BACA NI SEBELUM PERCAYA KES CICAK DALAM BOTOL KICAP ABC

5/27/2014 04:04:00 PM suria lekatlekit 37 Comments

Aku bukanlah nak kata yang menyebarkan gambar cicak dalam botol kicap sause manis ni seorang pemfitnah ok. Tapi dari pengalaman aku yang lepas pernah up entri pasal cicak dalam kicap satu jenama ni & mendapat maklum balas dari pihak pengurusan syarikat tu sendiri, menjelaskan & menunjukkan bukti kajian mereka untuk menafikan cicak yang ada dalam botol kicap produk keluaran mereka tu bukan datang dari kilang pemprosesan mereka mungkin dari kesilapan pengguna tu sendiri lepas guna lupa tutup botol kicap.

Bila aku tengok makin ramai pulak dok percaya & share gambar cicak dalam dalam botol kicap sause manis ABC ni aku teringat kes yang dulu. Sebab aku ada bahan untuk berkongsi dengan semua jadi aku pun Up entri ni supaya kita sama2 dapat ilmu & tidak cepat percaya dengan khabar yang belum sahih.

Tengok betul2 sifat bangkai cicak tu masih sempurna tanpa sebarang pereputan berlaku walau terendam dalam kicap berhari2 lamanya.

Hasil kajian mereka mendapat cicak akan mereput selepas 9 hari terendam dalam kicap.. bermakna sifat & jasad cicak tu dah tak sempurna. Akan nampak tulang2 dia. Jadi.. gambar yang tersebar menampakkan cicak tu masih sempurna jasad dia. So, secara logik & secara ringkasnya untuk memudahkan korang fikir... takkan kicap tu isi dalam botol terus jual kat pasaran, ye dak?? dia ambil masa jugak.. lepas isi kicap dalam botol.. nak tampal label.. nak bungkus.. nak packing.. nak kira stok.. banyak la prose sebelum di hantar pada pengedar. Dah sampai kat pengedar.. nak2 lagi pasaraya2 besar mustahil la kan terus susun kat rak barang. Proses2 semua tu mustahil la ambil masa satu atau 2 hari. Kalau betul cicak tu dari kilang memproses kicap tu confirm la dah reput tinggal sisa2 tulang yang dah berselerak dalam botol. Tak nampak rupa cicak dah.

Jadi kesimpulannya di sini.. Jangan cepat percaya apa yang tersebar. entah2 orang tu jenis loglaq.. lepas guna kicap lupa nak tutup. Cicak yang nak jugak rasa kicap lemak manis tu tak sengaja terjatuh & dah tak boleh keluar lalu mati dengan penuh trajidis dalam botol tu.. kemudian esoknya orang tu nak masak.. tetiba tuang keluar cicak terus dia blame syarikat pengeluar produk kicap tu yang salah & tak jaga kebersihan produk depa. Apa lagi zaman laman sosial ni.. snap pic.. share kemudian orang lain yang tengok pun share.. sehinggalah jadi kontroversi yang maha dahsyat tanpa sempat fikir dengan logik akal.

Kat sini aku akui.. aku sendiri tak tahu sejauh mana betul atau salahnya pasal kicap sause manis tu cuma aku nak share info dengan korang semua. So, ada akal kita pakai.. Selebihnya kita serah pada pihak bertanggungjawab untuk lakukan siasatan.

Ni hasil kajian pihak pengurusan kicap yang pernah di tuduh ada cicak tapi bukan sause manis ABC tu.. tapi kita boleh jadikan teladan & ilmu jer..

Sehubungan dengan itu juga, kami ingin mengemukakan hasil laporan dari kajian berserta gambarajah fizikal cicak sewaktu proses ujikaji dijalankan sebelum ini di makmal Depco United Sdn Bhd. Sila rujuk 5 gambarajah dari eksperimen 1 dibawah:-

-Eksperimen hari 1,cicak dimasukkan kedalam botol ujikaji        
Eksperimen hari 1, menunjukkan gambar cicak kelihatan terapung di bahagian atas bottle
 Eksperimen 1, keadaan fizikal selepas 9 hari dalam rendaman kicap menampakkan rangka cicak. (Specimen 1)
Eksperimen 1, keadaan fizikal selepas 14 hari dalam rendaman kicap menampakkan kedutan, lembek dan sifatnya tidak sempurna

Tempoh selepas pengilangan, pengedaran sehingga ditempatkan di kedai runcit adalah lebih kurang 30 hari. Ruang pembukaan penudung botol ialah 2.2cm lebar, maka ruang cukup besar untuk cicak masuk melaluinya dan terus ke dalam botol.
Selebihnya info pasal kajian cicak dalam botol kicap ni korang boleh baca sendiri kat sini >> KAJIAN CICAK DALAM BOTOL KICAP <<

P/S : Manusia pun kalau mayat terendam dalam air sampai sebulan pun dah rebut, inikan cicak.
P/S : Bagi yang meragui eksperimen ni boleh buat eksperimen sendiri di rumah. Kos dia pun cuma seekor cicak & kicap ABC jer.. tengok lepas 30 hari dia mereput ke tidak. Kalau tak mereput kiranya kicap ABC ni boleh jugak la jadi bahan pengawet mayat @ bangkai haiwan.. simple kan?? 

