CLINELLE SCRUB & MASK RASA MACAM PAKAI CILI KAT MUKA
Tujuan masuk guardian tu motif utama nak beli cotton face dengan sebamed body wash je. Tapi tu la tipikal perempuan.. Motif utama tetap di capai tapi motif lain pun dia capai jugak. Tu yang tercapai Clinelle Skin Smoothing scrub include mask ni. Tapi aku pakai macam scrub jer.. Takde nak buat mask bagai.
Aku ni ada perangai cempeqa bak kata orang kedah. Kalau beli apa2 tu.. Sampai rumah jam tu jugak nak cuba. Lepas cuci make up bagai.. aku tenyeh la muka aku dengan clinelle scrub ni. Tetiba rasa panas semacam jer.. Pelik jugak. Ok takpe aku terus ka scrub muka aku yang berdaki ni. Lepas tu cuci... tetiba muka jadi merah2 & rasa panas. Cuak dah aku. Untuk kurangkan muka yang mula nampak meradang ni.. aku sembur je dengan bio essence miracle bio water spray tu sebab dia memang berfungsi sebagai penyejuk jugak. Dah lama sikit baru hilang bahang kat muka & kulit pun tak merah. Cuak jugak menanti hari esok.. mana tau tiba2 kulit mengelupas ke.. tumbuh ruam ke hapa. tapi Alhamdulillah takde.
Sebab sayang juga dah beli.. aku gamble jugak try untuk kali kedua. Takde pulak rasa bahang panas macam tenyeh cili kat muka. Ok jer.. Lepas scrub muka rasa bersih & licin jer. Rasa syok jer.. Ntah kenapa kali pertama apply dia rasa bahang & kulit jadi merah. Tak tau la sebab aku guna lepas cuci makeup. Cuci makeup tu kan guna makeup remover. Tapi aku dah cuci bekas makeup remover dengan cleanser sebelum apply scrub. Tak matching ke hapa tak tau la. So, memang aku takkan buat perangai tak senonoh macam tu lagi la sebelum scrub muka guna produk clinelle ni. Tak pasal2 nanti dia di tuduh menjahamkan muka aku pulak padahal yang salah guna adalah aku.
Nak pakai benda alah ni pun senang.. picit atas tangan. sapu kat muka & leher kemudian urut pelan pelan sampai keluar gentelan scrub bersama daki yang tersimpan. Guna seminggu dalam 2 - 3 kali je sebab dia berfungsi membuang sel sel kulit mati jugak. Selain tu dia jugak berfungsi sebagai anti bakteria, menyelesaikan masalah pori,melembabkan kulit.. Yang tu aku setuju. Yang ada masalah kulit kering elok try scrub ni. memang dia membantu melembabkan kulit wajah. Juga melindungi kulit sebab dia ada Vitamin E & menyegarkan. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Sebab macam best jer guna scrub clinelle aku dah ada niat nak try toner pulak. Nanti la kalau ada rezeki singgah guardian lagi aku try la belek2 yang mana berkenan. tapi produk dia boleh tahan jugak harga cuma clinelle scrub & mask ni tak mahal sangat RM21++ je.
Alhamdulillah.. pelaburan RM21++ ni nampaknya tak berapa sia2 setakat ni sebab kulit aku boleh terima. So, sila bermadu dengan bio essence yer clinelle. Sebab aku masih setia dengan bio essence setakat ni. hahahaa. Kalau tetiba cantik lepas consistent dengan produk ni boleh la di tambah cantik lagi dengan teknik berselfie.
wah..produk baru lagi ni suria..hehe...tuari beli bio essence pun tak habis lagi...tetiba cam tumbuh jerawat sebijik..
ReplyDeleteproduk baru, kena pastikan elok dengan kulit juga ya
ReplyDeleteSalam singgah sini..kadang takut nak guna produk baru tapi kerana hati meronta² nak cuba...terpaksa beli lah juga...bila dah kesan tak baik terus menyesal beli..tapi kalau sesuai dengan kulit...kita lah orang yang paling gembira dan boleh lah selfie untuk beauty blogger...hihi
ReplyDelete