JATUH TALAK TAK PAKAI CINCIN NIKAH

3/09/2015 04:52:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Tu dia... ajaran mana pun ni. Jatuh talak tak pakai cincin nikah. Kalau orang kawen takde jari dia nak pakai cincin nikah kat mana? kat jari kaki ke?

 Sumber google

Sibuk sangat la orang tak pakai cincin kawen/nikah. Macam isu besar sangat kalau tak pakai. Tapi tu la cuba blogger yang up pasal tu melambung kutukkan. kebot warrior bagai.. Depa punya dok hentam.. Ni isu di timbulkan wartawan bertauliah sendiri. Isu sampah sangat nak buat kontroversi. Dah kalah dengan blogger gamaknya wartawan bertauliah ni.

Semalam tertengok melodi.. Aku ni even macam consistent jer tengok meloadi tiap2 minggu tapi lebih kepada macam dengar je tengok tu tak sangat. Kadang2 aku sibuk buat hal lain jugak. Takde la tumpu sangat cerita dalam melodi tu. Sempat la tertengok isu penyanyi Aliyah tak pakai cincin kawen. Tadi ternampak post dari Beautifulnara pun up story ni. Watdehek punya isu. Aku pun tak pakai cincin nikah.. rasanya lepas nikah aku pakai sat ja kot lepas tu aku tak pakai2 dah sampai sekarang. Sebab aku memang tak selesa pakai cincin sangat. Adakah bermakna rumahtangga aku bermasalah?

Hello.. Talak tu jatuh kalau tak pakai cincin nikah/kawen ke? Kalau tak pakai auto jatuh talak ok la jugak nak jadikan isu. Kadang2 benda takde apa2 sebab terlampau di isukan wartawan buat hubungan orang jadi bermasalah. Maybe rumahtangga dorang ada masalah kecil jer.. biasa la laki bini. Perempuan ni kalau marah @ merajuk sikit buang habis semua.. satgi dia ok, dia kutip la balik. Tak payah la nak panaskan line sangat.

Tapi tu la.. kalau dah pilih jadi orang di kenali popular ni kau hadap la benda2 camni. Nak yang puja puji ke langit ke tujuh tu manjang memang tak dapat la. Setiap gerak langkah, perbuatan & kata2 kau memang orang alert sangat. Kita mungkin tak sedar atau terlupa apa pernah kita buat atau cakap.. tapi orang ramai yang lihat & tengok selalu tak lupa. So, kalau rasa nak jadi orang popular tak payah nak touching sampai ke tulang sumsum kalau kena kutuk. Kau pilih menjadi manusia yang beri perhatian.. macam2 cara kau buat termasuk canang kisah peribadi kau kat umum.. maka kau kena sedia terima buruk & baiknya.

13 comments:

  1. erkk... tak muat dah cincin kahwin.. cmno plak?? uhuhuh

    ReplyDelete
  2. ain lak suka pakai cincin.. tapi mak tak kasi... takut nanti takde orang pinang ..hihi

    ReplyDelete
  3. hahaha.. kalu tak pakai cincin nikah tu jatuh talak, susah la. bukak cincin je terus cerai. hikhik -blog kerusiburok-

    ReplyDelete
  4. Hehehhehe.. Kathy pun tak pakai cincin nikah. Acaner tu kalau saiz jari masa akad nikah dah tak sama dengan saiz jari sekarang??? Hehehehehe..

    ReplyDelete
  5. jenis cerita dan main cerita. hmmm.. dia nak bagi hit blog dia la kot. =='

    ReplyDelete
  6. saya tak de jari. dan saya sangat takut bila orang bertanya tentang perihal kawin nikah dan sebgainya. hatta merisik sekalipun yang memerlukan untuk perempuan memakai cincin,. wtf -_-sampai satu masa. sampai saya pernah cakap. biarlah tak kawin pun.

    ReplyDelete
  7. Alahai... Isu remeh je kot. Jgn smpai nk babitkan hukum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda ni bukan pasal hukum.. pasal orang yang buat isu benda yang tak patut jadi isu..

      Delete
    2. Ye lah... Sbb isu ni takut ada yg kaitkan smpai ke hukum talak cm akk kata dlm entry tu la...

      Delete
    3. tu la penting untuk mereka membaca sebab tu tajuk pun akak tak letak perkataan hukum.. biasa la sarcasm tapi entri ni jelas sarcasm nya. cuma perlu baca

      Delete
    4. Hehe... Itu mksd sy... Bkn slh kn akk kaitkan dgn hukum ke apa...

      Delete
    5. oic.. terima kasih atas penjelasan :D

      Delete
  8. kalau cincin nikah si isteri tu emas, dikira lebihan harta/emas maknanya kena bayar zakat emas kalau tak pakai. kalau cincin nikah si isteri tu besi/plastik/bukan emas atau perak, taknak pakai langsung pun takpe tak kena zakat pun.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com