ALASAN TIPIKAL ORANG MALAS BERCUTI
Anak dah sekolah.. Kena la berkorban. Tiada lagi aktiviti gila percutian yang tak di rancang macam yang selalu buat sebelum ni. Takkan la nak cutikan anak dari sekolah semata mata nak pergi holiday kan? Terpaksa jugak jadi macam tipikal mak bapak lain.. Asal nak bercuti je kena tunggu cuti sekolah. Kadang2 dalam hidup memang kita terpaksa jadi tipikal jugak sebab tak ada pilihan.. hehehe
Tahun 2015 memang takde holiday mana2 selain balik kampung je. Tu pun kategori holiday jugak la kan. 2016 pun takde perancangan rasmi lagi nak bercuti kemana mana.. Setakat borak kosong berangan nak kesitu kesini tu ada la. Tapi rasanya bercuti dalam Malaysia dah la kot..
Selagi ada masa & kemampuan pergilah bercuti selagi sihat tubuh badan bak kata orang tua. Jangan bekerja sampai tak ada masa rehat.. alih2 jatuh sakit kau cuma mampu check in kat hospital je. Manusia ada yang jenis obses cari duit sampai takde masa untuk diri sendiri. Kalau dia tinggalkan sekejab kerja dia jadi stress.. So memang susah dia nak bercuti. ataupun kalau pergi bercuti dia still tetap fikir pasal kerja. Jadi otak dia tetap masih bekerja. Kesian kan.. Aku kalau bercuti memang fokus pada percutian je la. Nak buat live update ke hapa memang tak fikir sangat sebab percutian aku pun bukan di taja kan.. Suami aku je taja so tak memerlukan live update sangat. Melainkan la blogger yang dapat tajaan.. so percutian mereka tu bukan 100% bercuti tapi mereka bekerja. Kena mention macam ni sebab kang ada blogger dok terasa tak tentu pasal. Orang2 sekarang memang cepat tersentuh katanya.. hehehe
Selalunya orang yang pemalas nak pergi bercuti ni suka guna alasan2 tipikal macam ni >> Alasan Paling Biasa Orang Yang Malas Pergi Bercuti << Kadang2 alasan ni bukan sekadar alasan untuk mengelak pergi bercuti tapi memang dia hadapi masalah tu untuk pergi bercuti. Bergantung pada orang tu la. Ada sekadar buat alasan untuk mengelak ada yang memang itulah punca masalah dia tak dapat buat.
Aku memang tak dapat selami la perasaan orang yang ada kemampuan nak pergi bercuti tapi dia yang tak nak pergi bercuti. Aku kalau dapat pergi bercuti.. memang suka sangat la. Dulu aku pun jenis tak suka travel jejauh tapi bila dah masuk dunia surirumah ni.. Rasanya keluar rumah benda paling best kot. hahahaha
saya pun 2015 tak kemana, setakat bawa anak2 balik kampung. tahun 2016 anak2 berzikir nak ke legoland, insyaAllah sedang diusahakan menabung. huhuh
ReplyDeleteAkak suka bercuti Suria..
ReplyDeleteTapi tahun lepas memang tak bercuti kemana pun..
Baru nak rancang cuti sekolah tahun ini bulan tiga nanti..
Cuti pun bersama-sama keluarga dan adik-beradik..
Macam buat family day.. setelah 3 tahun tidak diadakan ..
Tahun 2015 tahun bercuti agak lama buat Mrs. A sekeluarga. Tapi lebih senang kata pengembaraan sekeluarga yang tak plan pun, seronok macam tu ngeh!ngeh!ngeh!
ReplyDelete