KISAH KISAH SERAM ASRAMA BERHANTU DI MALAYSIA
asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur
Kisahnya bermula katanya ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumaat dengan bersembunyi dalam almari almari pakaian supaya tak dapat di kesan warden. Masa tempoh bersembunyi tu dia tertidur. Sedar je dah petang. Bila bangun je dia cuba keluar tapi terkunci dari luar.Maybe kengkawan dia la kot kunci sebab tak tau dia ada kat dalam. Dia cuba panggil kengkawan dia tapi malangnya sorang pun takde sebab hari tu hari terakhir persekolahan semua dah balik kampung. Akibat lemas sebab suhu panas & kurang udara pelajar tersebut mati. Akibat dari kejadian tu katanya sesiapa jer tidur atas katil arwah, akan nampak pelajar lelaki tu tidur kat sebelah dia. Di tambah seram lagi.. almari setiap tengah malam jumaat, akan dengar bunyi almari di ketuk dari dalam.
asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak
Kisah seram ni berlaku pada seorang pelajar ni kejutkan kawan dia pada satu malam sebab nak ke bilik air. Dia pun cakap kat kawan dia.. dia takut sebab katanya tandas mereka berhantu tapi kawan dia tak respond just senyum je sambil menemani dia ke tandas. Lepas dah siap membuang.. dia keluar membasuh tangan kat sinki tapi terkejut sebab yang keluar dari paip bukan air tapi darah. Apa lagi menjerit la dia panggil kawan dia tapi menambah lagi takut bila suara yang menyahut sangat seram & garau. Dia yang panik terus ketuk pintu tandas yang dia sangka ada kawan dia.. tapi yang keluar lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Apa lagi pengsan tanpa fikir panjang la dia. Tapi cerita ni entah kenapa aku rasa macam cerita drama. maybe drama adaptasi dari cerita ni kot. Wallahualam..
asrama puteri di Kelantan (tak tau asrama dari sekolah atau Institut pengajian mana)
Asrama ni terkenal dengan cerita seorang nenek suka bertenggek atas almari sambil goyang2 kaki. Nak jadikan kisah pada satu malam ada seorang pelajar asyik nyanyi sengsorang. tetiba dia dengar asa suara pelik ikut sama nyanyi dengan dia. katanya suara tu macam suara orang tua & suara tu buat meremang bulu roma. Sebab takut dia tarik selimut & cuba pejam mata tapi tetap tak boleh tidur. tetiba dengar lagi suara nenek tu berkata, Katil nombor dua dah tidur. Katil nombor tiga... pura-pura tidur! Antara berani & takut dia selak selimut & cuba tengok suara siapa.. yang dia nampak ada ada seorang nenek duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan memandang ke arahnya.
Kampus UiTM sabah
rasanya ada yang pernah dengar kisah hantu melati kat kampus Uitm. Katanya Melati ni hantu daru jelmaan seorang pelajar yang mati membunuh diri. Yang mati tu tak jadi hantu tapi yang jadi hantu sebenarnya jin & syaitan nak menyesatkan manusia dengan menyerupai roh si mati untuk memesongkan akidah manusia. Katanya selalu ganggu pelajar time dekat nak exam. Hantu jeles la ni.. mesti dia tak sempat ambil exam kan? Pernah jadi histeria katanya dulu sampai terpaksa di pindahkan pelajar je blok lain. Katanya ada tandas di blok tertentu dulu tak di pasang cermin sebab ada pelajar nampak bayangan perempuan dalam cermin di tandas tu. Katanya pernah pelajar junior yang mempermainkan lagenda cerita seram melati ni di ganggu hantu melati pada malamnya. katanya hantu melati ni sampai sekarang masih menghantui kampus tu. Betul tak betul.. kena tanya student kat situ la kan.
Asrama Di UUM, Sintok Kedah
Kisah ni di ceritakan oleh seorang cikgu matrikulasi katanya kisah teman sebilik seorang pelajar perempuan ni. Mula2 tinggal dia tak rasa pelik. Semua berjalan dengan normal sehinggalah pada satu malam dia minta kawan sebilik dia tutup lampu. Tak sengaja dia nampak tangan kawan dia ni memanjang sehingga ke suis lampu. Dah tengok camtu kau rasa nak tunggu lagi ke confirm la berdesup perginya dia lari keluar bilik. Pergi panggil kawan2 dari bilik lain. Bila kawan2 lain datang tengok dalam bilik tu memang takde sesapa tinggal malah katil yang kawan hantu dia tu kosong, almari kosong. Bila di periksa sebenarnya nama kawan yang tinggal sebilik dengan dia tak pernah wujud. Rupanya selama ni dia berkongsi bilik dengan jin yang menyerupai manusia.
cukup la tu wakil wakil asrama yang ada kisah hantu ni. Kang banyak2 pakat berhenti belajar pulak budak budak. hahaha.. Apapun mana2 asrama ni ada legenda kisah seram dia sendiri. Kalau bukan kisah turun temurun dari senior pasti ada jugak la kisah seram yang kadang2 cuma dari imaginasi takut budak2 yang terlalu di sogok dengan cerita seram bila tinggal kat asrama. Jin & syaitan yang selalu kita gelar hantu tu memang wujud.. Kita tak boleh nafikan cuma kita jangan melampau2 takut sampai ganggu emosi sendiri tu yang kadang2 jadi histeria tu. Diri sendiri yang menghantui diri sendiri.
