ANONYMOUS SEORANG PENGECUT

4/01/2011 02:07:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Tetiba jer nak mengopek isu ni. Bukannya apa.. terilham dari segmen yang Ben Ashaari Anjurkan tadi( Clik untuk membaca segmen BA : AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !)

So, Sang Lekit dengan ria & tawa ingin mengopek isu ni dari pandangan melekit sendiri. Bagi melekit manusia yang menggunakan identiti Anonymous ni sebenarnya pengecut. Umpama baling batu sorok tangan. Berhujah bukan main lantang & berani macam hebat tapi alahai.. Nak bagitau identiti tak berani pulak. Kenapa??

Antara sebab - sebab kenapa mereka jadi Anonymous

1. Mungkin manusia ni adalah musuh dalam selimut. Mungkin dari kalangan kawan - kawan kita yang tak puas hati dengan kita tapi didepan kita bertopengkan sahabat.

2. Mereka cuma berani mengkritik orang lain tetapi takut di kritik orang lain sebab tu dorang tak berani tampil dengan identiti sendiri. Guna anonymous kan orang tak dapat kesan.

3. Anonymous kebanyakkan hadir untuk memberi komen membunuh.. sedikit sangat la datang dengan komen membina walau masih ada. Niat dorang totally tak baik. Kalau berniat baik tak perlu bersembunyi di sebalik topeng anonymous.

4. Sebab dorang memang penakut la.. Kalau tak, takkan jadi Anonymous.

Tu di antara sebab kenapa Anonymous jadi Cik/En Anon. Apapun blog melekit ni tidak mengharamkan kedatangan Anonymous. Jemput la berkomen sebab lagi banyak spesis korang datang main meriah blog melekit ni dengan golongan penakut & pengecut macam korang.

Tak perlu jadi Anonymous kalau niat tu baik menegur/menasihati/memberi pandangan berguna pada orang lain. Mengkritik tak semestinya memaki hamun.. Kebanyakkan Anonymous ni suka sangat guna perkataan kesat tapi masih ada yang berhemah juga cuma jumlahnya agak sedikit. Ataupun bahasa yang di gunakan amatlah sopan namun sindiran & kutukan tu amatlah berbisa. Itulah Anonymous bagi yang belum berkenalan dengan mereka.

Setakat itu je la kupasan Sang Lekit tentang Anonymous ni. Hope Anonymous terima dengan hati yang terbuka yer.. Kalau berani & lantang bersuara mengkritik, mengutuk & menghina orang lain dengan identiti Anonymous maka kena la berani terima juga bila di kritik.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

8 comments:

  1. betul..tu yang dia takut nak ngaku sape dia..blog akak nora belum pernah dikunjungi mereka2 ni lagi..

    err..mama lekit sehat tak tu? baby cemana...

    ReplyDelete
  2. setakat ni aku pernah dapat 2 je acik anon yang membunuh.. heheh tapi tak rasa pape punnnn

    ReplyDelete
  3. yup setuju..

    mmg kekadang musuh dlm selimut tu

    tp mcm dah popular mcm bro ben tu dia ramai musuh2 dlm blog ni

    kita yang baru2 nie anon2 g baik byk gak komen

    kalau baru2 dah kena kutuk tu mesti kawan2..=)

    ReplyDelete
  4. tapi tak jugak semua ANON nie berniat -ve.. ada jugak yg +ve.. cuma dorang tak nak expose diri jek kekadang.. ade jek ANON komen yg baik2.. ehhehe

    konon2 kita menderma then tulis nama HAMBA ALLAH.. :)

    but sumtimes.. ANON jugak buat kita pikir balik pasal entry masing2.. sbb kekadang ada kesalahan yg kita x nampak..

    ReplyDelete
  5. cik bambam tidak merujuk semua Anon yer.. sbb tu sy tulis sebagai kebanyakkan bukan semua. Dalam entri ni pun dah mention ada juga Anon baik tp lebih banyak yg negatif

    ReplyDelete
  6. hehehe..yer lekit.. saja nak menambah jek kat sini.. hahaha.. :P

    ReplyDelete
  7. hehee..tp kan xde anymous ni macam xceria jer dunia blogging ni kan!! hahaha... sebok jer nak amik tau hal orang kan...wee!! buat xtao sudah!! buat sakit ati jerkk...heeeh


    salam singgah dari mummy weiyda❤
    keep it up blogging ya dear❤
    (◕‿◕✿)

    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  8. saya rasa anon mouse ni adalah tak yakin dengan diri sendiri. pastu ada masalah kejiwaan dengan diri sendiri. sebab tuu dia suka nak condemn orang. and yes selalunya anon ni jenis yang suka menjatuhkan orang lain kan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com