INILAH BLOGGER PENGIDAP HIV POSITIF
Alkisah seorang blogger pengidap HIV ni.. Dia bukan di jangkiti HIV kerana masalah moral. Tapi tak payah la aku cerita kenapa maybe akan jadi pertikaian & melibatkan banyak pihak. Yang penting apa yang berlaku bukanlah dari kesilapan beliau. Tapi aku kagum dengan blogger ni dia terima dengan positif apa yang berlaku. Menerima semua sebagai satu Anugerah Allah & tidak meletakkan kesalahan kepada sesiapa. Memang patut kita kagumi. Kita kena gastrik pun kadang2 mengeluh macam kena kanser... Punya doa macam tak puas hati dengan Allah.. Ya Allah kenapalah kau bagi aku gastrik ni. Dah takde orang lain ke kat dunia ni kau nak bagi gastrik. Sampai macam tu sekali gamaknya kalau kita terpilih untuk jadi pengidap HIVmacam mana lah yer.
Bukan setakat abang blogger ni positif dengan penyakit HIV malah dia aktif dengan aktiviti berkaitan penyakit HIV. Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang HIV sebab biasa la manusia kebanyakkan dengar HIV terbayang penyakit berjangkit. Dia punya panik mengalahkan jumpa zombie yang kalau kena gigit orang tu pun jadi zombie jugak sedangkan HIV bukanlah semudah tu berjangkit yang kebanyakkan masyarakat kita anggap.
Tak kira la macam mana pun seseorang tu di jangkiti HIV tapi kita tak perlu menjadi penghukum. Kadang2 persepsi kita yang membuatkan mereka putus harapan sedangkan setiap manusia masih ada peluang untuk menjadi lebih baik atau hidup dengan bahagia selagi bernyawa. HIV bukan sebuah pengakhiran tapi satu permulaan. HIV bukan satu dosa tapi satu hidayah Allah untuk pengidapnya.
Kalau korang nak memahami tentang HIV & melihat bagaimana positifnya seorang pengidap HIV meneruskan kehidupannya macam manusia lain, ada keluarga, isteri & anak.. Menjalani kehidupan seorang suami & ayah seperti orang lain korang boleh terjah blog AKU HIV POSITIF atau boleh friend di FB beliau Ahp Pie
Salutelah kat bro ni. Rileks je, nampak macam sihat jerk. Yalah, penyakit zaman sekarang ni macam-macam. Kalau tak betul-betul faham, mulalah main percaya jerk orang kata itu, ini. Suruh baca fakta, depa pi percaya kat auta, siapa suruhkan....
ReplyDeleteAllah huakbar...kesian kan..kadang2 kita x tau punca sesuatu masalah tu...tp abg pie ni tabah dan tidak menyalahkan takdir..kuat semangat dia..moga abg pie terus bersemangat untuk memberi kesedaran kepada semua di luar sana
ReplyDeleteMemang jiwa kental abang pie ni..alhamdulillah Allah bagi keluatan pada beliau.
ReplyDelete😆😆😆
ReplyDeleteJazakillah khier...
semua ini nikmat dan anugerah Allah
Rupa abang ini macam Fahrin Ahmad.
ReplyDeletesimpati saya membacanya
ReplyDeletepasti dia dikelilingi dengan orang yang sangat positif
maka dia juga menjadi positif
saya setujulah suria, pandangan masyarakat ni payah
baru ni ada orang meninggal sebab kanser kat kaw rumah mak
muka dia agak gelap sebab treatment kimo yang dia kena buat
orang keliling dok sok sek, ahli nerakalah, apalah
rasa nak lepuk sesorang, bengap tahap abadi manusia gitu
tabik sikit!!
ReplyDeletealhmdullilah sntiasa positif..
kadang2 orang sekeliling ni yg kene mainkan peranan yang penting kan
Mmg dia pun positif... Insha Allah... Allah bntu..serah sglanya kpd Dia..
ReplyDeleteterkejut
ReplyDeleteal fatihah khusus aku hadiahkan untuk arwah abg pie
ReplyDelete