Moral of the story.. hantu memang dah hantu dik.. Korang tu jangan jadi burung hantu sangat memalam dok berembun, berdating, berchatting bagai. Bebawak tidur awal kalau takde apa nak buat.
seronok baca cerita hntu ni.. =D kusyuk!
ReplyDeleteKathy pernah juga terkena di asrama.. Kena tegur manja gittew..
ReplyDeleteEh, seronok pulak rasanya membaca! Awat pendek jerk?
ReplyDeleteOkey, akak pernahlah kena kat asrama sekolah dulu! Takdalah seram mana tapi okeylah boleh berdiri juga bulu roma. Kita pengawas. Kena jaga blok asrama paling atas (tingkat 2). Lepas budak pergi prep, kena ronda keliling bilik dorm tingkat 2 tu nak make sure takda yang sembunyi dalam dorm, celah pintu, celah lemari. Lepas settle, kena tutup lampu seluruh tingkat dan laju-laju turun bawah ya. Tapi satu malam lepas ronda seluruh kawasan baru nak turun tangga bunyi air menitik dalam bilik air. So patah balik pi bilik air nak tutup paip yang tak ketat tu kononnya. Bila keluar je dari bilik air baru nak turun tangga, eh menitik lagi. Dok fikir, nak pi tengok ke tidak. Sebab tak berapa nak berani, terus lompat 2 anak tangga turun tangga cepat-cepat.
Sy rasa cerita-cerita hantu ni kisah dongeng pun tak, kisah betul pun tak. Cuma pada pendapat sy, cerita-cerita ni dicipta utk mengawasi org-org yg telah pun masuk asrama ni. Tapi klu nk diikutkan semua tempat kita pegi ni pun ade hantu kecuali pd bulan ramadhan. And berhati-hatilah masa tengah cari asrama. Buat research dulu baru masuk supaya tak kena kacau. Itu saja pesanan sy kpd org-org yg telah masuk asrama dan akan masuk asrama...
ReplyDeleteTakde lg ke? Nk baca lg. Nak baca lg. Hihi
ReplyDeleteZumal selalu rasa seram masa kat uum dulu. Maklum la selalu tinggal sorang2...
ReplyDeletebest cerita tu but ni sajalah nak kongsi------tak tahulah kat sekolah dan daerah mana-----dalam satu sekolah ni ade banyak dorm(mestilah tak kan satu jew)dalam banyak-banyak dorm ade satu dorm ni yg paling kotor.So warden pon panggil semua pelajar wanita(sebab yg kotor tu dorm wanita).Warden die pon tanya dorm sape yg kotor pelajar-pelajar yg duduk kat dorm kotor tu pon angkat tangan.Warden die pon nak jumpa ketua dorm lepas perjumpaan.Lepas perjumpaan ketua dorm tu pon pergilah jumpa warden.Lepastu warden die cakap pukul 12malam ni suruh semua pelajar awak keluar tutup lampu dan menyapu sorang-sorang.Ketua dorm tu pon setuju.Masa die tengah menyapu sampai kat satu katil banyak sangat rambut die pon sapulah rambut tu.Sampai penuh satu penyodok rambut tu.Dah banyak kali sapu die pelik kenapa banyak sangat rambut.Die pon membongkok nak tengok ade apa rupa-rupanya kat bawah katil tu ade hantu cabut rambut die.Die pon menjerit,warden dengan semua pelajar pon pergilah kat die.Rupa-rupanya warden tu dah tau yang ade hantu die nak tunjukan yg dieorang sepatutny jaga kebersihan kalau tak nanti lagi banyak benda yg duduk kat situ
ReplyDeleteMmg khusyuk bca bab2 hantu ni..meremang tengkuk..huwaaaaaa
ReplyDeletecite 1st tu bkn maktab tentera darat.. maktab tentera diraja..sekolah ak dlu.. form2-5 shj..sknk form 4-5.. dan cite die plg famous pasal 7 brothers ngn arwah rahin
ReplyDeleteHa betul pakcik saya lun dulu sekolah di sana so selalu dgr cerita tu
Deletebkn maktab tentera darat..maktab tentera diraja..cite seram plg famous kat sana 7brothers ngn arwah rahim
ReplyDeleteSeram tapi lawak
ReplyDeleteseram juga tempat2 ini,mungkin bisa menjadi peringatan bagi yang akan berkunjung kesana.
