JANGAN PILIH PASANGAN YANG ADA HURUF Z DALAM EJAAN NAMA

12/28/2013 01:23:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Kalau dengar cerita ni macam tak logik. Tak tau dari mana datangnya kepercayaan macam tu pun tak sure. Dari suku kaum ker.. dari keturunan ke.. dari bangsa ke.. atau kepercayaan agama yang pasti sepanjang den hidup dah meniti ke angka balusia ni inilah kali pertama den dengar pantang larang macam tu.

Tak tau la apa kaitan huruf Z dalam ejaan nama sampai di kaitkan dengan sifat & sikap seseorang. Kalau maksud nama tu maybe logik jugak la boleh mempengaruh perangai seseorang sebab nama satu benda yang sering orang sebut untuk panggil.. Kata2 tu umpama doa. Kalau nama yang bermaksud tak baik.. bukan takat kawan2 jer panggil mak ayah dok panggil pun boleh jadi 1 doa. Maybe tu mempengaruhi perangai.. boleh la accept sebab dalam Islam pun menggalakkan kita memberi atau memanggil nama yang mempunyai makna yang baik & bermanafaat. Tapi bila huruf yang menjadi penyebab kelakuan seseorang macam kelakar pulak kepercayaan camni.

Alkisahnya den terbaca status Ustaz kazim Elias kat Fb yang share 1 kisah pasangan couple ni datang jumpa dia mengadu pasal bapak si perempuan yang halang pasangan ni dari berkahwin sebab si lelaki ni dalam nama dia ada huruf Z yang mengambarkan perangai dia yang tak elok. Arwah ayah I pun ada huruf Z tau dalam nama... nasib baik arwah Tokwan (ayah kepada mak) takde pantang larang camni. Kalau tak.. maybe dia tak dapat la menantu yang baik macam arwah Ayah. Menantu kesayangan arwah tokwan, ok.


Pada mak bapak kat luar sana... Kepercayaan, adat & pantang larang yang pelik2 sampai tak boleh terima logik akal tu buang la yer. Balik kepada kepercayaan agama. Jangan kerana pantang larang yang wujud zaman kuno dulu menyusahkan anak cucu nak buat benda baik. Kalau depa tak nak ikut pantang larang pelik2 tu bukan depa biadap atau tak hormat orang tua.. tapi orang tua pun kadang2 kena belajar dari orang muda jugak. Zaman dah berubah.. info & ilmu sekarang semudah abc nak dapat. Semua hujung jari.. berbanding zaman dulu nak kena cari guru, so... adat & pantang larang yang baik boleh la teruskan.. yang merepek sampai ada unsur khurafat & syirik tu elok la kita buang yer.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

12 comments:

  1. Agk melampau la klo gtu.malang ank dia sb ayh bfikiran mcm tu...btw nama sy ad Z..hihi..

    ReplyDelete
  2. Mak Aih .... camni pun hado ye sis...
    camtu bek cr nam sama dgn bapak.

    ReplyDelete
  3. hoho.. sampai macam tu sekali kepercayaan nye.. sian ke anak tu.. nasib badan.. macam dah takde peradaban..

    ReplyDelete
  4. saya pun ada huruf z. huhu

    jemput baca
    http://nazlifestory.blogspot.com/2013/12/kisah-faniz-eps-1.html

    ReplyDelete
  5. agak keterlaluan la klu mcm tu....

    ReplyDelete
  6. ngahaha.Lawak pown ade la :P buat suspen jeww,,
    done follow #1838 :)

    ReplyDelete
  7. suami saya nama bermula pada huruf Z....aduahai....

    ReplyDelete
  8. Masih ada org mcm tu..
    Saya dan en. Suami sendiri ada huruf Z dalam nama kami..

    ReplyDelete
  9. mengarutttttt je byk..mcm nenek saya jugak la..byk naw mengarutnya dr logik..malas layan..hahaha

    ReplyDelete
  10. salam abby..

    ehehe..senyum2 simpul baca komen ustaz tu..
    huruf Z pun blh jadi isu... :p

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com