Masa dok round2 kat wall FB orang den ada jumpa satu statement yang nampak macam di snap dari page atau kertas tentang HUKUM seorang suami yang mengaku bujang? Terkejut jugak la sebab selama ni tak pernah pulak dengar jatuh talak kalau seorang lelaki yang dah kahwin mengaku bujang. Jangan buat main2 dengan talak ni... Talak bukan sesuatu yang boleh di jadikan bahan gurauan.
Katanya info dia dapat dari ceramah Ustaz Kazim Elias.. tapi tak tau la betul ke tidak, kan??
Macam biasa den tak terima benda tu betul tanpa ber google dulu. Yelah.. sekarang senang info hujung jari je tapi bukan semua info boleh pakai. Kena tengok jugak dari page mana kita nak cedok info tu. Maka hasil carian google dapat la jawapannya..
Sumber e-fatwa
Moral of the story benda ni bukan perkara yang boleh di buat gurau.. Sebelum kita nak sebarkan siasat dulu kesahihan & kebenarannya. Jangan kita menyebar sesuatu yang boleh memesongkan akidah orang lain. Memang kita tak berniat nak sebarkan info yang salah tapi elok la kalau tak pasti jangan sebar. Peringatan ni untuk diri sendiri & semua.
SA setuju..xde kesahihan makanya jangan disebarkan...kalau macam tu ramai dah yang jadi janda kan....laki buat hal free2 je dapat talak...
ReplyDeletekita amik sbg nasihat je la klu gitu...
ReplyDeleteboleh ambil sebagai iktibar buat kita semua.. Mintak dijauhkan dari yang buruk2..insyaallah
ReplyDeleteboleh dijadikan iktibar :)
ReplyDeleteBoleh jatuh talak x bermakna dah jatuh talak. dalam kes tu memang boleh jatuh talak. Sebab lafaz tu lafaz kinayah. Ataupun lafaz indirect. cakap macam tu boleh jatuh talak kalau niat cerai. tapi kalau cakap direct macam aku dah ceraikan dia tu dah terus jatuh.
ReplyDeleteDari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tiga hal yang bila dikatakan dengan sungguh akan jadi dan bila dikatakan dengan main-main akan jadi, yaitu: nikah, talak dan rujuk (kembali ke istri lagi)." Riwayat Imam Empat kecuali Nasa'i. Hadits shahih menurut Hakim.
ref: http://alquran-sunnah.com/kitab/bulughul-maram/source/8.%20Kitab%20Nikah/8.%20Bab%20Thalaq.htm
Setuju dengan pandangan ni..
Deletekalau anda lebih berilmu sila pertikaikan apa yang JAKIM keluarkan di protal rasmi mereka. Saya seorang yang tidak pandai hanya merujuk kepada JAKIM.
Deletekalau ikut post yang di viralkan apa yang orang faham adalah jatuh talak.. jadi benda ni boleh mengundang panik orang ramai
DeleteX jatuh talak le. Boleh rujuk fatwa jakim. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/telah-kahwin-tetapi-mengaku-bujang. Harap jelas. Cuma berdosa sbb berbohong. Kalau fatwa jatuh talak disbbkn bohong tu...rasa ramai isteri dh jatuh talak secara automatik.
ReplyDeleteboleh detect Anonymous ni tak baca entri baca tajuk terus komen. hahahahaha.. malu anonymous seluruh dunia.
ReplyDeleteKalau isteri kte bujang mcm mna plk..
ReplyDeletesejak bila la talak tu kat tangan perempuan. Kalau isteri mengaku bujang pun dosa menipu je jugak.. kalau dia talakkan suami sekalipun tak laku talak dari mulut perempuan. hahahaha
DeleteAssalamualaikum tuan2 saya bertumpang tanya wakil pertanyaan dari kawan saya
ReplyDeleteSoalannya:
Situasi tersebut
Suami: syg nanti call pegawai tu tanya pasal kekosongan permohonan lesen, kalau die tanya sayang dah kahwin ke belum, sayang jawab belum tau
Isteri: baiklah abang
Suami: (termenung sekejap) eh xpayah la cakap cam tu sayang, awak cakap je sudah kahwin tau bukan bujang ok
Isteri: baiklah abang, saya ckp saya dah berkahwin
Soalannya, adakah jatuh talak sekiranya berlaku situasi di atas walaupun suami menarik balik cakap dia dan kerana isteri belum sempat menyatakan kepada pegawai tu status mereka.??