INI BUKTI RUMAH PPR SEBENARNYA UNTUK ORANG KAYA
Kalau dah sewa sampai macam ni punya mahal memang golongan miskin tak mampu la nak menyewa dengan penyewa rumah PPR. Nak mohon terus dengan DBKL bukan senang nak dapat |
Sekarang zaman viral.. bersiap sedia la wahai pihak pihak bertanggungjawab itu. Sebab perkara ni pernah di pandang hujung mata hadap la kecaman rakyat bila ia menjadi Viral. Isu Rumah PPR.. ye bukan tak ada orang yang betul2 layak dapat tapi macam kita boleh tengok sekarang orang yang tak layak pun dapat maka berlakulah apa yang berlaku.
Rumah PPR yang di sewa kepada golongan tidak berkemampuan oleh DBKL tapi bila rumah tu dapat pada mereka yang mungkin memang dah miliki rumah & berkemampuan beli rumah sendiri maka rumah tu di sewa dengan harga tak masuk akal ikut rate sewa kawasan bandar. Dia bayar kat DBKL sebulan RM140++ something je.. Tapi ada yang sewakan balik sampai cecah RM1K sebulan. Atas angin je dia dapat untung. Tak payah penat2 beli rumah.. sewa je PPR kemudian sewakan balik dengan harga tinggi.
Sewa rumah PPR sampai RM1k mahal lagi dari sewa rumah aku ni |
Suami aku pernah cerita ada seorang perempuan ni. Dari cerita nampak macam golongan yang berkerjaya & berpendapatan tinggi. Dia cakap nak apply banyak2 rumah PPR (maybe guna kabel ke hapa tak tau la.. kemudian nak sewakan). Dia punya planning memang baik punya tapi dengan niat yang kategori Syaiton Nirrojim jugak la. Asben aku sound je.. Rumah tu sepatutnya di beri pada golongan tak berkemampuan.. Tak kesian ke kat orang2 susah yang tak mampu nak bayar sewa rumah kat bandar ni. Ada yang bergelandangan. Buat macam tu seolah2 merampas hak mereka. Diam terus pompuan tu.
Benda ni dah lama sangat berlaku tapi tengok macam tak ada sebarang tindakkan tegas di ambil. Mungkin ada la satu dua yang di tarik balik rumah tu.. Tapi masih ramai yang makan untung atas angin macam tu. Tak malu ke ambil hak orang miskin? Golongan macam ni lebih hina dari orang yang mengemis. At least pengemis dia meminta tapi tak merampas hak orang. Kalau anda yang baca entri ni tergolong dalam golongan macam tu sila pam muka masing2 dalam mangkuk jamban.
Satu lagi kena ada kabel.. Takpe la kalau yang dapat tu layak. Guna kabel ke guna wire ke hapa no problem. dia memang layak cuma tolong mudahkan dia dapat apa yang dia berhak je. Tapi yang tak best bila ada yang sebenarnya tak cukup kelayakkan tapi boleh dapat sebab ada 'kabel dalam' katanya.
Yang seterusnya.. suap! Malaysia memang tak boleh membasmi budaya 'suap' ni. Asal kau 'suap' kau la dapat tak kira la kau ada rumah tiga empat biji kat KL ni. Suap macam mana pepaham je la.
Kos sara hidup kat bandar ni memang mahal termasuk kos sewa rumah. Kalau yang berpendapatan rendah RM3K kebawah tu dapat rumah PPR ringan la sikit beban. Tapi kalau dah orang kaya sapu semua rumah PPR jangan terkejut ada yang upgrade kereta buat rumah. Nak jimat kos katanya. Tapi tak pelik sangat dah zaman sekarang dengar orang berumah dalam kereta. Memang ada berlaku pun. Salah satu punca mungkin tak dapat rumah yang mampu bayar macam rumah PPR. So, nak teruskan hidup terpaksa juga la berumah dalam kereta.
Moral of the story.. Jangan merampas hak orang miskin & ingat doa2 orang teraniaya Insya Allah termakbul. Pada pihak yang bertanggungjawab.. Sila buat pemantau. Pada mereka yang di amanahkan menjaga hak2 orang miskin ni jalankan kewajiban anda dengan jujur. Tak payah bersuap sangat la.. Cukup la makan bersuap masa bersanding dulu. Sekian terima kasih!
org2 ni nmpk untung kt diri sdri je..org lain nk berteduh kt mana?klu jenis gaji stkt ckup utk mkn je abes lerr
ReplyDeleteBagus entri ni,buka mata..lepas ni tgok kat mudah rumah ppr kena sewakan mcm ni buat report..ambik tindakan,rumah ni bukan untuk berniaga..ni untuk bantu orang yang memrlukan..kite tengok ape tindakan najib..puihh
DeleteMemang betul 100%. Kat Sabah ni pun sama. Klu permohonà n rumah ppr tu ko kepilkan 2 3 puluh not rm100 confirm dapat, tapi klu mohon harapkan borang ngan dokumen je,10 tahun ko tunggu pun x kan dapat. Yang dpt rumah ppr bukan org miskin tapi org yang mampu pakai kereta sebijik pun 4 angka sebulan bayaran.
ReplyDeletePihak bertanggungjawab mmg tahu tapi ini benda mmg dorang punya 'makan free' jadi yg org miskin betul2 tu dok melopong je lah.
Trseksa rasenya nk dpat uma dbkl ni...dari tahun2015 apply smpai skrng da nk masuk 2018 masih xde jwapan...klau ade sesiapa yg bole mmbantu sy dpatkan rumah dbkl ppr...hubungi sy yee...
ReplyDelete017-6176607 asyraf...sy mnhrgai sngt2 yg dpat mmbantu sy
Trseksa rasenya nk dpat uma dbkl ni...dari tahun2015 apply smpai skrng da nk masuk 2018 masih xde jwapan...klau ade sesiapa yg bole mmbantu sy dpatkan rumah dbkl ppr...hubungi sy yee...
ReplyDelete017-6176607 asyraf...sy mnhrgai sngt2 yg dpat mmbantu sy