ReplyDeletetrima kasih telah berkongsi..
kesian yang mati kat maktab tentera tu. kenapalah menyorok sbb takmo solat jumaat. kesian mati camtu
ReplyDeleteHuhuhu
ReplyDeleteok . yg nenek tu serius seram . aq penah gak kene tpi bkn dax asrama la . mase dulu aq skolah rendah kt sk ampangan,seremban.ok skolah tu skolah lame.wujud sebelum merdeka mase 1887.skolah tu.x yh cakap ah.mmg seram.penah aq eksyen berani nk pergi surau sengsorg mengaji.tetibe ade angin kuat.pintu bhgian depan surau tertutup.bkn tu je.mase aq darjah 2.aq da x tahan sgt nk kencing.aq g kt tandas dkt dgn kelas aq tu.bile masuk tandas tu.seram sgt.aura seram die tu mmg ketara.lastly aq x berani masuk.aq blah.dan x lame tu.ade budax histeria sbb masuk tandas tu.so smpai sekarang tandas tu ditutup dengan arwah kawan baik ayah aq.n bile aq tnya pakcik aq sume.skolah tu dulu semak samun.n bhgian surau tu tmpat askar askar jepun tinggal x silap lah.
ReplyDeleteok . yg nenek tu serius seram . aq penah gak kene tpi bkn dax asrama la . mase dulu aq skolah rendah kt sk ampangan,seremban.ok skolah tu skolah lame.wujud sebelum merdeka mase 1887.skolah tu.x yh cakap ah.mmg seram.penah aq eksyen berani nk pergi surau sengsorg mengaji.tetibe ade angin kuat.pintu bhgian depan surau tertutup.bkn tu je.mase aq darjah 2.aq da x tahan sgt nk kencing.aq g kt tandas dkt dgn kelas aq tu.bile masuk tandas tu.seram sgt.aura seram die tu mmg ketara.lastly aq x berani masuk.aq blah.dan x lame tu.ade budax histeria sbb masuk tandas tu.so smpai sekarang tandas tu ditutup dengan arwah kawan baik ayah aq.n bile aq tnya pakcik aq sume.skolah tu dulu semak samun.n bhgian surau tu tmpat askar askar jepun tinggal x silap lah.
ReplyDeleteSeramnye
DeleteSeramnye tapi bagi aku tu semua halusinasi je
DeleteSebenarnya kisah jin tutup suis lampu tu terjadi di Uni Al-Azhar, Mesir. Student M’sia roommate dgn jin. Kalau kat sana pun, ustaz2 selalu remind kat student2 berhati2 kalau duduk kat kerusi kosong dlm kelas sebab kadang2 ada jin menumpang belajar dsana.
ReplyDeleteso hideous
ReplyDeleteWaduhhh.. Kite ni dahlah dok asrama (kolej tunku kurshiah) tetiba baca plak citer citer hantu.. Habislah nak.....
ReplyDeleteWaduhhh.. Dahlah kite ni dok asrama (kolej tunku kurshiah) bace plak citer camni...
ReplyDeleteKisah hantu yang kat Maktab tendera darat tu legend. Dulu 2 kali aku pindah asrama , tp selalu je dengar kisah hantu yang pasal budak terkunci tu. Apa2 pun, hantu tu jin makhluk Allah juga. Kita x boleh takut sangat, nanti dia lagi suka.hehe
ReplyDeleteMcm mana agaknya dorang survive dekat asrama mcm tu...aku pernah sekali itupun dekat tempat tuition..nak pergi solat asar katakan..tempat solat tingkat atas sbb tuition ada 4 tingkat x silap aku..naik atas je boom lampu semua tutup..dah lah pergi dua org je..member berani bukakkan lampu..masuk bilik sembahyang nak bukak lampu tetiba ada bau wangi semacam..aku diamjelah sbb mak pesan kalau ada terbau something( wangi atau busuk) jgn tegur..tetiba member rileks je tegur " apahal wangi sgt ni"..ahah aku dah cuak gila sambil tersengih2 aku tepuk dia suruh senyap...pastu solat je mcm biasa tapi still waktu sokat tu bulu roma naik je..taj tahulah kenapa..apapun mesti semua pernah lalui kan bende2 mcm ni
ReplyDeleteMcm mana agaknya dorang survive dekat asrama mcm tu...aku pernah sekali itupun dekat tempat tuition..nak pergi solat asar katakan..tempat solat tingkat atas sbb tuition ada 4 tingkat x silap aku..naik atas je boom lampu semua tutup..dah lah pergi dua org je..member berani bukakkan lampu..masuk bilik sembahyang nak bukak kipas tetiba ada bau wangi semacam..aku diamjelah sbb mak pesan kalau ada terbau something( wangi atau busuk) jgn tegur..tetiba member rileks je tegur " apahal wangi sgt ni"..ahah aku dah cuak gila sambil tersengih2 aku tepuk dia suruh senyap...pastu solat je mcm biasa tapi still waktu sokat tu bulu roma naik je..tak tahulah kenapa..apapun mesti semua pernah lalui kan bende2 mcm ni
ReplyDelete