MENIPU SANGAT LA KALAU CAKAP TAK TAU PRE WEDDING TU HARAM

1/23/2013 11:11:00 AM suria lekatlekit 20 Comments

Budaya pre wedding atau dalam bahasa melayu dia Pra Perkahwinan ni sekarang dah jadi macam satu kemestian pulak pada bakal2 pasangan pengantin. Tak kisah la. dorang berduit buat je la apa dorang rasa nak buat sebagai kenangan untuk masa depan nanti.

Pre Wedding ni di buat untuk menyimpan kenangan dalam bentuk gambar pasangan sebelum kawen la. Gambar2 yang di ambil pun paham2 je la.. bukan gambar yang jarak antara pasangan tu bermeter2 jauhnya, kadang2 dah macam gambar pengantin pun ada. Dah buat tu.. buat la. Salah memang la salah.. Dah memasing nak buat juga apa nak kata. Ok la.. kau buat tapi memang rasa macam nak lempang guna tapak kaki je bila lepas buat, orang tegur dia boleh pula jawab.. " La.. ye ke haram?? Kitorang dah terbuat. Tak tau pula haram."

Jangan jadi bodoh semata2 nak nampak baik & Jangan jadi hipokrit untuk nampak suci, ok! Bodoh sangat la jawapan kau tu. Mustahil kau tak tau.. bodoh tahap mana kau tak tau bersentuhan dengan orang yang bukan muhrim tu hukumnya haram. Daku ni bukan la baik.. tapi malu aihh.. nak bodohkan diri sendiri untuk cover benda yang salah kita buat dengan cakap tak tahu sedangkan budak sekolah rendah pun dah tahu benda tu haram.

Kau nak buat.. apa boleh orang cakap kalau kau tetap nak buat, kan?? Kau buat la.. nak buat macam mana itu yang kau nak, kan?? Tapi tolonglah yer.. Jangan bagi jawapan tak tahu benda tu tak boleh sedangkan kau sendiri berkelulusan Ijazah (sebagai contoh).. takkan sepanjang kau sekolah dari tadika sampai UPSR.. dari tingkatan satu sampai SPM/STPM kau tak pernah amik subjek Pendidikkan Islam atau kau fail manjang subject tu. Mustahil tak tahu.. kan??

Menangis Mak bapak kau kalau dengar kau jawab tak tahu benda tu haram tau.. Nampak sangat anak dia jahil. kau diam lagi bagus dari kau jawab tak tahu, tahu tak?

Jadi bagi mereka2 yang nak buat pre wedding tu sang lekit taknak la komen apa2.. hak memasing tapi tu lah, jangan la cakap tak tahu kalau hidup di dunia serba hujung jari ni sebab semua informasi boleh dapat dengan hanya clik je. Cakap je tahu.. tapi saja nak buat jugak. Sebab memang dalam sikap manusia termasuk sang lekit ada perangai macam tu.. tahu salah tapi tetap buat, kan?? Mengaku je la.. tak payah cover line sangat.

Pre Wedding Liyana Jasmay (Sekadar Hiasan)

Sekadar berkongsi bahan bacaan.. Yang baik jadi pengajaran, yang buruk jadi peringatan

5. Apa hukum mengambil gambar pre-wedding?
Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam. Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkan.

6. Bagaimana dengan gambar pengantin yang sudah sah berkahwin berposing dan berpelukan?
Walaupun sudah sah sebagai suami isteri, itu tidak bermakna harus bercumbu-cumbuan, berkepit dan berposing secara berlebihan di atas katil untuk tatapan umum . Tidak salah berposing dengan mesra. Tapi jagalah batasannya agar tidak terlalu over dan boleh membangkitkan shahwat orang yang melihatnya.

