MAK BUYUNG, BOYOT, PENGUIN, GEMUK.. TAK SENTAP PUN!

8/18/2011 12:55:00 PM suria lekatlekit 23 Comments

Rata - rata sang lekit baca mengatakan wanita hamil ni sangat sensitif. Mudah tersentuh walau perkara tu kecil sangat. Itu tak di nafikan sebab dari hasil pembacaan sang lekit sejak mengandung ni memang ada artikel/info yang mengatakan wanita hamil memang akan jadi cepat tersentuh.

Macam mana pula dengan Si boyot yang bernama sang lekit ni? Diri ku biasa saja.. Sensitif tu ada tapi rasanya takde la serius sangat. Sensitif yang sang lekit rasa bukan sebab perubahan hormon ketika mengandung kot. Sang lekit memang sensitif & akan rasa sentap kalau orang cakap benda buruk tentang anak dalam kandungan sang lekit. Kalaupun sang lekit yang salah tapi takde kena mengena dengan baby dalam perut, jadi sang lekit tak suka dia di kaitkan. Sensitif bila ia berkaitan dengan keluarga. Tu sensitif yang biasa & harus sensitif bagi sang lekit.

Tapi ada wanita hamil ni kalau sebelum hamil perangai dia lain tapi selepas hamil dia jadi lain. Salah cakap, salah gurau, salah tanya pun dia akan jadi cepat tersentuh, marah atau sedih. Ada blog cik puan mana entah sang lekit lupa.. Sang lekit baca dia sangat sensitif bila orang gelarkan dia mak buyung. Jangan mencebik pada dia.. Dia tengah mengandung. Normal dia cepat tersentuh walau pada gurauan atau perkara2 kecil saja. Jadi hormati la perasaan ibu2 hamil ni walau tahap sensitiviti dorang macam mana pun.

Berkaitan gelaran yang berbentuk gurauan semasa dalam hamil ni.. Sang lekit takde la sensitif sangat. Setakat mak buyung, si boyot, gemuk, penguin (tu semua panggilan en hubby pada sang lekit sekarang) takde benda pun. Mungkin jugak ia berkaitan dengan perangai sang lekit sebelum ni yang dah biasa bergurau kasar lebih2 lagi dengan en hubby. Sang lekit tetap boleh terima sebagai gurauan yang menceriakan lagi hubungan antara kami. Kadang - kadang dia ajuk cara sang lekit berjalan. Yelah.. perut makin besar jalan pun terkedek2 macam penguin. Pun takde hal..

Penguin pun comel apa.. (Carian google)
Perubahan mungkin pada fizikal, tapi pada perasaan tu tak banyak la sejak mengandung. Nak - nak lagi sejak di sahkan mengandung sang lekit rasa senang bawa kandungan ni berbanding orang lain. Ada di antara kawan sang lekit awal kehamilan dorang, keluar masuk hospital jer sebab mengalami alahan yang teruk. Tapi sang lekit cuma alami alahan biasa. Bab mengidam ni tak banyak. Makan macam biasa jer.. cuma awal mengandung macam orang lain jugak kurang selera makan & Tak selera dengan masakan sendiri atau nasi. Lepas dah masuk 6 bulan keatas semuanya dah kembali normal malah selepas cecah 7 bulan kandungan selera makan bertambah - tambah pula.

Tak semua orang mengalami perubahan yang sama semasa mengandung. Macam sang lekit ni kira bertuah jugak la. Tak banyak masalah cuma masalah2 biasa jer macam cepat letih, kaki bengkak, jari2 kebas & bengkak.. Tu pun sebab dah sarat sangat. Yang paling special.. Kalau orang mengandung ni selalu di kaitkan suka makan benda2 masam macam jeruk or buah2 masam tapi sang lekit memang dari sejak mengandung tak makan jeruk or buah2 masam & sampai mengandung pun tetap takde selera dengan benda2 masam macam tu.

23 comments:

  1. Haha sape cakap perempuan pregnant tak cantik, jahat tau. Hana suka je tgk mommy2B sbb nmpak comel dan berseri2 muka.

    ReplyDelete
  2. lain orang lain ragam, macam alahan gak, ada yang bini alahan, ada yang laki plak lebih2 alahan

    ReplyDelete
  3. hehehe
    yups
    bergantung pada orang
    ada alahan teruk
    ada biasa2 je
    dan lagi best kalau yang si suami yg alahan

    ReplyDelete
  4. pempuan peknen seksi la.. hehe..

    ReplyDelete
  5. hahaha.. ada akak kt tempat kej saya ngah pregnant 7 bulan.. kita orang panggil die mak buyung.. die relaks jer.. hehehe

    ReplyDelete
  6. perempuan mengandung itu seksi dimata suaminya...

    ReplyDelete
  7. anda tetap cantik.. huhuu
    jom berdoa?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

    ReplyDelete
  8. tak sentap pun kalo orgp anggil mcm tu kecuali kalo time tak ngandung!haahahhaa....

    ReplyDelete
  9. kak aina masa mengandung tak ada masalah...alhamdulillah tapi masam2 tak suka sampai la tp memang suka manis2...

    ReplyDelete
  10. bagi sis kan..preggy la waktu kite nampak palinggg sexy u :)
    abaikan saper yang kata tak cantik tu..

    ReplyDelete
  11. who said that??
    preggy mum ni la ade kelebihan coz they look preety than usual..
    harusya bersyukur dgn apa yg dimiliki..pada mereka yg nk sentap2kan org lain..berhentilah..


    `errkkk hubby panggil abby penguin ke??muehehehe..
    samae la kita mase cma 1st preggy dulo..

    ReplyDelete
  12. Yerlah lekit.. Emosi org mengandung ni lain2 kan?! Apapun ia ttp kenangan terindah kita kan lekit.. ;D

    ReplyDelete
  13. macm mana lak rara bile preggy nt pulak kan.hehehe.dh lah saye ni cpt naik angin.

    ReplyDelete
  14. perempuan pregnant comel la kak

    :)

    ReplyDelete
  15. mak pun kadang2 sensitip nyah.. tapi mak cek2 doktor tak ngandung pulak...

    iskk iskk iskk T__T wakakaka

    ReplyDelete
  16. mengandung rs istimewa sbb kalau jenjalan org selalu utamakan kita mcm bila beratur ke hapa..

    tp sy mmg sentap kalau waktu beratur kat line bayaran yg khas ibu mengandung tp mamat gagah kat depan yg ngada beratur kat situ buat-buat x nmpk sy..sgt x gentle lah lelaki camtu..mmg sentap kalau gitu!

    ReplyDelete
  17. akak mcm ibu sy la. x byk problem. alahan pun biase2 je. still boleh buat keje rumah mcm biase. lain badan, lain la ragamnye.

    ReplyDelete
  18. akak mcm ibu sy la. xde byk problem. alahan pun biase2 je. still boleh buat keje rumah mcm biase. lain body, lain ragamnye.

    ReplyDelete
  19. biasalah tu,org x mengandung mcm sy ni pon sentap jgk,hahahaha

    ReplyDelete
  20. xper.. buyung2 pon berisi budak.. CB buyung isi lemak..x comel mcm mak buyung langsung okeh!! :P

    ReplyDelete
  21. wah...tahniah..tahniah...lekit ada baby girl...yeay bole raye same2...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com