RUPANYA DAH LAMA AKU TINGGAL DENGAN JIN

5/08/2014 09:52:00 AM suria lekatlekit 16 Comments

Mungkin ini dugaan untuk aku tahun 2014. Selama membesarkan lala yang dah nak masuk tiga tahun ni.. masa lahir 4 bulan pertama shahila memang menduga kesabaran kami suami suami isteri bila dia asyik nangis dari tengah malam sampai dekat subuh. Dan lepas 4 bulan.. semakin senang nak handle budak tu & makin besar makin susah pulak dia nak menangis apatah lagi meragam cuma lasak je.

Shahila budak susah nak kena demam atau sakit.. kalau demam pun tak sampai 24 jam.. tapi tahun ni memang menduga. Aku dah cerita entri sebelum ni pasal gangguan dari makhluk ghaib kat anak aku tu (boleh rujuk entri ni >> Shahila kena gangguan << ). Lepas sehari bawak ke pusat rawatan Al hidayah tetap lala tak tunjuk apa2 perubahan. siang dia tak demam cuma langsung tak nak minum susu sampai kena pujuk. Tu pun sekali minum cuma 1 oz bukan setiap jam.. 1 hari tak sampai 2 botol susu pun normally dia minum susu sejam atau sejam setengah sekali 5oz.. Memang ketara sangat perubahan lala sejak sakit ni. Dalam pukul 4 pagi tadi badan dia panas balik... terpaksa bapak bangun lap2 dengan tuala basah sampai dekat subuh.

So, hari ni kami cuba lagi ke satu pusat rawatan Islam kat Sri Damansara. Pusat Rawatan Islam Al Qayyum.. Masa sesi rawatan tu lala menangis jugak. Aku tak sure apa dia rasa tapi airmata macam hujan jugak bila Ustaz tu baca ayat kursi sambil pegang kepala dia. Menurut ustaz yang rawat lala tu.. Lala memang kena gangguan macam Perawat kat Alhidayah cakap tu cuma Tuan Haji Lokman kat al hidayah tak cerita detail sangat macam ustaz kat Al Qayyum ni. Ustaz kat Al Qayyum cakap.. Ada jin yang ikut balik dari hutan yang kami singgah bagi lala main air tu. Sementara tu dalam rumah aku ni pun sebenarnya dah lama ada jin tumpang tinggal. Sebab dah lama ni jin akan jadi degil sikit nak di halau keluar. Gangguan bunyi2 yang aku dengar sebelum ni pun ada kaitan la dengan jin yang ada.

Ni la ustaz yang merawat lala. Boleh rujuk blog Al Qayyum

Lepas abis rawatan tadi masuk kereta alhamdulillah lala dah nak minum susu & banyak jugak. Dia pun ceria jer bawak gi tesco. Tapi balik rumah lepas mandi dia tidur, pegang badan macam nak demam balik je. Aduhai.. risau hati aku. Allah je yang tahu. Kalau berlarutan juga demam memang dah cadang nak bawak lala balik kampung dalam sebulan. Lepas tu tengok macam mana keadaan samada pindah atau buat apa yang sepatutnya untuk halau penumpang2 ghaib dalam rumah ni. Bagi aku.. aku takde la takut sampai tak berani nak tinggal dalam rumah ni. setakat gangguan bunyi2 tu aku dah biasa. Jin yang ada dalam rumah aku ni setakat ni takde la bertindak lebih dari bunyi tapi bila kenang dia boleh bagi kesan pada kesihatan & perkembangan anak aku.. memang aku sangat sangat risau.

Walau aku memang suka tengok cerita seram tapi aku tak pernah pun terfikir selama ni aku duduk serumah dengan jin. Jin ni ustaz tu kata jenis yang berpindah randah.. Tapi dia dah ada dalam rumah aku dah lama. Maybe sebelum aku duduk la kot sebab gangguan bunyi ni yang aku tau dari sebelum aku duduk kat sini. sayang jugak dengan rumah ni sebab aku dah lama duduk even bukan la cantik & besar sangat.