Sumber rujukan kat sini >>  Hukum-hakam Fotografi Dalam Islam

P/S : Entri ni berisiko dapat serangan Anon.. Jadi sang lekit nak bagitau siap2 la entri ni bukan berkenaan tunjuk baik, alim @ warak tapi entri ni just bercakap pasal orang yang nak cover line salah dia & cakap tak tahu dan seterusnya memperbodohkan diri sendiri secara terang terangan. Semoga paham & tak salah paham sebab daku paham daku ni pun tak alim, warak & sebaik mana. Memang serba serbi pun tak betul lagi. Tapi daku takde la nak cakap tak tau laki pompuan pegang sana sini kalau bukan muhrim tu haram. Tau.. pernah buat tapi tak pernah mengaku tak tahu. 

20 comments:

  1. pre-wedding ni lagi cun kalau gambar tu tak bersentuhan atau jauh2 skit sbb bile compare dgn post wedding (gambar peluk) baru la nampak beza pre dan post wedding... kalau possing pre dgn post same jer... baik ambk post wedding jer... ehh... aku ckp mcm berbelit lak... hahaha... lantak laa...

    ReplyDelete
  2. tak perlulah buat pre-wedding ni..nak buat lepas sah jer..baru orang tak berbunyi,

    ReplyDelete
  3. hehe btl tu lekit..skrg ni dh jadi trend pon..tp pre-wed LJ ni mmg cm over ckit kot, sbb siap ad sesi cium2 dahi/pp bagai..huhu..

    ReplyDelete
  4. nice info, harap harap dapat dijadikan pengajaran. jangan main ikut je trend tanpa memikirkan sensitiviti agama.

    ReplyDelete
  5. betul la akak lekit.

    seb baek aku tak terlintas pun nak buat. hahaha.

    ReplyDelete
  6. salam abby..
    huhu.. pre wed ni actually budaya org luar.. eloklah ianya tidak menjadi ikutan.. hmm..

    cma plak nk buat foto shoot after wedding..
    dah lepas beranak2 ni baru merasa nk buat,... hahaha :p :p

    ReplyDelete
  7. banyak lagi cara lain nk buat pre wedding ni tanpa perlu sentuh bagai. mcm yg irma hasmi buat.cukup sekadar tunjuk gambar je. Yang tu dah terlebih2 dah

    ReplyDelete
  8. Macam2 org zaman skrg. Aish. Takkan lah taktau langsung hal haram or halal. Setuju ngan entry ni :)

    ReplyDelete
  9. nasib baik la xberminat nk buat pre-wed..xmalu ke mak ayah tgk pic kita sblm kawen mcm ni..malu la sikit :)

    ReplyDelete
  10. my sis amik gmbar lepas nikah ngan lepas bersanding..xde pre2 de...semua buat lepas nikah..

    ReplyDelete
  11. dah gambo tu tak tutup aurat, satu lagi haram..

    ReplyDelete
  12. Kalau buat gambar pre wedding tak bersentuhan. ... Hukum dia haram jugak ke?

    ReplyDelete
  13. pointnya disini, kalau diorg buat aksi2 seakan2 18sx dan bersentuhan serta tak tutup aurat, itu adalah haram.

    yg buatkan abby tak puas hati pasal gambar pre-wedding yg dah serupa post-wedding. kan?

    ReplyDelete
  14. cekla.. bukan pasal posing ke hapa tp pasal org yg nak cover benda yg salah dgn cakap tak tahu padahal benda memang majoriti org tahu hukumnya. Point nya tu jer.. :D

    ReplyDelete
  15. tak payah nak buat pre weeding la , kalau nak buat , buat lepas akad nikah... halallan toyyiban gitu...

    ReplyDelete
  16. benda yang haram ni tak payah buat la kn.

    ReplyDelete
  17. Entry sentap tapi membuka minda!! Pe point diorg nk kawen kalau wt pre wedding gmbo pelok cium bagai..

    ReplyDelete
  18. rasanya klu tak de gambar pre-wedding pun ok...tapi klu nak buat juga elakkan la bersentuhan tangan kan lagi manis

    ReplyDelete
  19. Trend jaman skang. Klo nak pre wed pon, jgnlah peluk2 & cium2 .

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com