CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA

CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA. Malam jumaat segmen seram serik lekat lekit bersiaran. Alah.. Tak ada istilah malam keliwon bagai malam paling afdhal nak cerita seram. Malam apapun boleh. Tak malam pun asal ada bahan kita on je la. Apadahal. Yang kau nak extreme sangat tunggu malam jumaat bagai nak menyeramakan rasa seram tu dah kenapa? Tu dia.. Tetiba garang kan? 

Kita dan cerita mistik memang tak dapat di pisahkan sebagai umat islam kita wajib percaya kewujudan alam ghaib. Dalam kehidupan kita bukan ada apa yang kita nampak dengan mata kasar sahaja. Ada makhluk yang Allah tidak memperlihatkan pada manusia dengan mata kasar walau sesetengah orang di beri kelebihan untuk nampak dan boleh berinteraksi dengan makhluk alam ghaib ni tapi bukan semua orang. Dan ia bukan perkara normal. Sebab tu ia di panggil paranormal.

Tak kira zaman semakin maju, teknologi semakin berkembang tidak memupuskan makhluk alam ghaib ni. Mereka juga berevolusi mengikut peredaran zaman. Kalau tengok konten kat tiktok konon pengamal perubatan alternatif yang merawat mangsa gangguan makhluk halus tak kira sebab sihir atau apa.. Depa tau tengok tiktok wei. Tapi tu la cuma konten tu aku sendiri tak pasti samada benar atau sekadar konten. Sekarang ni macam macam boleh jadi. Benda yang tak ada di ada adakan sekadar untuk konten media sosial. 

Terbaca satu posting dari page hiburan kat facebook pengalaman netizen yang melalui peristiwa mistik. Bagus juga share kat blog ni kan.. Santai santai kita membaca sekadar hiburan. Tak payah ambil serius sambil terbawa bawa dalam kehidupan seharian pulak. Satgi hidup hangpa di selubungi misteri..

Antara pengalaman mistik yang berjaya aku screenshot hangpa boleh la baca kat bawah












Kadang kadang best juga layan cerita cerita netizen kat social media ni. Tak kisah benar ke tak benar ke cuma jangan terlalu ambil serius kalau cerita yang unsur unsur macam. Anggap je macam baca koleksi kisah seram karya netizen. Hanya cereka 😁. 

Comments