ISU BREASTFEEDING, LAPORAN POLIS DI BUAT TERHADAP AMRAN FANS

1/12/2016 09:19:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

ISU BREASTFEEDING, LAPORAN POLIS DI BUAT TERHADAP AMRAN FANS. Wah nampaknya seorang individu yang gambar dia di viralkan oleh Amran Fans dah tampil buat police report. Ingat kan nak settle tepi tepi jer macam salah seorang yang gambar breastfeeding dia jadi viral tu. PM & minta maaf dengan Amran then Amran pun delete la gambar ni dia tapi yang ni tetap nak menuntut keadilan katanya setelah di aibkan.


Aku tak salahkan dia la.. Memang la bila jadi viral benda tu akan mengaibkan. Dia nak buat report polis tu hak dia la kan. Tapi tu la yang memalukan ada pulak bila isu gambar breastfeeding di kalangan ibu2 melayu Islam bertudung litup ni jadi kontroversi, ada yang rasa tercabar nak buat pulak. Dari tak pernah upload gambar dia menenen anak dia tapi di sebabkan Amran terus dia buat benda tu. Mungkin dia harap dia pun jadi viral seterusnya rating & friendlist dia bertambah. Nanti senang boleh buat bisnes pump susu ke... baju baby ker.. hapa kan?hehehee


Kan PU Rahmat dah tegur perbuatan macam tu salah. Boleh baca kat sini >> HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT << Kenapa mesti nak cabar jugak apa yang tak boleh. Simpan sikit kemaluan tu di dalam jangan di tunjuk sangat pada umum.

Pada ibu ibu yang breastfeeding yang rasa macam teraniaya sangat padahal takde orang point semua ibu2 breastfeeding pun.. Yang takde kena mengena tu pulak tacing sampai ke titisan susu terakhir katanya.. Kalau kita tak buat tak payah nak tacing2 sangat la. Tak payah lebih sudu dari kuah. Pada yang melakukan pulak tak payah rasa nak berlawan sangat kalau dah tak perbuatan macam tu pun agama larang sebab ia membawa kemudaratan. Breastfeeding ni asalnya menjadi pahala kepada ibu ibu tapi di sebabkan terlampau nak menunjuk pada dunia yang dia ada susu readymade tak payah nak bancuh dengan air panas dah jadi satu benda yang mungkin menjadi saham dosa pulak.

Moral of the story.. Takkan jadi berita kalau tak ada cerita. Tu baru Amran Fans yang viralkan bayangkan makcik2 kat kampung hangpa yang masih old school tengok hangpa dok tayang gambar menenen kat media sosial. Nak2 lagi makcik2 yang perangai macam ni >> 15 Jenis Perangai Golongan Makcik Yang Kadang2 Annoying & kadang2 Menghiburkan << Bukan je kat alam maya jer hangpa popular mungkin melarat satu kampung depa cerita perangai hangpa tau! So, berhati hati.. Orang kampung sekarang pun golongan cerdik IT contoh macam aku. aku pun orang kampung jugak.. hehehehe

10 comments:

  1. bapak ar siap buat laporan bagai...yg tak bole blah tu sultan melaka pon kene...kahkahkah...download tungku...sendiri carik menyakit sendiri yg meroyan...masa buat tak pikir panjang bila dah jadi gini sapa yg tanggung aib...moga benda ni cepat selesai...

    ReplyDelete
  2. kan? sebelum buat xnak pk..bila dh viral thu plak pk pasal family pasal malu..masa dia uplod, dia x pk pasal malu plak? huhu.. xphm..

    ReplyDelete
  3. macam-macam hal lah..semua dah tahu salah kan, tak pyhla nk upload bagai..kena expect lah akibatnye..

    ReplyDelete
  4. Kenapa tak fikir kesan dan akibat daripada perbuatan sendiri. Lepas tu nak menyalahkan orang lain atas sikap kita sendiri. Kalau kita tak upload 'semua yang ada', takdalah kita jadi bahan cemuhan. Sekarang siapa yang malu, kita dan keluarga kitalah. Amran dia peduli apa. Janji boleh buat modal gelak guling-guling!

    ReplyDelete
  5. secara jujur akak sokong tindakan Nik Ying!

    ReplyDelete
  6. hmmmtatau nk ckp ape dah memasing kerana kebodohan memasing ....

    ReplyDelete
  7. Lebih manis fikir dalam dalam....masak masak sebelum kongsi satu satu cerita,berita atau gambar dilaman sosial...kalau totally personal terpulang...tapi ini sosial...banyak mata memandangkan..

    ReplyDelete
  8. Dengaq jugak pasai cerita ni tp tak dah nak tgk gambaq tu. Tp bila baca entri hang ni Suria, dan dan tu pulak mak teringin nak gi google camna rupa dia....

    ReplyDelete
  9. bodoh btul.. buat bnde bodoh, lpastu viral koyak plk smpai nk buat report, klu kate bende tu bagus buat pe nk report spatutnye bangga la sbb viral.. yg tukang bekap pn sme bangang sokong betine xdek maruah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com