CANTIK LAHAI PELAMIN NIKAH YUNA
Tapi serius.. Satu satunya retis yang berjaya buat saya terasa sangat 'Wow' pelamin nikah dia adalah Yuna dengan berlatar belakangkan alam semulajadi. Memang superb sangat ok.. Idea sapa la konsep Yuna guna ni kan.. Memang betul betul buat saya kagum. Cantik baqhang..
Nampak sangat segar permandangan berlatar belakangkan pergunungan di Puncak Rimba, Bentong. Sejuk lahai.. Ni nak akad nikah pun rasa tenang. Takde la rasa panas luar dalam.. Cuma tertanya tanya memang buat tempat terbuka tanpa bumbung ke? Bukan apa terbayang kalau tetiba hujan kan.. pelamin angan ku musnah jugak jadi tajuk lagunya hahahahaha
Yuna kekal dengan imej turbanya masa majlis akad nikah tu.. Dia dah tak kembali dengan imej shawl & tudung bawal macam dulu dulu.. Takpe jangan kecam dia yer. Kita tak tahu pengakhiran seseoarang. Ambil contoh Mizz Nina dari seksi nakmati.. tetiba sekarang rasanya Aurat dia lebih sempurna tertutup dari kita yang masih membawang tak sudah sudah ni hahahaha. Mizz Nina dah ambil keputusan tak mahu bermakeup kita masih gigih belajar tutorial lukis kening hehehehe
Apapun Yuna cantik.. Laki dia pun hensem walau berjambang. Sama cantik sama padan dah tu.. Ciptaan Allah semua dah cukup cantik cuma terpulang pada masing masing macam mana nak jaga & membawa kearah mana.
Apapun tahniah pada Yuna & suami.. Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke jannah bak kata KRU. Dalam setiap doa... kau tak pernah ku lupa.. Ops.. sorry ternyanyi pulak.
cantiknya
ReplyDelete