ke sekolah even nampak macam formal/sopan ada jugak menjolok mata sehingga menganggu fokus pelajar. Budak sekolah menengah ko jangan ingat takde nafsu tengok cikgu.. Zaman aku sekolah pun ada student ngorat cikgu ok! nak2 lagi yang moda rumaja.. Jadi pemakaian cikgu jugak kena pantau. Yelah.. kat sekolah cikgu jadi contoh kan pada pelajar.

Tapi kalau cikgu yang pakai confirm tak kena halau kan? kekekeke

P/S : Teringat aku masa sekolah menengah dulu.. ada cikgu marah kuku aku panjang bila aku pertikai kuku dia pun panjang jugak dia kata.. dia takpe dah jadi cikgu. Betul la apa dia kata, tapi macam mana dia nak bagi moral of the story benda tu tak elok aku buat, kalau dia sendiri pun buat.hahahahaha

11 comments:

  1. btol2.. klu cikgu pun xtunjukkan contoh yg baik..acaner anak murid nak ikut yg baik kan..kan...

    ReplyDelete
  2. Betul ! Cikgu pun kenalah tunjuk contoh yang baik.

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. masa sek dulu selalu tengok cikgu lawan2 baju.. hahaha

    ReplyDelete
  4. makk aiii.. body pon ngalahkan remaja 20++ dah terbentuk cantikkk tuu.. haha.. ketat sangat tuu bajunyaaa.. nak tayang kat sapa.. dulu trend tudung singkat2 je..

    ReplyDelete
  5. Haluuuuu....akak datang ni :) Dah bersiap sedia nak kena 'bom' ke? By the way, banyak ke entries akak tertinggal ni? Nak buat yoga siap-siap takut akak pulak yang semput membaca *_*

    Ish, siapa yang kecil hati pulak ni....akak baca blog LM kata Suria pelik akak tak datang meroyan kat sini. Hahaha.... Sebenarnya akak ni superbusy mak budak aka wanita berkerjaya, tak nyempat nak menyinggah rumah kengkawan hari-hari. Tak mainlah kecik-kecik hati sebab orang tinggal komen :)

    Eh, ni nak komen pasal entri ke tengah taip WA nih... Konpius pulak!

    Oh, bab budak sekolah tu kena halau pakai baju kurung ya! Kalau akak yang jadi pengetua sekolah, depan pagar sekolah pun akak tak bagi tinggal jejak! Akak tengok gambar yang ada ni pun dah tenat jantung. Kalau akak yang jadi maknya, aduhai....berstretcher pi spital gamaknya!

    Bukan ke cikgu sekolah ada etika berpakaian, tak boleh menjolok mata? Akak tengok kakak dan anak sedara akak yang jadi cikgu sekolah ni semuanya sopan je berbaju kurung teluk belanga tau *_*

    ReplyDelete
  6. tegur mana yang patut kena tegur.

    itu je yang gua mampu buat.

    ReplyDelete
  7. macam2 peel bab baju sekolah ni kan, tp kalau dah sampai tahap baju kebaya sedangkan baju kurung, bagus juga ada pemantauan cikgu

    ReplyDelete
  8. tapi sedar x, kalau pompuan pakai camni,sedikit sebanyak jadi pendorong utk student laki rajin g skolah ? so x salah pn rasanya nk seksi skit2

    ReplyDelete
  9. Kalau bdk perempuan pkai seksi ke skolah bru bdk lelaki ad smangat nk ke sekolah....itu nmanya bkn nk blaja,tp nk mggatal.bg bdk2 perempuan igtla kalau nk pkai seksi hny utk suami.pkai seksi ni mngundang gejala sosial n boleh trjebak dlm kancah maksiat.trm ksh

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com