BILA BUKA READING LIST BLOG RUPANYA..

BILA BUKA READING LIST BLOG RUPANYA.. Bila blog kau dah lama jadi sarang labah labah banyak benda nak kena buat balik selepas terminate domain berbayar & kembali ke pangkal blogspot. Template pun dah tukar sebab dah tak nak guna tema wartawan online. Almaklum blog aku dulu kan macam blog surat khabar & majalah. Kadang kadang jadi mastika. Dah tak nak konsep tu semua.. Biarlah penulisan dulu tu ada di sini sebagai kenangan. Yang mana rasa perlu di private kan aku dah private. Tapi tak semua dapat nak filter. Banyak sangat. Yang sempat nampak je. 

Ikan shahila bernama haikal

Sebenarnya aku sendiri dah tak tahu blogger mana yang masih aktif & tidak. Serius tak sempat nak menjengah rakan rakan blogger dulu pernah aku follow. Hari ni baru terdetik nak check kat reading list rupanya masih ada yang masih meneruskan aktiviti menulis di sini. Nanti ada kelapangan cheq pi bertegur sapa dengan hangpa. Yang mana pernah terasa hati ke apa dengan cheq dulu.. Seikhlas hati cheq mohon maaf atas kekhilafan dulu. 

Biarpun blog dah melepasi zaman nya tapi bagi seorang berjiwa blogger ni akan setia mencoret cerita di sini. Ia bukan tentang siapa akan membaca tapi ia sebab memberi kita satu kepuasan bila menulis. Aku sendiri dah lama berniat nak aktif menulis balik cuma kekangan waktu. Aku berehat lama tapi tidak pernah meletakan noktah pada blog aku sebab aku memang ingin terus menulis disini. 

Semoga blog aku selepas ni penuh dengan pengisian yang baik & santai sahaja. Yang dulu biarlah jadi sejarah. Kita mulakan semula dengan konsep baru. 


Comments

  1. Semoga yang baik² saja..betul tu,tulis utk kepuasan sendiri..kalau Linda lagi lah syok sendiri..kikiki

    ReplyDelete
  2. Eyma pun menulis untuk diri sendiri sahaja.. jika nak populariti memang tak akan bertahan.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini