SIAPA YANG PENGECUT?

6/08/2011 09:37:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Kau ke aku?? ke dia?? atau mereka yang pengecut? Siapa kau & mereka tu?? Wah sang lekit bermukadimah dalam misteri pulak kan??

Hasil carian google. sekadar hiasan

Kali ni sang lekit nak kopek isu pasal Blogger juga. Isu ni di kupas kupis secara umum tidak merujuk secara terus kepada mana - mana pihak, individu, blog mahupun blogger. Kena mention awal - awal supaya kurang sikit salah faham dari manusia yang cepat sentap. Jadi siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.

Ada yang berpendapat bahawa blogger yang tidak menerima komen dari makhluk misteri bernama Anonymous di label sebagai penakut, tidak boleh menerima kritikan, kutukan & pendapat yang tidak menyokong mereka. Mungkin ada benarnya tapi kebanyakkan blogger tidak mengalukan kedatangan Anonymous dalam komen lebih kepada rasa rimas, meluat & menyampah sebab golongan Anonymous ni kita sedia maklum komen, pandangan, pendapat dorang ni lebih kepada bersifat dengki, tak puas hati & sengaja nak menjatuhkan orang. Komen pula yang takde kena mengena dengan isu. Sang lekit bercakap dari pengalaman sendiri ok.

Mungkin sebab tu blogger di label penakut.. Tapi bagaimana pula dengan golongan Anonymous yang juga terdiri dari golongan blogger yang tiba - tiba jadi Anonymous dalam komen entri blogger lain? Berani sangat ke dorang tu sampai terpaksa menyembunyikan identiti?? Orang yang berani akan tampilkan keberaniannya dengan cara berani bukan baling batu sorok tangan. Betul tak?? Kalau dah kental, hebat & berani sangat.. Jangan bersembunyi di sebalik Anonymous.

Dalam kes ni kalau di katakan blogger penakut sebab disable komen dari Anonymous.. Sang lekit terima juga tapi bagi sang lekit yang lebih pengecut adalah blogger yang bertopengkan Anonymous bila nak berhujah dengan pandangan sinis, pedas, panas, kesat kat blog orang lain. Hanya berapi dengan kata - kata tapi menyorok celah ketiak mak bila di suruh tampil dengan identiti sebenar. Berani ke tidak???

Siapa lebih pengecut anda nilaikan...

12 comments:

  1. saya pernah kena hentam dengan cik anon..mujur tak cepat sentap.Yang penting blogger sendiri kena cool bila anon serang.sebab ini lumrah berblog,tak semuanya manis dan indah..kan?

    ReplyDelete
  2. biasa...manusia diciptakan dengan penuh keunikan...punya pelbagai perangai...baik atau sebaliknya...lumrah alam... :)

    anonymous... hehe

    ReplyDelete
  3. anon yang malu2 kucing... hentam punya hentam.. sekali kantoi kawan blogger jugak.. habis.. ape pun tak boleh.. haha

    ReplyDelete
  4. si anon tu la yg pengecut.hentam bagai tp sembunyi tgn..

    ReplyDelete
  5. setuju! dorang penakut tak nak kenalkan diri. kalau kata yg membina tak pe.. kalau yg mengutul kenapa pula nak takut kan?

    ReplyDelete
  6. heheheh..sian lekit..kena serang ngan ANON lg ker??huhuhu..

    manusia mmg tak lari dari rasa takut..pengecut..smua lar.. :P

    ReplyDelete
  7. sama ade anon tu mmg pengecut or die xde acc google. kesian. haha

    ReplyDelete
  8. aku xpenah jadi anon kt blog orang hahaha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com