Tapi bentuk botol kicap yang di katakan ada cicak tu sama seperti botol kicap ABC tiruan yang menggunakan botol arak jer.. apapun kalau Nak tau beza kicap ABC yang guna botol arak (tiruan) dengan yang original sila baca kat sini >> Kicap ABC orginal VS Tiruan <<

37 comments:

  1. wah info menarik dan sgt sgt logik. good job :)

    ReplyDelete
  2. kaji dulu logik sesuatu perkara sebelum mengutarakan sesuatu yer tak?

    ReplyDelete
  3. Heee gelinya .. Betul2 Sokong tu .. Manusia la nii suka sangat share2 tapi tak tahu betul ke tak . bahaya2

    ReplyDelete
  4. lme x sggh blog musuh ketat nie..tapi entri nie cam ade kena mengena dgn aku je..wakaka

    ReplyDelete
  5. aku memang geli dengna cicak.....aduhai....

    ReplyDelete
  6. Ckp tnpe bkti tu da dkra sbgai fitnah

    ReplyDelete
  7. Betul! Kaji dan selidik sblm sebar. Jgn terus percaya..terus mlenting. Jgn terlalu racist hingga sanggup mfitnah.

    ReplyDelete
  8. salam mami lala..
    aaaadoiyai.... kami anak beranak dah la penggemar cicak eh, penggemar KICAP.. rase loya tekak tgk ade cicak dlm botol tu.. huhuuh...
    mungkin ade kes sabotaj or pengilang tiruan.. thanks info..

    ReplyDelete
  9. teringat pulak kes orang trjumpa anak2 lipas dlm botol kicap dulu.. samalah kan.. tentulah dah hancur lipas2 tu kalu betul...

    ReplyDelete
  10. ada isu baru plak yg kicap ABC ni guna botol arak utk packaging...

    ReplyDelete
  11. saya pernah bekerja dengan syarikat penjual susu tepung
    customer ada juga pernah call jumpa semutlah, lipaslah
    tapi lepas investigation, kecuaian pengguna sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes careless la tu.. buat malu diri sendiri je

      Delete
  12. Info yg bguna... tp tak bleh thn ayat cicak tringin nak rasa kicap, jatuh tak leh kluar n mati dgn trajidis...hahahaha

    ReplyDelete
  13. Salam...sbnarnya kes cicak dlm botol tu tak brp sangat dikesahkan, tp kes pihak berwajib serbu kilang dan mendapati kilang terbabit menggunakan botol2 arak yg diimport dr thailand. Pastu ada satu statement yg menimbulkan rasa cuak, ada stok2 kicap yg telah siap di labelkan "untuk edaran kawasan Melayu"...kenapa agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu di luar pengetahuan saya nak ulas sebab saya takde info pasal tu. saya pun tahu kes tu cuma saya tak tulis sebab saya tak tahu. Sebab tu saya tulis isu cicak je. saya memang jenis tak suka nak campur adukkan isu yg saya tak tahu & dengan yg saya ada info

      Delete
  14. Bila uji kaji botol x sama pastu x kedap udara... Kaji smpai abis dlu... Info x lengkap... Sy percaya tidak.. Iye pun tidak sbb sy x mkn kicap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak kata betul @ salah cicak tu dari kelalaian pihak pengeluar kicap ABC.. saya cuma tunjuk ujikaji ni sekadar untuk buat kita berfikir sejenak. Supaya kita tak terus menuduh tanpa bukti sahih. Baca elok2 entri tu & faham apa yang saya maksudkan.. Awak pun tak tahu siapa betul siapa salah. So?? Kalau takde siapa tahu.. siapa yang berhak jatuhkan hukuman?

      Delete
  15. err...tp kicap tu kan masin...ada gula lagi...mcm agen pengawet la..bkn air biase..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi yang meragui contoh ujikaji dalam entri ni senang jer... beli kicap ABC tu try masukkan bangkai cicak yang baru mati tunggu je selepas 9 - 30 hari & tengok hasil. mereput ke tidak?? lepas tu boleh buat entri hasil ujikaji awak tu. Saya pun tak cakap betul atau salah pasal kicap ABC yang ada cicak tu.. just saya share hasil ujikaji dari kicap yg pernah di tuduh ada cicak yg dulu sebagai rujukan otak kita untuk fikir secara logik..

