DATANG BULAN BUKAN PUNCA SEMUA PEREMPUAN JADI PEMARAH

5/01/2011 09:04:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Biasanya tiap - tiap hari dia cool, happy, suka buat kelakar.. Tapi hari ni dia asyik nak marah jer. Ni mesti period??

Google search. Betul ke ada tuala wanita macam ni?? wah sayang pula nak pakai buang kalau macam ni.

Kenapa mesti di kaitan mood seorang perempuan dengan datang bulan yer?? Adakah setiap bulan semua perempuan yang sedang mengambang bulannya akan jadi seorang yang cepat marah?? Kalau di katakan segelintir mungkin benar kalau di katakan semua itu tidak benar.

Sebab sang lekit pun perempuan.. Kalau time bulan mengambang mood sang lekit macam biasa jer. Nak kata time tu asyik menyinga orang tak tentu pasal tak jugak. Tapi dah jadi macam satu kemestian pula kalau perempuan yang tiba - tiba cool jadi moody secara automatik di kaitkan dengan datang bulan. Dari dulu sang lekit tak setuju dengan pendapat ni. Sebab Sang Lekit kalau moody mesti ada sebab bukan sebab datang bulan.

Kadang - kadang sepanjang melewati hari2 wanita setiap bulan tu ok jer mood. So, pada semua di luar sana.. ubah tanggapan anda selepas ni bahawa tidak semua perempuan yang dari cool tetiba jadi moody adalah kerana datang bulan yer. Jangan guna alasan tu untuk anda tidak mencari punca seorang perempuan marahkan anda & menganggap itu perkara biasa terjadi setiap bulan pada seorang perempuan.

Entri ringkas ini cuma nak membetulkan tanggapan korang terutama lelaki yang selalu anggap perempuan akan jadi cepat marah bila datang bulan. Ketahui.. Sang Lekit tidak tergolong dalam kategori tersebut. Kalau Sang Lekit nak marah mesti ada sebab yang takde kena mengena dengan datang bulan ok!


P/s : Mungkin juga aku seorang perempuan yang bernasib baik sebab jarang sangat nak mengalami sengugut sebab tu mood aku macam biasa jer bila period. kekekeke

22 comments:

  1. mungkin senggugut tu yang wat kte moody..
    yang pic tuala wanita tu bukan pakai buang kot kak lekit..
    tu boleh basuh macam baju da kering boleh pkai balik..:)

    ReplyDelete
  2. Oo.. x tau lak akak. akak selama ni dok beli & pakai yg pakai buang jer.. yg pakai basuh pakai balik ni tak penah lagi la

    ReplyDelete
  3. tapi dalam iklan tu...ada tgk koteks pun dah buat yang terbaru kn....tgk ada cam corak2

    ReplyDelete
  4. Nelly tak cepat marah , tapi cepat sensitif ~ heehhe

    ReplyDelete
  5. sy rase bole jugak dikaitkan sbb sy slalu stress time period..emo x tentu psl..tp kalo dh slalu sgt emo..mcm dh xde kaitan plak..hahaha

    ReplyDelete
  6. hehehehhe best kah if jd akk sbb period ok je.cm sy mst nk mrah2 sbb perut sakit.ngan rimas nya.huh! kalo buat silap mmg nk kena hentam je.

    ReplyDelete
  7. bengangnyeee... rimas pad dah basah...hormon tunggang langgang...bengang lelaki tak memahami lagi.. nak shoping pad lagi...

    EeEEEeeEee.. mak rasa nak makan2 je sapa yang buat lawak bodoh tau...

    eh kiutnye tuala kat atas tu..kalau pakai mesti tak sesungut lagi...

    "sesungut apa pulak!!!?? sengugut laa!!!!"

    ReplyDelete
  8. kebanyakan kawan2 perempuan selama ni memang ada perubahan kalu time diorang dtg bulan..bukanlah moody tp pasti ada sedikit kelainan pd tingkah-laku dan pemikiran mereka..bila ditanya, mmg sah dan ngaku diorang dtg bulan~ ^^

    ReplyDelete
  9. perempuan moody time nk period sbb hormon dlm bdn dia xstabil.. perubahan hormon yg buatkn emosi perempuan berubah.. ni ikut kajian la.. ^_^

    ReplyDelete
  10. haha.

    apesal tercomel sgt pad centu?

    mmg syg nk guna.

    buat bg adiah kat org pon cun neh :p

    ReplyDelete
  11. teringat dulu masa zaman sekolah. Asal guru perempuan nak melenting ja dlm kelas, spontan kami berbisik----> "wahhh, cikgu ni datang bulan lagi laa"... hahahahaha

    ReplyDelete
  12. mmg time period hormon kiter berubah.. tp dia berubah ade certain people akan cpt marah and ade yg dia rasa tetiba happy sgt2!smua depends kat hormon masing2..hehehe

    pad tuh kalau ade dijual..tak kose CB nak pakai..cantik sgt!hahahha

    ReplyDelete
  13. samalar kita!! xpernah merasa senggugut tu macamane..so kalo mai peod xde lar nak moody2 bagai..time tu lar nak aktif2!! kalo mai period mood nak jalan2 n makan2 mmg banyak..
    fakta ke auta tu kan!!


    ☆┌─┐ ─┐☆
    ☆│▒│ /▒/
    ☆│▒│/▒/
    ☆│▒ /▒/─┬─┐...hye!!hye!!..
    ☆│▒│▒|▒│▒│ ..peace....
    ┌┴─┴─┐-┘─┘
    │▒┌──┘▒▒▒│
    └┐▒▒▒▒▒▒
    ♥ salam singgah dari mummyweiyda♥
    ♥ eppy blogging ya!!♥

    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  14. time saye period, selalu sangat nangis.tengok org tgh menari pun saye boleh menangis, sebab feel sangat kot haha tp itulah keunikan wanita :)

    ReplyDelete
  15. betul.betul.betul.asal marah je cakap datang bulan.kesian kat perempuan.

    pssst: yeke ade pad mcm tu, comel jek, nak pakai pun sayang.hikhikhik.

    ReplyDelete
  16. cantik pad, ingatkan amende la, cam lampin pakai buang jenis baru tu kut, bolih basuh cuma tukar span je.....yang aku tau kalu dengar lagu nu-metal banyak2 baru jadi hangin satu badan, dah lirik memaki hamun je sepanjang masa....

    ReplyDelete
  17. komplikatedsungguhla perempuan ni kan. saya pun masih tak faham dengan emosi diri sendiri..bikin orang lain naik angin je

    ReplyDelete
  18. ada ah tuala wanita macam tu keluaran kotex. produk terbaru

    :D

    ReplyDelete
  19. kalian-kalian diliar sana yang bergelar wanita... mari katakan setuju pada entry ini... mari ubah stigma serta pandangan mereka-mereka yang bergelar lelaki diluar sana...

    ReplyDelete
  20. haha..ade la pad kaler warne wani ni..ape,jenama kotex tu?lalala..

    he3..sib bek cma xde angin2 period ni..
    biase jer..

    ReplyDelete
  21. kadang-kadang x faham dengan org yg moody x tentu pasal.. rimas.. sy plak jenis x reti eh nk pujuk2..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com