CIKGU SOFIAN NAK SEPAK BONTOT ATAS PENTAS

9/17/2011 10:07:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Entah kenapa tetiba teringat pula memori sekuntum rindu.. Op's takde kuntum2 sangat memori ni cuma imbauan kenangan zaman sekolah rendah dulu. Tentang cikgu sofian. Korang kenal?? Tentu sekali tak melainkan korang sebaya sang elkit & bersekolah di sekolah yang sama dengan sang lekit.

Siapa cikgu sofian ni. Tentu sekali la cikgu saya bukan cikgu kamu. Cikgu Sofian ni ajar subject muzik. Tak silap sang lekit masa tu sang lekit darjah 3 ke 4 ntah.. lebih kurang camtu la umur sang lekit. Maaf yer sang lekit kurang minum nescafe macam Nyah Zulfikar tu sebab tu ingatan sang lekit tak sehebat Nyah tu. Kekekekeke. Kisahnya bermula pada satu hari dimana kelas muzik sedang berlangsung..

Sang Lekit tak ingat pula hari tu cikgu sofian ajar lagu apa tapi yang sang lekit tak boleh lupa adalah pesanan cikgu sofian. Walaupun dia cikgu muzik tapi dia selalu pesan, kalau besar nanti jangan jadi penyanyi sebab pekerjaan tu katanya kurang elok. Cikgu Sofian yang cakap bukan Cikgu Shida, ok! Dia kata kalau ada anak2 murid dia yang jadi penyanyi nanti, kalau terserempak dengan dia, dia akan sepak bontot atas pentas. Agak kelakar la bagi sang lekit masa tu.

Ni cuma cerita menyampuk kat entri cikgu sofian yer.. Masa sang lekit darjah dua, memang cita2 sang lekit nak jadi penyanyi bukan cita2 tu start dari darjah 2 malah dari kecik sebab terpengaruh dengan penyanyi pujaan sang lekit masa tu, Raja Ema. Cikgu kelas sang lekit masa tu cikgu Mashitah kalau tak silap nama dia, ajar subject BM. Kebetulan haritu kena buat karangan tentang cita2. Banyak kawan2 sang lekit tulis cita2 nak jadi cikgu (perempuan), Askar, polis (lelaki) tapi satu2 pelajar yang lain dari yang lain cita2nya adalah sang lekit sebab dang lekit tulis nak jadi penyanyi. Bila cikgu Mashitah periksa buku sang lekit dia panggil sang lekit kat meja guru depan kelas, kemudian dia cakap lembut2, dia kata nanti kalau besar jangan jadi penyanyi, pekerjaan tu kurang elok. cikgu Mashitah yang cakap, bukan cikgu shida, ok!

Kalau ada mana2 penyanyi yang baca entri ni jangan la kutuk sang lekit pula.. bukan sang lekit yang cakap, itu semua pesanan cikgu sang lekit. Tapi bila dah besar, baru perasan suara ni lunak sikit jer dari suara sang puru (Katak) maka cita2 tu terus terpadam. Itulah episod imbauan kenangan sang lekit untuk entri kali ni.

9 comments:

  1. kita dulu nak jadi ustazah,nak gi Mesir

    :D

    ReplyDelete
  2. hahaha, tapi dapat jugak kerje kejap belakang mikrofon kan?

    jd DJ gitu... wahhh kelas... kau hadooo?? nan hadoooo

    ReplyDelete
  3. mmg x elok pon jd penyanyi nih.. baik jd hafiz.. kurang2 dpt jd qari/qariah kmpung pon dh ckup bagus~ ekekeke

    ReplyDelete
  4. Hahaha nsb baik kak lekit tak jadi penyanyi. kalo x, ada kes artis kena sepak bontot atas pentas. kehkeh

    ReplyDelete
  5. haha^^ same la kite kak. salu berangan nk jd penyanyi, pelakon bagai. skali da besar, kemain gemok lagi ha. de hikmah tu. hahah

    ReplyDelete
  6. hehehe.....1 dlam ramai2 pelajar dlm kelas tu cita2 nk jadi penyaynyi...
    :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com