5 TAHUN SUDAH BLOG YANG DI ANGGAP LUCAH NI
Segala hentaman, kritikkan,kutukkan,hinaan,umpatan,cacian,makian.. Nampaknya belum cukup kuat nak gugat semangat berblog aku ni. Dalam 5 tahun ni... ada yang dari suka jadi benci.. yang benci terus pergi tak kembali2.. yang baru datang terus datang. Lumrah berblog.. Apa nak di kata.
Tapi maybe ramai yang tak tahu.. Blog ni sebenarnya bukan blog yang pertama aku tulis. Dulu aku pernah create satu blog yang masa tu aku sendiri tak tahu nak jadi macam mana dalam blog. Maybe blog ikut ikutan.. tapi seriusly tak memberi kepuasan langsung bila penulisan kita macam meniru orang lain. Aku tutup blog tu... dan buka blog ni yang pada awalnya masih lagi mengalami krisis identiti. Yelah.. budak baru belajar tulis blog kan masa tu. Tapi teruskan jugak.. dan akhirnya matang bersama usia la penulisan aku kat blog ni.
Kalau di semak entri2 dulu.. memang tak di nafikan ada kebudakkan kat situ.Tapi dari situ boleh nampak penulisan aku semakin hari semakin dewasa. Sehinggalah aku putuskan untuk taknak cerita sangat hal peribadi. Kalau dulu ada jugak sikit2 kisah peribadi tapi sekarang dah semakin tak ada. Sebabnya.. aku takut terbabas dalam bercerita hal peribadi yang mungkin boleh jadi senjata orang lain menjatuhkan aku. Sebab kita sedia maklum.. Ada orang suka & ada orang tak suka. Yang nampak macam baik dengan kita pun belum tentu baik apatah lagi yang terang2 nampak tak baik, kan.
Nama Lekat Lekit yang selalu jadi pertikaian atau jadi penilaian berunsur lucah.. Sejak aku pilih perkataan lekat lekit ni tak terdetik di hati atau akal aku benda ni lucah tapi bila sampai ke hati & akal orang lain, ada pulak yang kata dengar macam lucah. Tapi aku tak peduli sangat, selagi aku yakin lekat lekit bukan satu perkataan mencarut dan melucah.. Lantak la yang otak terlalu kuning tu nak fikir apapun. Yang pasti Apa yang melekat lekit hari ni adalah membawa maksud apa cerita aku hari ini yang nak aku letak dalam blog. Simple je maksudnya.. Orang lain yang terlalu konar sampai terbabas fikir yang bukan2.
Siku liku aku selama tulis blog ni bagi aku takde la bagi tekanan emosi sangat malah takde bagi kesan langsung pun dalam kehidupan aku seharian. Sebab keutamaan aku ada lah kehidupan sebenar aku, dunia maya aku letak sebagai hobi. Apa berlaku kat dunia maya ni ceritanya kat bermula & abis kat situ jugak. 5 tahun bertahan dalam dunia blog bagi aku satu pencapaian yang baik jugak la. Maybe sebab aku memang minat mengarang cerita jugak kot, tu yang mampu bertahan. So, kuncinya adalah minat kalau buat sekadar ikut ikutan.. memang susah nak bertahan.
P/S : Hari ni hari ke 13 kehilangan pesawat MH370 yang masih lagi menjadi misteri sebab tiada langsung pentunjuk atau tanda di temui bagi mengesan dimana mereka semua berada. Sungguh Allah masih mahu menguji kita & masih mahu mendengar rintihan doa kita. Terus berdoa agar misteri ini terungkai & menjawab semua soalan, spekulasi,tuduhan & andaian.
Ya Allah.. selama ni kau tunjukkan kuasa Mu dengan memberi kami kenikmatan sehingga kami lupa betapa besarnya kuasa MU, hari ni kau tunjukkan dengan menghilangkan hanya sebuah pesawat membuat 1 dunia jadi gawat.. Maka kepada Mu jua kami memohon pertolongan, Berilah petunjuk & jalan agar pesawat Mh370 di temukan. Amin...
tahniah...
ReplyDeletetahniah.........
ReplyDeletematang seiring dgn usia..btl lah tu kak.. blog saya dulu pun mcm kanak2 ribena.. tp bila dah ramai yg follow kena hati2 bila menulis.. mcm akak cakap lah tak semua yg suka :)
ReplyDeletegood luck kak!
wah....dah 5 thn dh eh mummy..
ReplyDeletetahniah..
ReplyDeletemmg satu tempoh yang patut dibanggakan..
itu perbezaan antara hobi dan suka2..
tahniah... lebih kurang kot usia blog kita, tapi saya takdalah sehebat blogger suria lekatlekit.... semoga terus diberi peluang dan idea untuk berblog...selamat berjaya
ReplyDeletecelah mana pulak blog suria ni lucah...org tu kot yg tk pandai nk menilai... lantak dia la !! jangan kawan ngn dia.. hahaha !!!
ReplyDeletehepi besdey blog suria...dh lima thn dh yerk..blog zura baru setahun lebih....
salam Mami lala...
ReplyDeleteHihi.. 5 tahun sudah.. alhamdulillah..
semoga terus berkarya ^^