      Delete
  16. Tgok btol kicap pengguna tu pon da tau x jge ngn elok..kesan2 kicap kt tepi tu..haih..comot..xplik la cmne die jge n ltk kt mne smpai cicak boleh masuk..

    ReplyDelete
  17. Yg penting sekali beli sahaja kicap keluaran bukan syarikat cina bukan muslim. Sbbnya bukan muslim tak mementingkn halal dalam kebersihan. Lbh penting untung menambah.

    ReplyDelete
  18. Benar. Isu cicak tu org x heran... N bukan isu besar... Yg lg besar isu guna botol arak. Lg pon lantaklah ABC ni bukan melayu punye.. Produk thorrrbaik dr DAP. Bl jd mcm ni br org melayu sedar...

    ReplyDelete
  19. Ada org komen kilang org bukan muslim x pentingkan kebersihan..jd kilang org muslim bersih sgt ka?hati2 kalu nak komen..bila korang ckp bukan muslim, itu bukan merujuk pada satu agama sja..itu bermaksud hindu, buddha, kristian n so on..means agama2 ni x pentingkan kebersihan la?agak2 la kalu nak komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersih dr sudut pandangan islam la bebal.

      Delete
  20. Byk alternatif kicap lain di psrn,sekurang-kurangnya isu ini menjadi titik tolak kpd kita untuk memilih produk yg halal dan thoyibah..pilihan dan kuasa pengguna di tangan kita.

    ReplyDelete
  21. Hmm ade kebenarannya juge ye. Okeh nak pi lastik cicak barang sekor! ;P Jemput singgah: Resepi Rendang Pedas Wan Dolly

    ReplyDelete
  22. Salam, btw, ABC brand ni product dari Indonesia ye.. xde kaitan dgn DAP ok.. And im a student yg almost 4y stay kat Indonesia and currently still staying there. And this matter pernah jugak jadi kat sini (indonesia)... and memang cik cak tu gebu2 mcm tu je xde reput pun.. kami student2 yang stay kat indon ni pun telah dinasihatkan supaya tak beli sgt benda2 ni, or makan benda2 xtentu kerana risau takut terkena cirit birit atau keracunan makanan.. mostly malaysian student yg study di indonesia akan bawak bekalan makanan kicap,sos,and even milo pun dari Malaysia. Yes, they had made a tested kan.. tp jgn lupa, kalau cicak tu di sealed sekali dgn kicap time packaging, maknanya there is no air yg akan membantu proses pereputan. So its preserved. Sama macam kicap yg belum dibukak kan xde nak berkulat berbanding dgn kicap yg dah pernah dibukak.. even dah tutup blk pun klau perasan bila lama2 kan naik kulat.. sama la mcm kes ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul proses pengilang kicap ni tak jaga kebersihan & sampai cicak pun boleh masuk.. rasanya produk ni dah bawak banyak masalah kesihatan kot... ramai kot yang guna kicap ni. Kalau betul la apa yang di kata cik/en anoymous kenapa takde sebarang laporan di buat terhadap produk ni. sampai hari ni tak dengar mana2 pihak berwajib tampil keluarkan kenyataan terhadap kontroversi ni. Rasanya dah dekat seminggu kontroversi ni. Yang kecoh hanya kat laman sosial jer.. Hati2 agar kita tak tersebar fitnah. Lagi satu awat jadi anonymous... kan senang ada identiti senang kami nak merujuk pada anda yang berada di tempat kelahiran kicap ABC tu.. jgn takut kalau berada di tempat yang benar. tak gitu cik/en anon

      Delete
  23. bila nak jumpa duit dlm kicap.. dulu kecil2 ade duit siling dlm sabun..

    ReplyDelete
  24. Oh, betul jugak kan. Tapi memang benda gini kalau tak pasti sahih, memang tak elok sebar

    ReplyDelete
  25. Kadang2 non Muslim lebih bersih Dr Muslim sdr.kebanyakan kilang bear berstatus GmP,haccp amat bersih berbanding IKS bumiputra.pernah minum air sarsi boto l yg ada lipas.syarikat melayu jg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sokong kamu Anonymous tahap kebersihan bukan kerana dia agama atau bangsa apa.. Orang melayu Islam pun banyak pengotor.. tak caya tengok pengusaha restoran.. walau bukan semua masih ada yang tak reti jaga kebersihan.

      Delete
  26. Yg penting elakkan dari membeli produk makanan keluaran bkn Islam....

    ReplyDelete
  27. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kilangkicap__8216_botolarak__8217_/Article

    yg ni mcm mana pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Anon.. orang kata baca sampai habis sebelum nak komen. bukan apa takut termalu diri sendiri. Kat hujung entri tu kan aku dah letak link pasal isu Kicap guna botol arak. Malas aku nak explain.. kalau nak tahu baca kalau malas sila diam tak payah komen yg memalukan diri sendiri.
      ReplyDelete

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com