Aku tak harap apa2 selain apa yang menganggu anak aku pergi jauh atau balik ke tempat asal dia & anak aku sembuh & sihat seperti sediakala. Serius aku tak rasa takut tapi lebih kepada risau. Hanya aku takut bila anak aku sakit. Aku harap.. jin yang ganggu anak aku ni ada perike'jin'an la. Tapi jenis jin ni ada ke pandai simpati & kesian kat manusia? Selalu sampai kena bertarung nak keluarkan dia dari badan atau rumah manusia. Moga Allah membantu keluarga kecil aku ni dalam dugaan yang kami hadapi. Sesungguh setiap yang berlaku tu dengan keizinan Allah & kepada Allah juga kita harus memohon pertolongan.

P/S : Pada yang sudi mohon doakan untuk shahila. Takde kata yang aku dapat gambarkan betapa risau & susah hatinya aku saat ini. AKu harap esok & hari2 seterusnya lala kembali seperti sediakala. Terlalu kecil dia untuk di uji..

P/S : Ni entri aku draft semalam. Perkembangan setakat pagi ni lala dah aktif & minum susu macam biasa. Dah menyepah rumah macam biasa. Tadi sempat melaram dengan spek. Ya Allah betapa yang selama ni aku rasa penat tengok dia main tapi tulah yang paling rindu nak tengok dia buat semenjak dia sakit. Cuma nak tunggu malam nanti samada dia dah ok atau still demam malam. Hope dah ok la sebab nampak dia dah minum susu macam biasa.

16 comments:

  1. semoga dipermudahkan
    semoga Lala cepat sembuh
    akk sungguh simpati dgn apa yg berlaku
    take care ya Suria

    ReplyDelete
  2. lala, cpt sembuh ye syg..insyaAllah..jika betul rawatannya blh dihalau makhluk2 tu..rsanya mn2 tmpt pon ada jin tu..sll lah bace al-quran ye.

    ReplyDelete
  3. memang risaukan kak klu ada jin kat rumah ni.. bunyi2 tu camne eh kak?

    jejalan dari gr0up produk review n follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. gangguan bunyi dari jin ni banyak tapi yg jadi kat umah akak.. bunyi guli jatuh, bunyi orang seret perabot, bunyi tapak kaki.. memang kerap sangat sampai kita akan jadi pelik even tinggal rumah bertingkat & ada orang tinggal atas rumah kita tu. siang malam pagi petang.. kalau nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini http://alqayyum2u.blogspot.com/2011/08/simptom-terkena-gangguan-jin-sihir-atau.html

      Delete
  4. semoga lala cepat sembuh. in sha Allah.

    ReplyDelete
  5. In Sha Allah semua akan okay. btw blogwalking from produk review n done follow u :)

    ReplyDelete
  6. semoga lala cepat sembuh yep..

    ReplyDelete
  7. Salam Mami Lala..
    Innalillahiwannailahirajiun..
    cuba cara 'bersihkan' rumah tu dgn ruqayah..
    sabar ye mummy..
    semoga lala cepat baiknya...insyaAllah

    ReplyDelete
  8. huih kalau zura pun risau jgk... bahaya betol la jin yang suka singgah menyinggah cm nih.. semoga lala cepat sembuh dan selepas ni tiada lagi gangguan yang pelik pelik lg dah....

    ReplyDelete
  9. Semoga Lala kembali sembuh..aminnn

    ReplyDelete
  10. Moga lala cpt sembuh dn harapnya suria pulihkan rumah tu jugak smpi dia pindah tempat lain.

    Bahaya klu jin tu masih tinggal situ

    ReplyDelete
  11. Kesiannya Lalaaa. Aaaa. Akak pernah nak pindah rumah tak? Semoga Lala cepat sembuh kak. Amin.

    ReplyDelete
  12. benda-benda ni tak suka bau limau,bau tanah dan garam,cuba mandi n campurkan dengan benda2 ni.pasang je ayat quran terutamanya yaasin.

    ReplyDelete
  13. camne cik lekit boleh duduk kat rumah tu selama ni
    kalau saya confirm dah tak mahu duduk
    saya penakut orangnya

    pernah dengar ayat ruqyah? cuba pasangkan ayat tu di rumah
    kalau ada surah al baqarah pun boleh
    pasang sentiasa, insya ALLAH cik lekit

    lala camne sekarang, aisy pun sekarang tak sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dok pasang sejak jadi benda ni yana yani.. untuk diri saya memang saya tak kisah sangat setakat gangguan bunyi tapi bila effect pada anak tu yg risau

      Delete
  14. Semoga lala segera sembuh ... Semoga dipermudahkan segala urusan ....Boleh pm di FB jika perlu kan bantuan ...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com