TAK PERLU KE BANK LAGI UNTUK TUKAR & AKTIFKAN ATM DEBIT CARD MAYBANK
Selepas lebih kurang 2 minggu kad di hantar ke peti pos rumah aku. Rupanya tak perlu pun pergi ke bank untuk aktifkan atm/debit card. Boleh buat semuanya secara online. Maybank dah bagi sekali direction macam mana nak aktifkan atm/debit card di maybank2u. Bagi yang tak tahu macam mana nak apply & aktifkan atm/debit card secara online meh la sini nak bagi tutorial sikit..
Untuk nak apply atm/debit card maybank mula log in dulu account maybank2u korang http://www.maybank2u.com.my/. Lepas dah log in.. ikut step di bawah
Kemudian clik pada replace your maybank debit card via M2U |
Kemudian clik je pada replace card tu. |
Dah siap apply card baru tunggu je lebih kurang 2 minggu kad akan di hantar kerumah anda. Lepas dah dapat kad kat dalam surat tu ada cara nak aktifkan card di maybank2u. Tapi aku bagi jugak la tutorial yang detail melalu gambar bagi mereka yang blur dengan tutorial bertulis hehehe
Ni tutorial ringkas yang di beri dalam surat dari maybank |
Clik pada Card Management |
Lepas tu clik kat ATM Debit card & aktifkan jer |
Senangkan? tak payah pening kepala nak fikir pergi ke bank.. bertapa sampai setengah hari kalau orang ramai. Sekarang ni cawangan maybank pun banyak tutup semakin kurang semakin sesak la bank. Dengan ada kemudahan macam ni, Semua semudah di hujung jari je. Jimat masa & tenaga jugak kos pergi balik ke bank.
Walaupun ramai dah tahu cara nak mohon & aktifkan atm/debit card maybank ni melalui maybank2u (online) tapi percayalah mesti ada yang masih tak tahu perlukan tutorial. Sebab tu aku buat entri ni bagi membantu orang2 yang memerlukan. Mudah bagi kita tak semestinya mudah bagi semua orang kan? Tapi kalau rasa malas sangat nak tukar kad ATM/Debit card guna je credit card Hong Leong sebab korang akan dapat ni hujung tahun ni >> Berpeluang dapat RM100 setiap hari dengan kredit kad hong leong Bank <<
Semua bank semakin meningkatkan servis mereka demi kemudahan pengguna. Yang x ikut langkah akan diabaikan.
ReplyDeleteAda sudah replace da kad atm aku yang tamat tempoh..tapi aku masih x dapat lagi kad baru yang maybank kata dihantar melalui pos..lebih dua minggu da..adoiii nak buat macam mana ya
ReplyDelete